Cara nak umpan orang supaya shopping di Lazada?

by sabree hussin on November 5, 2015

in Personal

Saya percaya masih ramai lagi yang tak pernah langsung shopping kat laman web Lazada. Betul tak?

 

Pada satu hari, saya bercerita tentang laman web lazada dengan kakak saya. Amazingly, satu soalan yang dia tanya kat saya

“Lazada tu apa benda..?”

teknik_promosi_lazada

Ha ha ok fine. Jadi sebenarnya, dalam famili saya sendiri pun masih ada lagi yang tak tau tentang kewujudan laman web lazada. Apa yang mereka tawarkan, dan apa yang kita boleh beli dari laman web Lazada.

 

Kalau dalam kalangan famili member saya sendiri masih ada yang tak tau tentang kewujudan laman web ni, tak mustahil la ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ni yang tak pernah juga beli apa-apa kat laman web Lazada.

 

Saya terpanggil untuk berkongsi tentang laman web ini dan tawaran-tawaran menarik yang anda boleh dapatkan dilaman web ini ada beberapa sebab. Pertama saya dapati ada banyak produk yang dijual kat laman web Lazada harganya berkali ganda lebih MURAH berbanding harga yang kita boleh dapatkan kat pasaraya-pasaraya besar di luar sana.

 

Adakah anda biasa ambil supplement jenama Blackmores?

blackmores-multivitamins-minerals-120s-blackmores-multivitamins-minerals

 

Sekiranya anda memang biasa ambil multivitamin dari jenama ni, saya percaya anda juga tahu berapa range harga produk ni.

 

Agak mahal sebenarnya.

 

Namun, untuk produk yang sama, jika anda beli secara online, terutama sekali beli dari laman web Lazada, anda boleh dapatkan satu harga yang lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di Guardian, Watson mahupun lain-lain farmasi. Ada tu, anda boleh jimat sehingga RM20++ terutama sekali bila ada promosi.

 

Anda boleh lihat harga produk ini disini –> Multivitamin Blackmores

 

Jaga-jaga, jangan sampai terbeli produk yang overprice di Facebook

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran produk yang dijual oleh peniaga-peniaga di Facebook.

 

Terutama sekali untuk produk-produk yang kononnya unik dan rare. Biasanya produk yang berkaitan dengan teknologi yang diimport dari luar negara.

 

Sebelum nak buat sebarang keputusan untuk buat pembelian… PASTIKAN BUAT SEMAKKAN HARGA.

 

Produk: Penyapu Ajaib Swivel Sweeper

penyapu_magik

 

Produk ni dijual dengan pelbagai harga.

 

Lain vendor, maka lainlah tawaran harganya. Anda boleh dapatkan tawaran harga terendah di Lazada.

 

Kalau anda nak tau, penyapu ajaib swivel sweper ni, ada yang jual sampai beratus-ratus ringgit kat FB. Padahal, kalau anda cari kat laman web Lazada, untuk produk yang SAMA ada juga yang dijual dengan harga bawah RM50. Saya kira ini merupakan satu penjimatan yang berganda-ganda kalau beli kat Lazada.

 

Anda boleh klik sini untuk buat perbandingan harga. Sementara stok masih ada.

 

Adakah produk yang dijual di Lazada Original?

Ya

 

Sudah tentu original. Melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penjual. Kebanyakkan produk yang dijual adalah original dan disertakan juga dengan waranti oleh syarikat pengeluar.

 

Bagaimana cara nak ajak lebih ramai orang untuk shopping kat Lazada?

Lagi banyak orang shopping kat Lazada, maka In Shaa Allah, lagi tinggilah peluang untuk dapat lagi banyak komisyen dari Lazada. Terutama sekali untuk mereka yang dah pun menjadi affiliate bagi pihak Lazada.

 

Cuma persoalannya ialah, bagaimana nak tarik lagi ramai orang shopping kat Lazada?

 

Antara yang saya sendiri lakukan ialah, pertama sekali ialah pastikan anda sendiri pernah beli di Lazada dan ada pengalaman berurusan dengan Lazada. Produk pertama yang saya beli kat Lazada ialah punching ball, yang sangat sesuai untuk ditumbuk, terutama sekali bila stress.

 

Tujuan kenapa kita kena beli dulu ialah untuk meyakinkan orang lain untuk beli kat laman web ni jugak. Kadang-kadang ni, kawan-kawan kita tak berapa konfiden nak beli online kalau dia tak pernah tengok ada orang lain yang pernah dan berjaya beli barang secara online.

 

Sedikit sebanyak, rasa takut dan kurang yakin tu memang ada. Risau barang tak sampai katanya. Pengalaman saya beli barang dengan Lazada, tak ada lagi yang tak sampai. Semuanya sampai seperti yang kita order.

 

Selain dari tu, anda juga kena biasakan diri dengan pelbagai tawaran dan method serahan produk yang ditawarkan oleh pihak Lazada. Ada yang COD, ada yang ship from oversea dan macam-macam lagi.

 

Baiklah, apa pun, untuk pengetahuan anda, Lazada sentiasa tawarkan pelbagai diskaun dari masa ke masa. Anda kena rajin bukak laman web dia. Kalau kena dengan waktunya, anda akan dapati produk yang harganya sangat mahal, dijual dengan sangat murah kat laman web ini.

 

Apa pun, selamat shopping kat Lazada. Pastikan anda sentiasa alert dengan promosi-promosi di laman web ni ya.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

Ridz March 8, 2017 at 4:01 pm

salam bro, cemana nak pilih iklan Lazada yang swipe2 tu yer? Mohon ajar sikit.. @ adakah tu drpd google adsense? TQ

Reply

sabree hussin March 8, 2017 at 4:20 pm

Wasalam, tu pakai Best Sellers Carousel Banner. Boleh ambik dekat member area Lazada

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: