Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Baka-baka kambing di Malaysia

October 19, 2015 by sabree hussin 7 Comments

“Anda berminat untuk melibatkan diri dalam bidang ternakan kambing?”

 

Sebelum menceburkan diri dalam bidang ternakan ini ada baiknya kita mengenali terlebih dahulu jenis-jenis baka kambing yang kebiasaannya dapat ditemui di Malaysia. Bukan semua kambing daripada negara luar boleh diternak dalam negara kita.

 

Banyak faktor yang perlu diambil kira antaranya faktor daya tahan kambing itu sendiri dan faktor cuaca.

 

Sebelum kita terus bincangkan dengan lebih mendalam lagi, satu perkara yang anda perlu jelas tentang bidang ternakan kambing ini ialah, tujuan kita menternak sesuatu baka kambing itu sendiri. Adakah kita mahukan susu ataupun dagingnya?

 

Mari kita lihat baka-baka kambing yang terdapat di Malaysia

 

Kambing Katjang

 

baka_kambing_kacang

Kambing katjang atau dikenali juga dengan nama kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging.

 

Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek serta tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.

 

Leher adalah pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah 5- – 60 s.m. Kulit badan nipis tetapi mempunyai bulu yang kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar adalah salah satu ciri-ciri kambing ini yang baik. Pengeluaran susu adalah sedikit; tidak lebih dari 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 – 6 bulan.

Berat Lahir: Jantan: 1.6 kg, Betina 1.8 kg

Berat Dewasa: Jantan: 25 – 30 kg, Betina 20 – 25 kg

 

Kambing Jamnapari

jamnapari_etawa

Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan tujuan untuk dikacukkan dengan kambing tempatan bagi membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna).

 

Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan.

Berat Lahir: Jantan: 3.0 – 4.0 kg, Betina 3.0 – 4.0 kg

Berat Dewasa: Jantan: 68 – 90 kg, Betina 35 – 65 kg

 

Kambing jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu keluaran kambing tempatan

 

Kambing Anglo Nubian

Anglo NubianBaka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna).

 

Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek.

 

Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

Berat Lahir: Jantan: 3.5 kg, Betina 3.9 kg

Berat Dewasa: Jantan: 70 – 85 kg, Betina 55 – 70 kg

 

Pengeluaran susu adalah menggalakkan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan 250 – 300 kg bagi satu laktasi.

Kambing kacukan

kambing_kacukan

Kambing kacukan adalah hasil dari perkahwinan kambing kacang dan baka-baka luar negeri seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine.

 

Rupa bentuk biasanya menunjukkan mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. Kambing jenis kacukan ini boleh meningkat berat badan sebanyak 18 – 25 kg dalam lingkungan umur setahun. Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang. Purata berat badan ketika lahir adalah lebih kurang 2 kg – 2.5 kg seekor.

 

Kambing Saanen

saanen

Kambing ini berasal dari Lembah Saanen,Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.

 

Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.

 

Tanduk didapati pada kedua-dua jantina. Kekacang di leher boleh dilihat pada baka ini.

 

Penghasilan susunya berbeza di antara 500 kg dan 1,200 kg dalam tempoh 250 hari, (purata 800 kg).

Berat Lahir:   Jantan: 3.0 kg, Betina: 3.3 kg

Berat Dewasa: Jantan: 68 – 91 kg, Betina: 36 – 63 kg

 

Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan susu.

 

Sekarang mungkin anda dapat mengenali baka-baka kambing yang diternak di Malaysia dan berkemungkinan dari semasa ke semasa pelbagai baka akan muncul seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan industri ternakan terutama ternakan kambing untuk menjadikan dari bidang yang hanya untuk sara diri kepada industri perniagaan.

 

Anda berminat untuk mengetahui pelbagai lagi berkenaan industry ternakan kambing. Boleh klik disini

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Ada Jual Sim Kad 1 Malaysia Tak?
  2. Jadual dan rutin harian seorang internet marketer Malaysia
  3. Bagaimana Orang Malaysia Boleh Buat Duit Lumayan Dalam Matawang USD?
  4. Nak Tempah Madu Sunnah? Penghantaran Ke Seluruh Malaysia

Filed Under: Advertorial Tagged With: baka kambing, jenis kambing di malaysia, panduan ternak kambing, ternakan kambing komersil

Comments

  1. zool says

    October 20, 2015 at 12:09 am

    Kibas pun dah banyak orang bela untuk ternakan ni..
    kambing boer pun bagus juga dibela..
    kat kampung ni ada member dia banyak ambil kambing import je. bela sekejap je

    Reply
  2. Belang tarung says

    October 20, 2015 at 3:48 pm

    proses pengambingan amat maju apabila musim korban dan aqiqah..mcm mlabur….dividen di akhiran

    Reply
  3. kaki pelangi says

    October 22, 2015 at 9:43 am

    kalau lalu mana2 jumpa kambing…memang xtau la baka apa..tau kambing je..hehe..

    Reply
  4. adesutisna says

    October 24, 2015 at 12:44 am

    kambing nya pada gemuk yah hehe

    Reply
  5. AzlanRaof says

    October 24, 2015 at 2:18 am

    Saya suka kambing golek je hehe.

    Jenis jenis kambing ni tak reti sangat. Tapi makan tak boleh banyak, nanti pening kepala. Seminggu sekali ke boleh la.

    Reply
  6. ahmadyani says

    October 24, 2015 at 4:54 am

    Agak-agaknya, kambing gurun ada tak dibela di Malaysia ni?

    Reply

Trackbacks

  1. Bagaimana menjalankan perusahaan Penternakan Kambing yang berjaya? - Blog Sabree Hussin says:
    October 30, 2016 at 8:57 pm

    […] tak dinafikan, terdapat pelbagai jenis-jenis baka kambing yang terdapat di pasaran ketika ini. Untuk orang yang baru bermula, mungkin anda akan rasa keliru, […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay
  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in