Mungkin anda pernah terdengar tentang simkad Tone Excel ini dimana-mana. Sama ada ketika anda sedang melayari laman web, bersosial di laman media sosial mahupun terdengar topik tentang Tone Excel ini dibincangkan oleh kenalan mahupun sanak saudara anda.
Baiklah. Dari sumber mana anda terdengar mengenai simkad ini, mungkin berbeza antara setiap orang. Cuma persoalannya ialah, apakah yang anda lakukan setelah mendengar tentang simkad ini? Adakah anda terus menjadi pengguna, ataupun anda terus berlalu pergi dan beri alasan yang anda tak minat dengan simkad ini.
Satu perkara yang buatkan saya berminat untuk menjadi pengguna bagi simkad ini ialah, simkad ini menawarkan dan membuka peluang kepada penggunanya untuk jana pendapatan tambahan. Atau dengan kata lainnya, hanya dengan menjadi pengguna simkad ini, anda berpeluang untuk menerima bayaran daripada pihak syarikat.
Betul ke boleh dapat duit kalau jadi pengguna simkad Tone Excel?
Ya, memang betul. Ini buktinya.
945115 merupakan nombor IDP saya. Pada 11 April 2016 dan 31 March 2016, saya menerima bayaran daripada syarikat ini. Bayaran ini dibuat terus ke akaun Maybank saya. Eh, ada ke syarikat telco yang nak bagi duit kepada penggunanya?
Selalu yang kita dengar, syarikat telco akan beri sms percuma, panggilan percuma, data percuma. Tetapi di Tone Excel, anda akan mendapat RM pula. Adakah syarikat telco anda menawarkan pelan sebegini?