Cara MUDAH buat duit dengan Involve Asia?

by sabree hussin on January 26, 2016

in Pemasaran Affiliate

Pernah dengar tentang laman web Involve Asia? Tahu tak, anda sebenarnya boleh hasilkan pendapatan dengan mudah menerusi program ini. Nak tahu macam mana caranya? Teruskan baca ya.

 

Apa benda sebenarnya Involve Asia ni? Baiklah. Involve Asia merupakan platform ecommerce yang dilengkapi dengan sistem affiliate, yang membolehkan orang-orang biasa seperti saya dan anda menghasilkan pendapatan secara online sahaja. Caranya adalah dengan menyertai Involve Asia, dan kita akan mendapat akses untuk menjadi ejen affiliate kepada lebih 80 merchant yang beroperasi dalam talian.

 

Antara merchant yang turut menyertai Involve Asia adalah seperti Lazada, Zalora, Trivago, Hotels.com, Photobook Malaysia dan banyak lagi. Saya percaya anda pasti pernah dengar nama-nama yang saya sebutkan ini. Peluang untuk berjaya buat duit dalam program ini sangatlah luas.

program-affiliate-involve-asia

 

Persoalannya ialah, bagaimana cara nak buat duit dengan Program Affiliate Involve Asia ini?

Cara biasa adalah dengan mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web merchant yang mengambil bahagian. Anda boleh log in ke member area dan pilih sahaja mana-mana satu produk yang dijual di laman web merchant. Kemudian promosikan produk tersebut. [Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!]

 

Walaubagaimanapun, seperti yang kita semua dah tahu, cara ini memerlukan anda untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran menjual secara online. Untuk individu yang tak berapa minat nak menjual, mungkin mereka akan rasakan cara ini agak sukar. Bukan semua orang suka menjual, betul tak?

 

Oleh sebab itu, apa kata saya syorkan anda fokus untuk buat duit dengan program referral Involve Asia.

buat-duit-dengan-involve-asia

Program referral Involve Asia ni ada beza ke dengan program affiliate biasa? Ya memang ada beza. Cuma bezanya tak adalah banyak sangat.

 

Satu perkara yang anda perlu tahu tentang program referral ini ialah, anda tak perlu buat sebarang jualan. Peranan anda adalah mengajak kawan-kawan anda untuk mendaftar ke dalam program Involve Asia secara PERCUMA sahaja dan apabila pendaftaran mereka di sahkan, maka anda akan dibayar komisen sebanyak RM5.00 untuk setiap pendaftaran yang berjaya.

 

Ikut logik ya, jika kita nak suruh kawan kita tu beli sesuatu, mesti akan ada macam-macam alasan dan bantahan. Tak ada duit la, kena bincang dengan keluarga dulu la, tak ada bajet, tunggu gaji dan macam-macam lagi. Tetapi, kalau cuma nak mintak kawan anda tu tolong daftar secara percuma sahaja, pasti tak begitu sukar, betul tak?

 

Cara nak buat duit dengan cara ini pun senang sahaja. Ianya telah diterangkan dengan seringkas mungkin melalui gambar kat atas tu.

(1) Daftar di laman web Involve Asia

Untuk pendaftaran, anda boleh klik sini. Isikan borang dengan selengkapnya, dan tunggu permohonan anda disahkan. Jika anda mendaftar menerusi link saya, maka saya akan dapat komisen referral tersebut.

 

(2) Dapat link referral unik anda

Link ini anda boleh perolehi di bahagian Reports, dan kemudian anda tekan Referral Reports. Link tersebut adalah seperti ini:

http://dashboard.shopstylers.com/signup/2059

 

(3) Promosikan link referral tersebut di sosial media atau di laman web milik anda

Facebook, Instagram, blog dan sebagainya. Promosikan kat semua tempat yang anda tahu, asalkan anda jangan spam.

 

(4) Anda akan dapat bayaran jika terdapat orang yang sign up menerusi link referral anda 

Lagi ramai yang sign up, maka akan lagi banyak pendapatan yang anda boleh hasilkan. Mudah, kan?

 

Tunggu apa lagi tu? Bertindaklah segera! Sementara masih belum ramai yang buat duit dengan cara ini, maka persaingan untuk anda juga tak begitu ramai.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: