Buat Duit Tanpa Modal Menerusi Platform EdyClick & EdyBiz

by sabree hussin on April 20, 2014

in Pemasaran Internet

Buat duit di internet tanpa perlu keluar modal walau sesen pun… Siapa yang tak nak?

Kalau saya… saya kena tengok dulu.

Buat kajian dulu serba sedikit, bila dah faham konsep dan dah yakin memang tak perlu keluar sebarang modal, tak perlu belanjakan walau sesen pun duit, baru saya akan join.

Rakan-rakan pembaca dan pelawat sekalian, walaupun percuma, kita kena hati-hati jugak. Tak semua yang percuma ni kita boleh main sambar je.

Apa yang saya perhatikan, ada program yang nampak meragukan. Ada yang too good to be true. Ada yang langsung tak logic… Hmm program-program macam ni, baik kita abaikan je la.

computer money

Penat je nanti.

Dan selalunya, kalau sesuatu program tu dari luar negara, dan owner program tu pulak asyik menyorok, langsung tak perkenalkan diri, biasanya saya akan pangkah je terus.

Ada terlalu banyak sangat program-program buat duit tanpa modal yang berasal dari luar negara yang berakhir dengan owner program tu menipu ahlinya.

Paling sadis, bila kita dah buat promosi penat-penat, boleh pulak owner tu tutup website.

Ataupun ada jugak yang sengaja menggunakan alasan terma dan syarat yang sangat ketat, yang kesudahannya memang mereka tak akan bayar.

Program-program macam ni memang terlalu banyak.

Sebab tu dalam blog ini, saya memang tak promosikan program-program dari luar negara atau yang seumpama dengannya.

Jadi, kan lebih baik kita hanya fokus pada program buat duit yang dipelopori oleh syarikat tempatan.

Contohnya macam EdyClick dan juga EdyBiz ini.

Dua-dua program ni kalau nak join memang tak perlu keluar modal. Malahan, kita yang akan dapat bayaran jika buat promosi untuk mereka.

komisyen affiliate EdyBiz

Pemilik produk juga orang yang sama. Boleh add pemilik EdyClick dan EdyBiz ni dekat FB. Malahan kalau nak sembang-sembang dengan dia pun boleh.

Kan jauh beza tu dengan program buat duit tanpa modal dari oversea tu… yang kebanyakkannya jarang sekali owner nya menonjolkan diri.

Kalau betul mereka jujur buat program-program tertentu, tak perlu nak low profile sangat lah kan…

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: