Catatan pada kali ini kita akan lihat kaedah penulisan seperti yang disyorkan oleh Hamka. Mari kita lihat.
****
1. Jelas dengan tujuan menulis dan tetapkan pendirian bagi mencapainya.
Sebelum mula menulis, kita patut dah tahu kenapa kita menulis.
Adakah sebab kita nak menjual sesuatu? Kita nak promosikan sesuatu atau kita menulis kerana ingin memberitahu dan berkongsikan sesuatu.
Hanya apabila kita jelas dengan tujuan kita menulis, barulah pembaca kita juga dapat memahami apa yang kita cuba sampaikan menerusi penulisan kita.
2. Apabila bercita-cita menjadi penulis, jangan tunggu dan berlengah. Mulakan menulis.
Menulis adalah satu profesion yang perlukan kita untuk praktikan apa yang mahu kita lakukan.
Kalau minat nak menulis, kenalah mula menulis sekarang juga. Tak kisahlah sama ada kita memang dah sedia ada mempunyai bakat atau tak. Yang penting ada cita-cita, dan juga ada minat, kita dah tak perlukan sebab yang lain untuk mula.
3. Tanda-tanda penulis yang berputus asa adalah sikap mengelak daripada kegagalan dan kekecewaan. Tidak sanggup menangguhkan kepuasan hari ini bagi kemudahan hari esok. Sikap mengelak memberi tanda menjadi penulis bukan jalan hidupnya.
4. Apabila kita membaca buku-buku orang lain, ia memberi kekuatan kepada kita untuk menulis.
Ada masanya, buku-buku atau karya-karya orang lain menjadi satu pembakar semangat untuk penulis lain semakin termotivasi untuk terus menulis.
Karya yang bagus menjadi pencetus idea untuk penulis lain berkarya dengan lagi baik, bukan sebagai pelemah semangat sebabnya kita tak dapat nak hasilkan sesuatu yang sama seperti karya yang bagus itu tadi.

5. Membaca dan menulis bergerak serentak.
Kita tak bolehlah hanya fokus kepada membaca semata-mata, lambat-laun apa yang kita baca akan hilang dan kita akan lupa.
Begitu juga menulis, kita tak boleh asyik fokus dengan menulis hingga kita lupa hendak membaca. Dikhuatiri jika kita asyik menulis dan lupa membaca, apa yang kita tulis kosong isinya dan tak bernyawa.
Sebaik-baiknya, biarlah membaca dan menulis bergerak seiringan.
6. Usah berhenti memperbaiki, menambah dan mengembangkan karya.
Ini menjadikan hasil tulisan kita bertambah baik berbanding dahulu.
7. Berhati-hati dengan individu yang memberi pelbagai jenis teori, kaedah dan teknik sehinggakan saudara takut hendak berkarya.
Tulis sahaja dan pada masa yang sama belajar sedikit demi sedikit.
8. Usah ditunggu sehingga menjadi penulis yang sempurna.
Menulislah dan kesempurnaan akan datang secara berperingkat.
9. Hamka membuktikannya apabila menulis buku bertajuk Di Bawah Lindungan Kaabah. Idea asal buku ini datang daripada rakannya. Oleh sebab sikap ragu-ragu kerana merasa diri tidak cukup ilmu, idea itu tidak ditulis oleh rakannya. Sebaliknya Hamka menulis dan menerbitkan terlebih dahulu. Timbul kekesalan oleh rakan itu.
10. Motivasi penulis ada naik dan turunnya dalam berkarya. Itu adalah perkara normal. Penulis tidak boleh berputus harap kepada Tuhan. Selagi ada keinginan menulis, turun dan naik dalam berkarya hanya bersifat sementara.
11. Penulis mesti melangkaui zaman.
****
Kaedah penulisan mengikut Petua Hamka ini dipetik dari sebuah buku karya Zamri Mohamad berjudul Tip Menjadi Penulis Bestseller.
Artikel yang sama boleh dijumpai dalam buku beliau dalam bab 6 yang bertajuk, Menjadi Penulis Bestseller Mengikut Petua Hamka di muka surat 25.
Sila baca bab seterusnya dalam buku online saya berjudul Blueprint Blogger Baru.
********************************************************************
Bacaan Tambahan (Maklumat Eksklusif Di Dalam!)
1. Strategi & Panduan Buat Duit Sebagai Seorang Penulis
2. Buat Blog Yang Bagus Dalam Masa 31 Hari Sahaja
3. Buat Bisnes Ribuan Ringgit Dari Blog
4. 37 Teknik Hapuskan Masalah Kekeringan Idea Menulis Blog
********************************************************************




seorang penulis itu mesti lebih banyak membaca dari menulis – Dato A Samad Said
menulis sambil belajar menulis
itu aku setuju sangat
TehR recently posted..Piala AFF Suzuki 2012 | Perlawanan Akhir Pertama
satu benda tentang menulis,
kita tidak patut takut atau malu untuk menulis.
takut kepada diri sendiri menajdi penghalang paling besar dalam penulisan.
apa pun, artikel ni terbaik
albaihaqie recently posted..Tempat Ini Mengajarku
Seronok baca panduan beliau. Tulis sahaja kan.
akubiomed recently posted..ChurpChurp membawa khabaran gembira
hamka pun masuk gak. hehe..
ohcikgu recently posted..Blog Popular – Blog cikgu-cikgu kurang popularkah?
Tuan yang dirahmati Allah dan dikasihi Nabi.
Saya mengucapkan terima kasih kerana mengukuhkan usaha kita dalam memandaikan bangsa melalui ilmu yang ditulis.
Semoga perkataan demi perkataan tuan kekal luar biasa.
Doakan saya dalam proses menerbitkan buku seterusnya. Amin ya Rabb.
Nota: Pesta Buku ini ada program-program percuma untuk bakal penulis di http://bit.ly/forumpestabuku
dalam blogging, kita perlu tahu apa yang kita mahu capai dengan blog kita.