Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Bila Awak Buat Bisnes, Awak Cuma Nak Cari Seorang Dua Pelanggan Je Ke?

December 29, 2014 by sabree hussin 10 Comments

Saya faham, tak semua orang lahir-lahir je dah siap-siap ada bakat untuk buat bisnes.

Ada sesetengahnya perlu melalui proses dan pengalaman yang lama, barulah timbul kesedaran dalam diri, yang mana dengan jalan berniaga barulah seseorang tu dapat tingkatkan kedudukan ekonomi dan memperbaiki kedudukan kewangannya.

Selama ini kita dengar, bangsa cina adalah champion dalam bab-bab bisnes kat Malaysia ni. Kalau bab-bab bisnes, memang orang cina pegang.

Kalau bisnes kedai makan pulak, juaranya adalah Mamak.

Eh

Jadi kat mana orang Melayu? Orang Melayu tak pandai meniaga ke? Orang Melayu tak minat meniaga ke? Kalau tak minat meniaga, macam mana nak cerita bab-bab ekonomi? Macam mana nak jadi kuasa besar dalam ekonomi negara, kalau orang Melayu lagi minat jadi kuli berbanding jadi bos untuk company sendiri?

.

..

Entri ini bukan tentang Rasis

Saya pasti dah ramai yang sedia maklum, saya meniaga sim kad. Bukan sebarang simkad, tetapi adalah simkad Tone Excel yang dikuasakan oleh Tune Talk.

simkad_Tone_excel

Kenapa saya pilih perniagaan ni? Hmm ada banyak sebabnya. Nantilah saya cerita, itupun kalau sempat.

Bulan March 2014 yang lepas, saya sertai perniagaan ini. Artikel ini saya catatkan pada bulan Disember 2014, bermakna, adalah dalam 9 bulan saya buat bisnes ni.

Hasilnya?

Fuh… macam-macam. Ada kisah suka, seronok, kisah duka mungkin ada sikit, tapi overall, saya berani kata, RM90 yang saya keluarkan pada bulan March 2014 yang lalu, adalah perbelanjaan TERBAIK yang pernah saya keluarkan setakat ini.

 

Bisnes bukan semata-mata tentang nak buat duit. Ia lebih dari itu. Rugilah orang yang buat bisnes semata-mata sebab nak cari duit dan nak tambah duit. Sebenarnya ada banyak lagi hal-hal yang lagi penting berbanding duit yang kita boleh dapat dengan jalan bisnes.

 

Bina perhubungan dan jalin persahabatan

Ini salah satu daripadanya.

Bukan senang nak bina persahabatan dengan orang yang selama ini kita tak kenal. TETAPI… menerusi jalan perniagaan, ianya tak mustahil untuk dilakukan.

 

Luaskan jaringan perhubungan atau networking

Ini salah satu yang saya sasarkan dalam bidang perniagaan.

Luaskan jaringan networking. Tak adalah hanya tertumpu disatu-satu kawasan semata-mata. Macam saya ni yang berasal dari Klang, asal nak bernetworking, tak semestinya cuma nak tumpukan area Klang semata-mata.

 

Perkembangan potensi peribadi dan diri 

Pengalaman tak akan dapat dibeli.

Itu kita perlu lalui sendiri. Ia hanya dapat dikongsi, namun ia tidak mungkin untuk dicuri.

*

Sebelum ini saya pernah buat bisnes jual barangan kecantikkan menerusi sistem dropship. Ok tak berapa memberangsangkan. Mungkin semua tu ada kena mengena dengan diri saya sendiri yang sebenarnya tak ada lah minat sangat dengan produk-produk kecantikan ni. Lagipun, niche ini terlalu cepat berlaku perubahan citarasa dan pertukaran produk.

 

So dipendekkan cerita, saya tak berapa berjaya dalam niche kecantikkan ini.

Bila saya buat bisnes dalam bidang ini, adakah saya hanya target untuk dapat seorang dua pelanggan je? Mestilah tidak. Kalau boleh saya nak ada beratus-ratus jika bukan beribu-ribu orang pelanggan!

 

Jika anda berada ditempat saya, adakah anda hanya mahukan seorang dua pelanggan sahaja?

  **

Selain dropship, saya juga buat duit dengan program affiliate.

Ada banyak produk yang saya promosikan dalam satu-satu masa. Terima kasih pada blog-blog saya. Dengan ada banyak blog ini, kerja-kerja promosi jadi lagi mudah.

 

Jika anda berada ditempat saya, adakah anda hanya ingin dapatkan seorang dua pelanggan sahaja sudah cukup memadai?

Lazimnya, untuk mana-mana produk affiliate, keuntungan untuk satu produk yang boleh dihasilkan adalah sekitar RM20 paling sikit.

Sekarang anda dah tahu, anda akan untung RM20 jika berjaya dapat sales. Adakah anda dah cukup puas hati bila dah ada seorang dua pelanggan sahaja?

 

***

Inilah yang peliknya dengan sesetengah golongan manusia ni.

Bila saya promosikan program Tone Excel kepada mereka, boleh pulak dia tanya, berapa ramai aku kena cari?

Bro, ko kalau nak buat bisnes, ko cuma nak dapatkan seorang dua pelanggan je, atau ko nak dapatkan ribu-ribu orang pelanggan ye?

 

Setiap bisnes perlu ada sales target

Personally, saya juga ada sales target saya sendiri. Hmm… saya nak ada seribu orang direct customer yang beli simkad Tone Excel ini dan activate simkad ini menerusi idp saya, iaitu 449841.

 

Itu matmalat saya.

Tak ada halangan, dan tak ada sekatan untuk saya hadkan penjualan simkad ini kepada kuantiti tertentu sebenarnya. Contohnya macam program MLM yang saya pernah jumpa sebelum ini, pihak syarikat mensyaratkan supaya ahlinya hanya buat 4 sales sahaja.

 

Di Tone Excel, bukan sebegitu. Berapa banyak yang anda nak jual, terpulang pada anda.

Lagi banyak yang anda dapat dan sanggup jual, lagi tinggi potensi pendapatan yang bakal anda raih.

Jadi, kenapa nak hadkan pelanggan anda kepada seorang dua semata-mata, lepas tu nak mengharapkan pulangan yang lumayan dan yang tak masuk akal.

Kan nampak sangat corak pemikiran macam tu sebenarnya masih lagi dibayangi oleh corak pemikiran ingin cepat kaya, tetapi tak sanggup berusaha keras dan cuma berminat NAK SENANG.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Awak Nak Berguru Dengan Pakar Bisnes?
  2. Best ke buat bisnes Tone Excel?
  3. Cara Mudah buat promosi Bisnes Tone Excel
  4. Income Dia Cuma Sen Sen, Anda Nak?

Filed Under: Personal Tagged With: bisnes simkad tone excel, bisnes tone excel

Comments

  1. broFami says

    December 29, 2014 at 12:35 pm

    semakin ramai pelanggan semakin masyuk lah anda.. dan pastikan duplikasi berlaku baru boleh berjaya dalam bisnes network marketing ni ..

    Reply
    • sabree hussin says

      December 29, 2014 at 11:27 pm

      Betul tu broFami, kalau dalam bisnes network marketing, memang penting untuk pastikan berlakunya duplikasi

      Reply
  2. Ikhwan Fahmi says

    December 29, 2014 at 4:15 pm

    mestilah nak cari ramai pelanggan 🙂

    Reply
    • sabree hussin says

      December 29, 2014 at 11:20 pm

      Ada setengah orang, dia cuma nak cari satu atau dua pelanggan je… entah saya pun tak faham sangat orang macam ni

      Reply
  3. blogger lelaki says

    December 29, 2014 at 6:53 pm

    orang kita pun hebat berniaga..cuma ramai yang tak bertahan lama

    Reply
    • sabree hussin says

      December 29, 2014 at 11:30 pm

      Ha… cane agaknya ya nak bertahan lama. Bisnes orang cina ni sampai bergenarasi turun temurun kot

      Reply
  4. Zaini says

    December 30, 2014 at 3:04 pm

    Boleh kalau cari 2 3 orang pelanggan tetapi kena ada syarat:

    1. Repeat order
    2. Jualan dan keuntungan tinggi.

    Ini saya lihat dalam bidang perkhidmatan ICT. Ada satu vendor cuma ada 2 3 client sahaja tetapi boleh hidup dan untung besar.

    Sekadar pandangan.

    Reply
    • sabree hussin says

      December 31, 2014 at 11:29 am

      Setuju tuan. Repeat order tu penting. Margin keuntungan yang tinggi juga penting. Bila ada dua ni, even cuma ada satu klien juga tak ada masalah. Namun, untuk bisnes sen sen seperti yang saya buat, atau program affiliate yang saya promosikan, memang tak cukup sekadar buat satu atau dua sales

      Reply
      • Zaini says

        December 31, 2014 at 12:28 pm

        Saya setuju tuan,

        Kesimpulannya bergantung pada jenis bisnes dan keuntungan. Tapi untuk bisnes untung besar jika dapat ramai client lagi la seronok.

        Bisnes sen sen pun kalau dapat customer ramai boleh tersenyum lebar juga 🙂

        Reply
  5. salahuddin says

    October 11, 2015 at 8:30 am

    fokus penuhkan level 1 seramai mungkin…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall
  • Senarai 50 kerja yang boleh dilakukan ketika Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)
  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut