Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Cabaran Berniaga Kedai Runcit

April 18, 2014 by sabree hussin 2 Comments

Rupa-rupanya sekarang ni saya dah melepasi tahun kedua meniaga secara runcit.

Serius.

Susah.

Tapi best. Tapi susah. Dalam susah ada best.

Entahlah. Bagi saya… itu normal. Tak tau la pulak orang lain akan kata macam mana. Sebabnya kan, lain orang kan lain cerita dan kisahnya.

Apa yang pasti, orang boleh kata macam-macam. Kata itu salah. Ini tak betul. Ini tak okay. Kena buat macam tu, kena buat macam ni.

berniaga kedai runcit

Sebabnya? Cakap… mana ada kena bayar apa-apa. Cuba kalau disuruh keluar duit. Keluar modal wang ringgit dan keluar modal dari segi tenaga dan masa, untuk bukak satu kedai runcit sendiri. Lepas tu… try la uruskan.

Kalau dia boleh buat bak kata-kata nan indah yang sering keluar dari mulutnya, Alhamdulillah.

Kalau dia pun tak mampu nak buat, at least, orang-orang macam ni FAHAM… meniaga bukannya mudah dan tak semuanya indah.

Ramai yang berhenti malah tak kurang ramainya ada juga yang langsung tak mulakan perniagaan bila kita baru nak bincang soal modal.

Berat… siapa yang kata kena keluar modal untuk tujuan bisnes tu tak berat?

Bila dah keluar modal, masih lagi belum ada jaminan yang kita mesti akan untung. Meniaga bukan macam tu ya kawan…

Kita buat perancangan.

Kita buat kajian pasaran.

Kita buat itu, kita buat ini. Pendek kata apa yang menjadi perkara fundamental sebelum memulakan sesuatu perniagaan, itu menjadi tanggungjawab kita untuk kita lakukan.

Kesudahannya, hasilnya kita serahkan semuanya bulat-bulat kepada Allah SWT. DIA lah yang Maha Memberi Rezeki.

Kita belajar dan diajar erti pasrah. Tawakkal.

Memang kadang-kadang rasa down. Allah… kuatnya tekanan dari sekeliling. Dengan pesaingan dari peniaga-peniaga runcit dari Acheh… yang entah dari mana mereka dapat modal buka perniagaan yang sebegitu besar…

Bila nak compare dengan perniagaan sendiri, umpama kancil dengan Waja.

Tapi Allah itu Maha Adil. Dia tahu hamba-hambaNya ini sangat mengharapkan rezeki dariNya. Kerana tanpa kasih sayangNya, kita ni nothing atas muka bumi ni.

Bisnes gagal?

Bukan bisnes kedai runcit je yang gagal. Banyak lagi bisnes-bisnes lain yang gulung tikar tutup kedai kat sekeliling kita. Setiap hari pasti ada bisnes yang terpaksa ditutup.

Apa yang penting, kita perbaiki hubungan bisnes antara kita dengan Sang Pencipta, Allah SWT. Selagi Allah kata, go on, kita move on.

Apa yang penting, jangan putus asa dan jangan putus harap dengan rezeki kiriman tuhan.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Minta tips berniaga kedai runcit dari seorang kuli?! Biar betul ko ni…
  2. Konsep Kedai Runcit Online. Boleh berjaya ke jual barangan runcit secara online?
  3. Berapa kos permulaan untuk buka kedai runcit?
  4. Bagaimana tingkatkan jualan dan keuntungan bisnes kedai runcit?

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: kedai runcit

Comments

  1. sheila says

    October 20, 2014 at 11:28 am

    Assalam.. kedai runcit dekat mana ni?

    Reply
    • sabree hussin says

      October 21, 2014 at 12:13 am

      Ni kat Meru

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay
  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in