Cara nak submit blogger sitemap ke Google Search Console

by sabree hussin on October 13, 2015

in Pemasaran Blog

Saya sedang mencari cara mudah untuk submit sitemap blog yang saya bina menggunakan platform blogspot ke Google Search Console sebenarnya. Cari punya cari, akhirnya jumpa jugak cara yang boleh dilakukan dengan super mudah.

 

Itupun selepas saya merantau ke Amerika, Indonesia, dan akhirnya pencarian saya berhenti di India secara maya.

 

Google Search Console ini sebenarnya sebelum ini dikenali sebagai Google Webmaster Tools. Namun baru-baru ini, pihak google telahpun lakukan penjenamaan. Menurut pihak google, fungsi Webmaster Tools bukanlah hanya untuk webmaster semata-mata, tetapi mereka yang tak mempunyai laman web juga boleh gunakan fungsi tersebut.

 

Maka pihak google pun rebrand kepada Google Search Console. Ok itu selingan dan kisah sejarah serba sedikit.

 

Macam mana nak bina atau nak tau apa kita punya url sitemap?

Saya dalam dilema sebenarnya.

 

submit_blog_search_console

Lihat screenshot disebelah ini. Bila saya tekan pada butang ADD/TEST SITEMAP (anak panah biru) saya kemudiannya diminta untuk masukkan alamat url sitemap untuk blog saya.

 

Maksudnya? Adakah sitemap untuk blogspot yang saya bina ini sebenarnya telah pun sedia ada wujud secara automatik (disediakan oleh pihak blogspot) ataupun saya perlu bina secara manual satu per satu?

 

Rupa-rupanya tak perlu bina sitemap secara manual. Kita hanya perlu tahu macam mana nak dapatkan alamat url kita. itu sahaja. Antara cara yang anda boleh lakukan ialah

 

1. Layari laman web http://ctrlq.org/blogger/

cara_submit_sitemap_blogspot_url

Paparan seperti diatas akan kelihatan. Fokus pada bahagian yang saya tandakan dengan anak panah berwarna merah.

 

Masukkan alamat url blog kemudian klik pada butang Generate Sitemap

 

Hasilnya adalah seperti dibawah

cara_submit_sitemap_blogspot_url_sitemap

Bahagian yang saya tandakan dengan kotak warna merah itulah link url sitemap untuk blogspot kita.

 

Jika kurang jelas, kod yang anda perlu tambah di Google Search Console ialah

atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

 

Copy dan paste sahaja kod diatas.

 

Walaubagaimanapun, kod diatas hanya berkesan jika anda mempunyai kurang daripada 500 post pada blog anda. Ini adalah kerana, kod tersebut hanya akan index post yang bermula dari post nombor 1 hingga post nombor 500.

 

Jika anda ada lebih daripada 500 post, anda perlu tambah lagi sitemap, cuma kali ini lakukan sedikit pengubahsuaian pada kod yang akan digunakan, iaitu

atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500

 

Ringkasnya, kod yang baru ini adalah sitemap untuk post yang ke 501 hingga 500 post seterusnya.

 

Mudah sahaja rupanya nak submit blog yang dibina menggunakan platform blogspot ke Google Search Console.

 

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: