Bekerja dari rumah sebagai Online Travel Agent

by sabree hussin on November 17, 2015

in Banding Hotels, Bekerja dari rumah

Macam mana nak buat duit sebagai travel agent? Kalau boleh nak bekerja dari rumah je. Tak nak susah-susah nak kena sediakan ofis, bukak booth dan layan pelanggan yang macam-macam ragam tu.

 

Memang ada cara. Jawapannya ialah dengan mendaftar sebagai online travel agent.

bisnes_travel

Ok…

 

Zaman sekarang ni, kalau nak pergi bercuti, adakah anda akan berurusan dengan travel agent, ataupun anda akan cari sendiri info tentang tempat-tempat menarik yang bakal anda kunjungi tu secara online?

 

Pengalaman saya sendiri… saya akan cari sendiri. Malahan, sebenarnya saya TAK PERNAH langsung nak berurusan dengan mana-mana travel agent kalau saya nak pergi bercuti. Saya ada satu tanggapan yang mungkin kurang tepat.

 

Pertama, travel agent ni hanya untuk orang yang kaya-kaya sahaja. Apa tak nya, saya pernah tengok brochure yang mereka sediakan, untuk pakej hotel sahaja, semuanya jenis yang Wow. 5 bintang beb…

 

Apa agaknya tanggapan diorang ni kalau tiba-tiba saya kata, “kak, kalau boleh tolong carikan hotel yang bawah RM100 kak…”

 

Tak sanggup rasanya saya nak keluarkan pertanyaan macam tu. Nampak sangat betapa saya ni sengkek ha ha…

 

Boleh jadi, setakat bayar RM300 – RM500 per night untuk pakej hotel adalah perkara biasa untuk mereka-mereka yang memang nak pergi bercuti. Afterall, dah nama pun pergi bercuti, mestilah nak yang memberi ketenangan secara total. Nak pi cari yang murah pulak… apa standard

 

Kedua… hmmm saya selalu beranggapan yang sebenarnya selain kita bayar satu service fee atau booking fee kepada travel agent, mereka ni (travel agent) akan dapat komisyen tambahan daripada mana-mana pakej hotel dan tiket penerbangan yang mereka sarankan. Berapa yang mereka akan dapat, itu saya tak tau.

 

… dan bila saya jumpa laman web Banding Hotels ini, sedikit sebanyak apa yang saya selalu fikir-fikirkan memang ada benarnya.

 

Ni saya nak bagitau apa sebabnya. Saya akan gunakan jadual berikut untuk tujuan penerangan ya.

komisen banding hotels

 

Ini adalah bentuk pendapatan ataupun komisyen yang bakal anda perolehi sekiranya anda setuju untuk menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh pihak Banding Hotels nanti.

 

Seperti yang anda boleh perhatikan, anda dapat buat duit menerusi dua cara. Iaitu

(1) Komisyen per klik

Komisyen per klik ni maksudnya macam ni… anda akan dibekalkan dengan laman web yang menyenaraikan senarai hotel dan juga penerbangan yang boleh ditempah oleh pelanggan yang berminat untuk pergi melancong.

 

Dengan adanya komisyen per klik ini, walaupun pelawat tu tadi TAK JADI buat sebarang tempahan, anda masih lagi boleh dapat komisyen. Mudah sahaja sebabnya laman web anda telah menerima klik daripada pelawat.

 

(2) Komisyen per jualan/ tempahan 

Komisyen yang lebih tinggi dan lebih lumayan ialah komisyen jenis tempahan ini.

 

Sekiranya pelawat yang mengunjungi laman web anda, membuat tempahan sama ada tempahan hotel, tiket penerbangan, ataupun kedua-duanya sekali, anda akan dapat komisyen daripada tempahan tersebut.

 

Katakanlah untuk pelawat yang buat tempahan tiket penerbangan. Kalau kos tiket tersebut penerbangan itu ialah USD100 dan komisyen anda ialah 10% maka dari situ je anda dah boleh dapat USD10.

 

Tugas anda mudah sahaja, hanya perlu mempromosikan laman web tempahan anda sahaja.

 

Kenapa konsep dia macam buat affiliates je ni?

Memang benda yang SAMA pun.

 

Dalam contoh ni, kita jadi affiliates kepada beberapa vendor yang berbeza. Dalam contoh ni, produk kita adalah tiket penerbangan, hotel, homestay dan sebagainya.

 

Anda pernah dengar Trivago, Agoda, booking.com?

Kalau anda minat nak buat duit dengan cara ini, maknanya anda kena belajar serba sedikit macam mana nama-nama besar yang saya sebutkan tadi tu mempromosikan laman web mereka.

 

Sebabnya, dengan servis yang diberikan oleh pihak Banding Hotels ni, anda akan dapat laman web yang lebih kurang sama fungsinya dengan laman-laman web yang saya sebutkan tu tadi.

 

Menerusi laman web tu nanti, pelawat boleh buat tempahan secara terus di laman web milik anda. Bila pelawat buat tempahan, maka anda pun akan dapat bayaran.

 

Tak perlu susah payah nak jumpa orang tu, dan tak perlu nak fikir kalau-kalau ada antara mereka yang nak cancel tiket last-last minit.

 

Peranan kita sebagai online travel agent adalah untuk memastikan laman web percutian kita tu dikunjungi oleh pelawat. Itu sahaja.

 

Kerjanya tak sesukar mana pun. Saya pun dah daftar dengan pihak Banding Hotels. Anda pun dipersilakan untuk buat benda yang sama. Manalah tau, ada rezeki, bolehlah jadikan laman web ni sebagai sumber pendapatan tambahan. Lagipun, semua benda dah jadi makin mahal kan sekarang ni. Tak kan tak faham-faham lagi nak tambahkan pendapatan?

 

Ingat saya kongsikan benda-benda macam ni saja-saja? Ha ha

 

 

Be Sociable, Share!

{ 7 comments… read them below or add one }

ajumohit November 26, 2015 at 11:03 am

bolehla survey nak hujung tahun ni 😉

Reply

Sync December 1, 2015 at 8:24 pm

boleh buat duit kopi 🙂

Reply

sabree hussin December 1, 2015 at 11:49 pm

Yup memang boleh sangat!

Reply

bibi nor aini December 14, 2016 at 12:19 pm

saya berminat,boleh terangkan lebih lanjut

Reply

sabree hussin December 14, 2016 at 4:17 pm

Boleh baca posting ini

http://www.sabreehussin.com/program-affiliate-trivago-buat-duit-dalam-niche-pelancongan-dan-percutian/

trivago ini juga adalah salah satu program affiliate untuk niche pelancongan yang bagus untuk disertai

Reply

Hasni March 20, 2017 at 10:52 am

Semakin ramai orang yang ingin bekerja dalam rumah. Tetapi macam nak jana rezeki susah sikit. Pendapatan selalu tidak stabil.

Reply

sabree hussin March 21, 2017 at 10:07 pm

Biasalah tu, peringkat awal pasti tak berapa stabil tetapi ia akan jadi makin baik dari masa ke masa.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: