Bulan Oktober 2014.
Bulan ini merupakan bulan ke lapan saya join bisnes Tone Excel. Sebenarnya saya nak kata, yang bisnes ni saya buat 100% secara online sahaja.
Tapi tak boleh.
Sebabnya, sekitar bulan Julai hari tu (kalau tak silap) saya ada beli sebuah banner dari Branch Tone Excel Shah Alam. Banner tu pulak saya pasang di kedai runcit saya.
Dari banner tu saya dapat beberapa orang prospek dan sekurang-kurangnya ada seorang yang join Tone Excel di level 1 saya. Nampaknya, bisnes ni dah jadi 95% online dan selebihnya offline. Macam tu boleh kot?
Dalam bisnes ni ada suka, ada duka dan yang pasti ia penuh dengan cerita.
Bisnes ni SENANG.
Tapi tidak terlalu senang.
Hakikatnya, bisnes ni memang menguji kesabaran. Apa tidaknya… keuntungan yang dapat kita perolehi pun sekadar sen sen semata-mata. Bergantung pada berapa ringgit downline kita topup.
Sebelum ini, kalau anda perasan, saya ada juga cerita tentang perjalanan bisnes Tone Excel saya setakat September 2014. Untuk catatan tu, sebarang komisyen yang saya perolehi semuanya adalah bagi hasil kerja keras yang saya lakukan pada bulan Ogos.