Cara Daftar Sebagai Affiliate EdyBiz Melalui Profil FB

by sabree hussin on March 27, 2014

in Personal

Post ini adalah lanjutan bagi post saya sebelum ini yang berjudul Review Laman Web EdyBiz – Easy Do Your Business [klik sini]

Dalam post kali ini saya akan bawakan kepada anda cara-cara untuk mendaftar sebagai agen affiliate di laman web EdyBiz dengan menggunakan akaun FB anda sahaja.

Ini bermakna anda tak perlu lagi bersusah payah untuk create username, ingat password dan sebagainya.

Kini, anda boleh akses member area dan register sebagai agen affiliate hanya dengan menggunakan profil FB anda.

Jika anda masih lagi belum pernah mendaftar sebagai affiliate EdyBiz, anda bolehlah mendaftar sambil mengikuti tutorial yang saya sediakan ini.

Sila ke laman pendaftaran Agen Affiliates EdyBiz menerusi pautan berikut. [Klik sini]

Melalui pautan diatas, anda akan terus dibawa ke halaman pendaftaran.

cara daftar affiliate EdyBiz

Screenshot seperti diatas akan kelihatan.

Sekarang, anda hanya perlu fokus pada bahagian yang telah saya tandakan dengan anak panah. Lihat gambar dibawah.

daftar affiliate EdyBiz

Anda hanya perlu klik pada logo connect with Facebook.

Selepas anda klik connect with Facebook, paparan seperti dibawah akan kelihatan.

daftar agen affiliate EdyBiz

Anda akan dibawa ke page Facebook anda.

Sila pastikan paparan yang bakal muncul menunjukkan akaun FB anda sendiri, dan bukannya milik orang lain. Seterusnya, anda hanya perlu klik Okay.

Bila anda dah klik Okay, secara automatik, EdyBiz akan minta permission dari anda untuk post sesuatu di timeline anda.

affiliate EdyBiz

Anda tetapkan setting privacy bagi post yang bakal muncul di time line anda.

Adakah hanya boleh dilihat oleh anda seorang sahaja (private), atau hanya boleh dilihat oleh rakan-rakan anda sahaja. Sebenarnya ada beberapa opsyen lain lagi.

Untuk contoh ini, saya akan set privacy kepada public.

Tujuannya supaya semua orang boleh lihat yang saya baru sahaja sertai EdyBiz dan boleh mengajak orang lain untuk sertai juga EdyBiz sebagai downline saya.

Walaupun saya menggunakan istilah downline, ini bukan bermakna EdyBiz adalah syarikat MLM atau program MLM mahupun skim piramid.

Ada sesetengah produk di EdyBiz menawarkan tier commision levels.

Lepas dah klik Okay, kita tunggu sekejap page loading.

affiliate edybiz pendaftaran

Bergantung pada kelajuan sambungan internet anda, ia mungkin ambil masa tak sampai 30 saat.

Anda akan terus dibawa ke member area.

kedai online EdyBiz

Dengan ini pendaftaran anda telah pun berjaya dan selesai.

Jika anda kembali kepada FB profil anda, anda juga akan dapat lihat status yang dipost secara automatik oleh sistem EdyBiz.

penaftaran EdyBiz

Sekiranya ada rakan FB yang klik pada link tersebut dan buat pembelian untuk mana-mana produk yang disenaraikan di EdyBiz, anda akan menerima komisyen.

Jika ada rakan FB anda yang mendaftar sebagai affiliate menerusi link anda, anda akan menerima downline.

… dan jika downline anda berjaya menjual produk yang menawarkan tier commision produk, atau produk dua level komisyen, anda akan berpeluang untuk menerima komisyen dari jualan yang dihasilkan.

Secara tak langsung, anda telah berjaya menjana pendapatan pasif menerusi EdyBiz.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 3 comments… read them below or add one }

jamian sarif March 27, 2014 at 7:19 am

inshaa allah saya akan join..tgh cari peluang jana pendapatan ni.utk extra income.

Reply

Nor Ariffin Hamzah March 27, 2014 at 2:20 pm

Dah daftar..terima kasiha atas tunjuk ajar.

Reply

sabree hussin March 27, 2014 at 7:56 pm

Sama-sama, semoga berjaya dapat komisyen dari Edybiz ๐Ÿ™‚

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: