Program pengiklanan Nuffnang adalah satu permulaan yang baik buat para penulis blog yang baru nak bermula dan ingin menjana pendapatan menerusi blog miliknya. Program pengiklanan ini adalah percuma dan semua penulis blog boleh sertainya.
Untuk menyertai program ini, mula-mula sekali anda perlu ada blog atau laman web anda sendiri.
Sebaik-baiknya anda bangunkan sebuah laman web berkonsepkan blog sebabnya iklan Nuffnang lebih sesuai dan lebih berpotensi untuk beri pulangan yang lebih lumayan apabila ia disiarkan dalam laman web yang sering dikemaskini seperti blog.
Kalau anda nak siarkan pada web statik yang jarang dikemaskinikan, ia kurang sesuai. Jadi cadangan saya, anda pilihlah laman web berkonsepkan blog.
Ada banyak platform blogging yang boleh anda pilih. Anda boleh guna wordpress self hosted ataupun blogspot. Nak guna tumblr pun boleh. Namun kalau kita lihat selera pemilihan laman blog, lazimnya mereka akan pilih sama ada nak guna wordpress ataupun blogspot.
Laman web Nuffnang boleh dilayari menerusi link http://www.nuffnang.com.my
Macam mana nak buat duit dengan Nuffnang?
Cara nak buat duit dengan Nuffnang sangatlah mudah. Anda hanya perlu siarkan iklan Nuffnang dalam blog anda.