Bukan semua syarikat hosting menawarkan servis yang setara dan sama kualiti

by sabree hussin on September 26, 2016

in Pemasaran Internet

Syarikat hosting walaupun mereka semua menjual perkhidmatan yang sama, iaitu pakej hosting, namun ini tidak bermakna semua syarikat dapat berikan perkhidmatan yang sama baik atau setara.

 

Ini juga bermaksud kita tak boleh pilih dengan sambil lewa apabila merancang untuk dapatkan perkhidmatan hosting. Lain syarikat hosting, lain masalahnya. Dalam perkongsian pada kali ini saya nak ceritakan serba sedikit bentuk-bentuk masalah yang mungkin akan anda hadapi dengan syarikat hosting anda.

 

(1) Server terlalu perlahan

Kebanyakkan laman web yang saya miliki adalah berkonsepkan laman blog dan saya pasangkan dengan sistem wordpress.

 

Satu perkara yang akan mengganggu fokus dan produktiviti kita ialah apabila server terlalu perlahan. Masa untuk loading dari satu halaman ke halaman yang lain mengambil masa terlalu lama. Bila loading terlalu lama, kita akan mula hilang fokus.

 

Begitu juga pembaca. Jika mereka merasakan laman web kita mengambil masa terlalu lama untuk selesai loading, mereka juga mungkin akan rasa fed up dan akan terus pergi meninggalkan laman web kita.

trafik-laman-web-affiliate-marketing

(2) Server down

Jika laman web anda adalah salah satu sumber pendapatan anda, maka anda perlu pastikan laman web tersebut sentiasa online dan boleh diakses tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun, ada sesetengah syarikat hosting yang pernah saya gunakan, selalu mempunyai masalah server down.

 

Kadang-kadang server akan down selama satu jam, dan kadang-kadang sampai satu hari. Lagi lama server down, lagi banyak kerugian yang bakal dialami.

 

Ada ketikanya masalah server down ini bukannya seratus peratus salah pihak syarikat hosting. Iye la… isu teknikal ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

 

(3) Kehabisan bandwidth

Ini sebenarnya masalah biasa, lebih-lebih lagi kalau laman web anda menerima kunjungan trafik yang banyak dalam masa sehari. Pakej hosting yang anda langgan mungkin tak dapat nak support bilangan trafik yang masuk ke laman web anda.

 

Penyelesaiannya mudah sahaja, iaitu upgrade kepada pakej yang lebih tinggi. Kadang-kadang ada pembeli yang tertarik dengan pakej hosting yang murah semata-mata, tanpa mengambil kira keperluan dan penggunaan.

 

Jangan cepat sangat terpedaya dengan tawaran harga murah, sebabnya bila anda cuba berjimat ditempat yang tak sepatutnya, anda mungkin akan dapati yang anda terpaksa berbelanja lebih untuk upgrade kepada pakej lain.

 

(4) Technical support yang lambat atau tiada langsung

Sekiranya anda memang pakar dalam hal-hal berkaitan pembinaan laman web, anda mungkin tak perlukan technical support. Tetapi jika ini merupakan pengalaman kali pertama anda mendapatkan domain dan hosting anda sendiri, saya percaya anda pasti akan perlukan khidmat sokongan dan juga technical support.

 

Paling menyakitkan hati apabila kita perlukan bantuan mengenai hal-hal teknikal tetapi syarikat hosting kata, dia tak tau apa-apa dan tak boleh bantu. Bukan itu sahaja, dia siap suruh kita rujuk kepada orang lain yang lebih pakar pula.

 

Jadi, sebelum anda langgan sebarang pakej hosting, mungkin saya boleh cadangkan untuk anda tanya banyak-banyak soalan terlebih dahulu sampailah anda puas hati. Lihat bagaimana cara mereka mengendalikan soalan-soalan anda. Jika anda puas hati, barulah terus buat tempahan.

 

(5) Tiada backup files

Selalunya pihak syarikat hosting memang akan sediakan back up untuk setiap fail-fail yang telah kita hostkan menggunakan servis mereka.

 

Namun, ada juga case to case basis, yang mana sistem back up mereka tidak berfungsi dengan baik ataupun mereka tidak mempunyai back up file yang kita mahukan.

 

Untuk situasi ini, saya syorkan anda juga buat back up untuk kegunaan diri anda sendiri. Jangan hanya seratus peratus mengharapkan pihak hosting.

 

Untuk pengguna wordpress, anda boleh gunakan sahaja plugin wordpress backup untuk melakukan kerja-kerja back up files dengan mudah dan pantas.

syarikat_hosting_tempatan_terbaik_netkl

Sebenarnya, syarikat hosting adalah business partner yang memainkan peranan sangat penting terhadap kelancaran dan kejayaan perniagaan online anda. Itulah sebabnya anda perlu memilih business partner anda dengan sebaik-baiknya, supaya dia tidak beri anda masalah di masa akan datang.

 

Business partner (syarikat hosting) yang baik akan selalu memberi ruang dan peluang untuk anda berbincang dan sama-sama menyediakan satu pelan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang muncul.

 

Untuk blog ini, saya menggunakan perkhidmatan hosting dari syarikat NetKL. Alhamdulillah, setakat ini tak banyak masalah dan saya boleh katakan blog ini beroperasi dengan baik dan lancar tanpa ada sebarang masalah.

 

Blog-blog saya yang lain, saya gunakan perkhidmatan hosting dari syarikat lain.

 

Sebab itu saya boleh lalui macam-macam pengalaman sepanjang melanggan perkhidmatan hosting ni. Dalam banyak-banyak blog yang saya miliki, ada yang terlalu perlahan, ada yang sentiasa error dan ada juga yang kerap berlaku masalah server not found.

 

Kalau ada orang yang minta cadangan, syarikat hosting mana yang patut dipilih, saya akan syorkan guna perkhidmatan dari NetKL.

 

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: