Bersedia ke kita?
Mungkin ada yang tertanya-tanya… bersedia untuk apa?
Bersedia ke kita nak jadi seorang penulis blog yang menjadikan dunia global sebagai pentas permainan?
Ramai yang tak sanggup nak buat. Ramai yang awal-awal lagi declare yang dia tak mampu nak buat tu semua. Lebih rela buat apa yang dia rasakan selesa dan mudah nak dicapai.
Nak buat duit dengan blogging? Itu lagi senang cakap dan tulis berbanding buat. Proses untuk menjadikannya kenyataan… itu yang mencabar.
The process will either make you or break you.
Jika kita kuat, In Shaa Allah tuhan akan sentiasa disisi kita. Membantu kita.
****
Alang-alang saya dah tetapkan matlamat nak buat duit dengan menjadi seorang penulis, jadi saya ingin kongsikan serba sedikit susah dan payahnya nak merealisasikan cita-cita tu. Bolehlah kalau nak katakan ini sebagai the other side of the successful story.
Cerita pasal the not so successful ni orang malas nak tau. Orang yang tak berjaya sangat tu pun selalunya malas nak cerita lebih-lebih.
Cerita tentang kumpul orang untuk like blog
Hari tu memang satu hari yang special. Saya telah membaca satu artikel mengenai tarik trafik ke blog dengan memanfaatkan laman sosial networking facebook.
Memandangkan zaman sekarang ni hampir semua orang ada akaun facebook, dan boleh kata hampir semua orang akan check akaun facebook masing-masing setiap hari, jadi saya berpendapat kuasa facebook tak sepatutnya diabaikan bagi menambahkan trafik yang masuk ke dalam blog.
Maka pencarian saya terhenti setelah saya menemui cara dapatkan facebook like menerusi kaedah samseng facebook.
Cara ini memang berkesan, dan seingat saya dalam masa sehari sahaja saya dah dapat kumpul lebih daripada 100 facebook like.
Kumpul like style samseng lah katakan.
Walaubagaimanapun tak sampai seminggu lepas tu saya terus remove script samseng facebook tu dari blog saya.
Ada pengunjung blog ni yang rasa kurang selesa dengan penggunaan script tersebut, mungkin sebab mereka rasa terpaksa klik like untuk teruskan pembacaan.
****
Macam-macam cara orang guna untuk bersaing dalam dunia ini. Masing-masing ingin jadi yang terbaik, terhebat, dan nombor satu. Yang penting matlamat kenalah menghalalkan cara.

Bukan mudah nak jadi penulis. lagi-lagi apabila menulis dalam blog. Sesiapa sahaja boleh akses blog kita. Boleh baca apa sahaja yang kita catatkan dalam blog kita.
Kita terdedah kepada bahaya-bahaya dan risiko tertentu. Gerak geri kita sentiasa diperhatikan. Ada banyak sangat individu yang berniat songsang, yang sentiasa ingin ambil kesempatan atas kelebihan yang kita ada.
Kita terdedah kepada hackers, piracy, orang yang berniat jahat dan suka memburuk-burukkan diri kita, identity theft, ah… pendek kata banyak lagi. Ada bermacam-macam bahaya menanti kita.
Termasuklah jugak scammer…
Apa yang kita tulis juga begitu. Tak semua yang kita hasilkan orang akan suka. Tak mungkin kita boleh hasilkan sesuatu yang disukai oleh semua orang.
Sedangkan kitab Al-Quran juga ada ramai orang yang benci, inikan pula penulisan kita yang tak seberapa.
Namun itulah dia, rata-rata kita sedar… implikasinya bila kita nak menulis dalam peringkat global, seperti dalam bidang penulisan blog ini. However, we still go for it.
Its really fun, isn’t it?
Sila baca bab seterusnya dalam buku online saya berjudul Blueprint Blogger Baru.
********************************************************************
Bacaan Tambahan (Maklumat Eksklusif Di Dalam!)
1. Strategi & Panduan Buat Duit Sebagai Seorang Penulis
2. Buat Blog Yang Bagus Dalam Masa 31 Hari Sahaja
3. Buat Bisnes Ribuan Ringgit Dari Blog
4. 37 Teknik Hapuskan Masalah Kekeringan Idea Menulis Blog
********************************************************************




Salam bro sabree
Bagi Tirana Aduka menulis dengan daya kreatifiti yang tersendiri adalah satu kepuasan dalam diri selain boleh membina sahsiah yang positif dalam diri…ini
Alhamdulillah komen2 yang agak melampau di utus melaui e-mail …tidak di tuliskan di blog saya oleh para sahabat sahabat lama yang saya kenali dulu….
bro..kalau nak buat duit menggunakan blog ni…..
terus terang kita kena masuk dalam dunia global dan serius…
contoh macam bro
ada domain sendiri dan bina secara perlahan lahan…
take time…google leh ditec macam mana kita bina sesuatu website tu….
sama ada white/black head…hehehehehhe
maaf bro…..komen panjang pula
TiranaAduka recently posted..Geng Retro
Komen panjang2 ni selalunya bernas
saya berharap sedara sabree meneruskan segala usaha sedara selama ini. kalau ada orang tak suka, nak buat macam mana lagi. takkan hendak paksa. tapi saya yakin masih ramai yang suka. i like
memang dah pasti tak semua orang akan suka
dan pasti juga tak semua yang kita harapkan akan terjadi
TehR recently posted..Piala AFF Suzuki 2012 | Perlawanan Akhir Pertama
jujur, memang tak suka samseng punya skrip tu. sakit mata.
ohcikgu recently posted..Saya tak pandai SEO.
betul, saya setuju, script Facebook menggangu pembacaan. Ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada si pembaca, sebaliknya membuat pembaca menyampah kerana setiap kali buka laman baru, setiap kali itulah juga kekotak muncul memaksa klik Like.