Bila saya akan nampak hasilnya lepas iklan dalam blog ini?

by sabree hussin on October 9, 2016

in Servis Advertorial

Sebenarnya saya memang berminat nak mencuba kaedah pengiklanan advertorial dalam blog ini. Cuma saya masih agak ragu-ragu sekarang ni. Kalau boleh saya nak tau jugak, lepas saya buat iklan dalam blog ini, bila agaknya saya boleh nampak hasilnya ye? 

 

Kali ini kita cerita bab hasil. Orang putih kata RESULT. Sudah tentu, bila kita dah mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu, kita mahu lihat ada satu keputusan atau hasil dan pencapaian yang boleh dilihat.

 

Saya teringat masa zaman saya masih bekerja di Berjaya Corporation dulu. Bos saya hanya berminat nak tau tentang satu perkara sahaja.

“Apa hasilnya?”

perkhidmatan-iklan-blogger

Soal lain seperti tak begitu penting. Apa masalah yang dihadapi, apa yang perlu dilakukan, apa teknik, strategi dan sebagainya. Itu semua tak sepenting persoalan “apa hasilnya?” dan “bila saya boleh nampak hasilnya?”

 

Ini juga salah satu kriteria yang akan saya lihat sebelum menyertai mana-mana program affiliate dan juga sebelum menerima sebarang job penulisan artikel. Setidak-tidaknya saya perlu pastikan dan pertimbangkan beberapa perkara supaya job yang bakal saya terima tu dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak. Saya boleh dapat untung dan klien juga boleh dapat hasilnya. Itu lebih sihat berbanding hanya sebelah pihak sahaja yang untung.

 

Salah satu cabaran yang saya hadapi dalam menawarkan servis advertorial ini ialah dari segi penetapan harga. Jika saya letakkan harga yang terlalu tinggi, ini mungkin akan menyebabkan pihak klien rasa terbeban untuk dapatkan perkhidmatan ini dari saya. Akan tetapi, jika letak harga terlalu murah, rasa tak berbaloi pulak dengan masa, skil, teknik dan pengalaman dalam bidang penulisan ni yang saya ada. Ha ha (ok itu selingan je)

 

Pertama sekali, saya perlu beritahu siap-siap. Satu realiti yang patut semua orang tahu tentang kaedah pengiklanan advertorial mahupun teknik review ini. Ianya BUKAN teknik ajaib. Bukan itu sahaja, malahan ianya juga tidak menjanjikan mahupun menjamin bahawa anda pasti akan dapat hasil yang serta merta.

 

Pada pendapat saya, sekiranya anda ingin melihat keputusan serta-merta, ada beberapa kaedah yang saya boleh syorkan. Antaranya ialah iklan berbayar di platform seperti FBAds dan juga Google Adwords. Biasanya dengan dua kaedah ini, anda akan dapat lihat keputusan serta merta.

 

Sama ada anda akan kehabisan bajet begitu sahaja, ataupun anda berjaya dapat 1 -2 sales. Apa yang seronoknya dengan kaedah FBAds dan juga Google Adwords ni ialah mereka menyediakan sistem tracking yang begitu canggih, dan anda boleh lihat di skrin anda bagaimana bajet pengiklanan anda semakin surut dengan bertambahnya bilangan klik ataupun view terhadap iklan anda.

 

Nah… Itu salah satu cara untuk anda beriklan sekiranya anda benar-benar memerlukan keputusan yang SEGERA dan serta-merta.

 

Jika anda beriklan menggunakan Google Adwords… iklan anda akan dibuang oleh pihak google setelah bajet pengiklanan anda habis digunakan.

buat_duit_dengan_autoresponder

Ini berbeza dengan kaedah pengiklanan Advertorial. Memandangkan iklan jenis ini akan saya optimasikan dengan teknik SEO, lazimnya iklan anda akan terus berada di laman web carian google sampai bila-bila. Selagi blog ini masih ada, maka selagi itu iklan anda akan terus dipaparkan di laman carian google. Sekiranya iklan anda berjaya masuk ke page pertama google, itu satu bonus!

 

Kedua, saya harap anda tidak cuba untuk menyamakan kaedah iklan advertorial yang saya tawarkan ini dengan mana-mana penyedia perkhidmatan lain mahupun lain-lain kaedah pengiklanan yang ada diluar sana. Saya percaya, setiap perkhidmatan yang disediakan mempunyai keunikan dan kekurangan tertentu.

 

Sebagai contoh

(1) Jika anda beriklan di siaran TV

Kita sedia maklum, kos iklan di TV menelan belanja yang agak besar. Sekiranya iklan disiarkan di waktu puncak, boleh jadi kos iklan juga akan sangat mahal. Walaubagaimanapun, iklan TV ini mungkin hanya akan dilihat oleh penonton siaran tertentu sahaja.

Contohnya jika anda beriklan di RTM, orang yang tidak menonton siaran RTM tak akan dapat lihat iklan anda.

Begitu juga dengan iklan di radio. Memandangkan saya adalah pendengar Sinar.FM sahaja, maka saya tak mungkin tahu apa yang diiklankan di siaran radio lain.

 

(2) Jika anda beriklan di majalah

Contohnya jika anda iklan di majalah. Iklan anda mungkin hanya akan dibaca oleh pembaca dan juga pembeli majalah itu sahaja. Jika iklan anda disiarkan di majalah edisi ke-8 misalnya, hanya mereka yang baca majalah edisi ke-8 atau pembeli sahaja yang akan nampak iklan anda.

 

(3) Jika anda beriklan di surat khabar 

Kalau baca surat khabar, akan ada ruangan khas yang dinamakan sebagai classified atau sebarang nama yang membawa maksud pengiklanan. Saya tak pasti ada ke orang yang akan baca ruangan tersebut, sebab kalau saya baca surat khabar, memang saya tak akan baca bahagian tersebut.

 

Tiga contoh diatas adalah beberapa contoh kekangan atau kelemahan medium pengiklanan yang terdapat disekeliling kita. Saya akui, kaedah pengiklanan advertorial juga ada kelemahannya.

 

Sebagai contoh, iklan anda hanya akan dilihat oleh

(1) Sebilangan pengguna internet yang merupakan pembaca setia blog tersebut

(2) Pengguna internet yang tak sengaja menjumpai blog tersebut dari hasil carian kata kunci tertentu

 

Biasanya, jika dilihat dari segi bilangan yang akan melihat iklan tersebut, ianya tidak begitu besar. Bagi sesetengah orang, kalau tak ramai yang nampak iklan tersebut, ianya adalah suatu kegagalan.

 

Namun pada pendapat saya, ia tak semestinya satu kegagalan. Jika pengguna internet menjumpai artikel advertorial menerusi kaedah kedua iaitu dari hasil carian kata kunci tertentu, mereka ini lazimnya adalah pembaca yang targeted dan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk convert kepada pelanggan.

 

Ada beza antara orang yang mencari maklumat dengan orang yang disuapkan dengan maklumat. Kebiasaannya, orang yang mencari sesuatu mempunyai motivasi yang tinggi untuk membuat tindakan pembelian berbanding mereka yang disuapkan dengan maklumat tertentu.

 

Saya akan beritahu secara umum, bila anda akan dapat lihat hasilnya.

 

Selepas pembayaran dibuat, biasanya saya akan perlukan masa sekurang-kurangnya 48 – 72 jam untuk menulis draf dan menyiapkan artikel. Sebenarnya untuk menghasilkan sesebuah artikel, saya akan perlukan masa lebih kurang 3 – 4 jam. Tapi, just to be safe, manalah tahu tiba-tiba saya ada kecemasan, internet buat hal ke, jadi saya akan minta sekurang-kurangnya 48 – 72 jam.

 

Bila artikel dah siap, dan anda dah semak serta dah setuju dengan kandungan artikel tersebut, barulah saya akan mula mempromosikan artikel tersebut di beberapa tempat yang sesuai. Tak perlulah saya nak terangkan kat mana, macam mana dan sebagainya. Ini adalah kaedah yang saya akan gunakan untuk bina back link kepada artikel advertorial yang telah dihasilkan.

 

Seterusnya, masa untuk artikel tersebut muncul di muka surat pertama Google mungkin akan berbeza-beza mengikut kata kunci yang disasarkan. Lagi cepat artikel tersebut muncul di muka surat pertama google lebih tinggi potensi untuk anda dapat hasil dari artikel advertorial tersebut. Tapi itu lah, untuk kata kunci yang memang tinggi persaingan, ia mungkin mengambil masa yang lebih panjang.

 

Masa yang standard adalah lebih kurang 6 bulan. Wah…. lama tu, sampai 6 bulan. Ya. Ia boleh jadi lebih panjang dari itu. Kadang-kadang makan masa setahun atau lebih dari itu.

 

Kalau paling cepat berapa lama pulak? Ok berita baiknya ialah, untuk kata kunci tertentu, yang memang tak banyak persaingan, artikel advertorial boleh muncul di muka surat pertama Google sepantas beberapa minit sahaja.

 

Semua ini bergantung kepada kata kunci yang anda ingin sasarkan juga.

 

Seperti yang anda boleh nilaikan sendiri, saya tidak mempunyai jawapan yang spesifik, bila anda akan dapat lihat hasilnya jika anda menjangkakan hasil itu dalam bentuk jualan atau sales. Apa yang saya dapat berikan kepada anda adalah beberapa timeline atau jangka masa untuk artikel advertorial itu mencapai perkembangan-perkembangan tertentu.

… sebagai contoh, artikel advertorial akan mula dapat back link yang berkualiti dalam masa 48 – 72 jam selepas artikel tersebut dipromosikan.

… Artikel advertorial akan mula masuk ke muka surat pertama google dalam masa lebih kurang 48 – 72 jam selepas ia mula dipromosikan secara aktif.

 

Sebenarnya, dari servis pengiklanan yang nampak ringkas ni, ada banyak kerja-kerja belakang tabir yang perlu dilakukan.

 

Itulah sebabnya, kalau ada yang rasa boleh buat sendiri, saya amat menggalakkan anda untuk buat sendiri. Malahan, saya pernah kongsikan beberapa tips buat pembaca dan pelawat blog ini jika ada yang merancang untuk buat sendiri sahaja artikel advertorial mereka.

Klik untuk baca: Ingin buat sendiri Artikel Advertorial anda? Ini beberapa tips untuk anda

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: