Ada tak pelawat dan pembaca blog ini yang baru pertama kali dengar tentang program bekerja dari rumah yang dikelolakan oleh laman web jobdirumah?
Rujuk: Halaman Utama Jobdirumah
Sebenarnya artikel review seperti ini pernah saya terbitkan sebelum ini. Namun atas sebab isu teknikal, artikel tersebut telah hilang dan sekarang ni saya terpaksa tulis semula. Saya ingatkan ramai orang dah tahu tentang program jobdirumah ni, almaklumlah ini bukannya program yang baru diperkenalkan.
Boleh kata dah agak lama jugak.
Namun, ada masa-masa tertentu, saya terima juga persoalan seperti
Betul ke program jobdirumah ni boleh buat duit?
Betul ke jobdirumah ni tak menipu?
Kita yang nak buat duit, tetapi kenapa kita pulak yang kena bayar yuran RM50
Soalan-soalan ni semua timbul berpunca daripada satu sebab sahaja kebiasaannya. Anda tak baca dengan teliti laman web jobdirumah dari mula sampai habis!
Mungkin bagi sesetengah orang, mereka rasa susah nak luangkan masa dalam 5 – 10 minit untuk fahamkan betul-betul apa sebenarnya yang ditawarkan oleh laman web ni. Tak apalah, mana tahu lepas anda baca artikel yang saya tulis ni, lepas ni anda akan lebih faham apa sebenarnya program jobdirumah ni.