Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Bagaimana cara guna Teknik Search Engine Optimization dalam pemasaran Blog

March 7, 2017 by sabree hussin 20 Comments

Pengiklanan menggunakan medium blog atau laman web sendiri sudah semestinya mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah iklan menggunakan platform media sosial.

 

Saya nak cerita mengenai satu kelebihan yang terdapat pada kaedah pengiklanan menggunakan medium blog. Kelebihan yang saya maksudkan ialah, iklan yang kita hasilkan atau siarkan dalam blog kita lebih mudah untuk muncul di mukasurat pertama Google berbanding iklan yang kita siarkan menggunakan media sosial.

 

Mari kita buat ujikaji mudah. Saya nak buktikan apa yang saya kata ini kepada pembaca dan pelawat sekalian.

 

Salah satu iklan yang saya hasilkan dalam blog ini adalah iklan mengenai sistem autoresponder emelmatik. Cuba anda buat begini.

(1) Buka laman web google.com atau google.com.my menggunakan google chrome. Pastikan guna in cognito mode.

(2) Taip kata kunci “sistem autoresponder emelmatik” dan tekan search

(3) Cuba lihat, laman web apakah yang tersenarai di muka surat pertama hasil carian google

 

Anda mungkin akan dapat lihat hasil carian seperti dibawah ni.

autoresponder-emelmatik-percuma-guna

Anda akan temui beberapa laman web saya menduduki tempat pertama dalam hasil carian google. Waktu tu, saya sangat lapang dan agak bosan. Jadi, saya pun mula menaip beberapa artikel tentang emelmatik, dan hasilnya sekarang ni, laman web saya telah berjaya masuk ke page pertama.

 

Apa yang bagus sangat dengan berjaya masuk ke page pertama Google? Boleh dapat duit ke?

Sebelum cerita bab duit, saya percaya, benda yang lebih penting ialah pastikan artikel iklan berjaya masuk ke page pertama dulu. Bila dah berjaya masuk ke page pertama Google, In Shaa Allah langkah seterusnya akan jadi lebih mudah.

 

Kelebihan apabila artikel berjaya masuk ke page pertama ialah, blog saya akan menerima lebih banyak trafik berbanding blog orang lain yang tak tersenarai di page pertama google.

 

Lebih banyak pelawat, maka lebih tinggi peluang untuk dapat prospek yang seterusnya dapat ditukar kepada pembeli.

 

Ok… so artikel dah masuk ke page pertama google, apa hasilnya? (dari segi income)

Ini soalan yang paling penting. Mesti orang nak tau, kalau berjaya masuk ke page pertama google, apa kelebihannya? Ada ke sebarang keuntungan dan sebagainya. Betul tak?

 

Untuk makluman pembaca sekalian, pemilik sistem autoresponder emelmatik ini turut menganjurkan program affiliates. Saya telahpun sertai program tersebut dan dengan bantuan artikel-artikel iklan yang telah saya hasilkan, saya juga telah berjaya hasilkan jualan dan meraih komisen.

 

Ini dia jumlah komisen yang telah dihasilkan sepanjang saya join program affiliates emelmatik ini.

bukti-pendapatan-sistem-autoresponder-emelmatik

Setakat waktu catatan ini ditulis, saya telahpun berjaya jual 21 unit akaun autoresponder dengan menerima jumlah komisen terkumpul sebanyak RM557.

 

Susah ke nak buat macam yang saya buat ni? Pada saya, ianya tak begitu susah. Melainkan kalau ini merupakan pengalaman pertama anda, maka anda mungkin akan rasa ianya agak sukar.

 

Tapi sebenarnya, kalau anda nak tau, apa yang saya buat hanyalah

(1) Buat kajian kata kunci bagi mengenalpasti kata kunci apa untuk disasarkan

(2) Tulis artikel dan pastikan dalam artikel ada kata kunci tersebut

(3) Siarkan dan ulang semula

 

Lebih kurang macam kita update status kat Facebook, Instagram dan sebagainya. Cuma bezanya, kalau guna media sosial, kita tak boleh nak target keyword dan status update kita tu agak susah untuk muncul di muka surat pertama google untuk kata kunci yang kita mahukan.

 

Tapi kalau guna blog, kita boleh dapat kelebihan tersenarai di page pertama google. In Shaa Allah.

 

Teknik penulisan yang saya gunakan ini juga dikenali sebagai teknik penulisan Search Engine Optimization. Kadang-kadang dipanggil penulisan mesra SEO, SEO Optimized dan macam-macam lagi nama yang berbeza, tetapi dari segi praktik, ia merujuk kepada benda yang sama.

 

Kita menulis dengan menggunakan satu formula tertentu, supaya artikel tersebut dapat masuk ke page pertama Google bagi kata kunci yang kita mahukan.

review-panduan-video-seo

Strategi mudah menarik Trafik Percuma dari Google

Jika anda lebih selesa belajar menerusi panduan dalam bentuk video, saya boleh syorkan anda muat turun panduan ini. Lepas dah tonton video tersebut, terus praktikkan.

 

Anda juga ada peluang untuk dapat lebih banyak jualan selepas praktikkan teknik SEO ini, apabila konten pemasaran anda berjaya masuk ke page pertama google.

 

Untuk menggunakan teknik SEO, anda sebenarnya ada beberapa pilihan, sama ada menggunakan

i. Artikel

ii. Video

iii. Imej atau gambar

 

Kalau nak guna artikel, itu saya boleh tolong. Saya ada tawarkan perkhidmatan tersebut dan anda boleh langgan menerusi pautan ini.

 

Kalau nak guna video dan imej juga boleh. Tapi kedua-dua ini bukannya dalam bidang kepakaran saya. Jadi, saya hanya dapat tolong kalau anda nak guna artikel untuk masuk ke page pertama Google.

 

Bagaimana cara nak iklankan perniagaan saya menggunakan teknik SEO? Boleh terangkan?

Ya, inilah tujuan saya tulis artikel ni. Saya nak kongsikan kepada anda semua, macam mana cara yang saya gunakan untuk buat iklan menggunakan teknik SEO.

 

Kaedah yang saya gunakan ni, saya belajar dari pelbagai sumber. Ada yang saya belajar dari ebook, ada yang saya belajar dari website mat salleh, dan macam-macam lagi sumber.

 

Teknik yang saya gunakan ini mungkin bukanlah teknik yang terbaik, namun pada saya, ianya lebih sesuai dengan saya. Apa yang penting, jika anda nak guna teknik yang sama, anda perlulah SELESA apabila guna teknik tersebut.

 

Contohnya, saya tak berapa selesa nak guna media sosial untuk tujuan iklan. Sebabnya

1. Iklan saya cepat HILANG dari newsfeed golongan sasaran saya

2. Saya kena selalu update fanpage dengan up status yang baru

3. Bila letak link dalam post, reach akan jadi rendah

4. Kalau nak lebih banyak reach kena boost post dan kena bayar

5. Untuk dapatkan like yang banyak, post yang dihasilkan kenalah sangat hebat

 

Walaupun saya kurang selesa gunakan media sosial, namun tak bermakna saya tinggalkan terus media sosial. Saya masih gunakan lagi, namun ia bukanlah medium utama yang saya gunakan.

 

Ok… kita teruskan kepada cara-cara nak buat kaedah SEO ini. Kita mulakan dengan aktiviti paling penting, iaitu kajian kata kunci, ataupun Keyword Research.

 

(1) Kajian kata kunci menggunakan Google Keyword Planner

Layari laman web Google Keyword Planner menerusi pautan https://adwords.google.com/KeywordPlanner

cara-guna-google-keyword-planner

Pastikan anda mempunyai akaun emel dengan google dan klik pada Sign in to Adwords. Jika sebelum ini anda tak pernah membuat sebarang iklan berbayar dengan Google Adwords, anda mungkin tidak dapat untuk mengakses halaman keyword planner.

 

Cadangan saya, buatlah sekurang-kurangnya satu iklan berbayar menggunakan adwords ini. Tak perlu letak bajet yang besar. Seingat saya, sebelum ini saya memang pernah guna google adwords dalam kempen iklan saya, sebab tu sekarang ni saya boleh akses ke Keyword Planner.

Terdapat tiga opsyen yang boleh dipilih, iaitu

  1. Search for new keywords using a phrase, website or category
  2. Get search volume data and trends
  3. Multiply keyword lists to get new keywords

 

Pilih opsyen yang nombor 1, iaitu “Search for new keywords using a phrase, website or category”

 

Dalam contoh ini, saya akan gunakan kata kunci “Homestay Melaka” bagi tujuan penerangan. Pilih opsyen nombor satu, masukkan kata kunci yang dimahukan dan tekan butang search.

homestay-pilihan-melaka

Daripada hasil carian diatas ini, kita dapat tahu,

  1. Perkataan “homestay melaka” dicari sebanyak 10 ribu ke 100 ribu kali dalam masa sebulan.
  2. Secara purata, jumlah keseluruhan termasuk lain-lain kata kunci yang ada kaitan dengan kata kunci Homestay Melaka terdapat lebih kurang 100 ribu ke 1 juta carian dalam sebulan.
  3. Persaingan sesama webpage untuk kata kunci homestay Melaka di page pertama google juga sangat tinggi. (rujuk competition High)

 

Apabila kita gunakan Keyword Planner ini, pada masa yang sama kita juga boleh tahu, apakah lain-lain kata kunci yang mungkin relevan dengan kata kunci utama kita. Keyword planner akan berikan kita suggestion seperti dibawah.

homestay-berkaitan-dengan-melaka

Selain kata kunci utama kita, iaitu “homestay melaka”, kita juga boleh sasarkan lain-lain kata kunci yang mungkin relevan, contohnya seperti

  1. Hotel pantai puteri (100 – 1k)
  2. Tanjung bidara chalet (100 – 1k)
  3. Homestay pantai klebang (100 – 1k)
  4. Tanjung bidara chalet murah (100 – 1k)
  5. Homestay klebang (100 – 1k)
  6. Pantai Klebang hotel (100 – 1k)
  7. Malacca homestay (10 – 100)
  8. Homestay pantai puteri (100 – 1k)

 

Ini semua adalah kata kunci yang boleh anda sasarkan, dan jika laman blog anda berjaya masuk ke page pertama google bagi kata kunci yang disasarkan, anda dah tak perlu risau tentang trafik. Sebabnya? Kesemua kata kunci yang disenaraikan ini memang ada trafik dan ada orang yang cari.

 

(2) Kita lakukan cross check menggunakan google.com.my

Sekarang ni, kita nak tengok, ada berapa banyak sebenarnya laman web (web page) yang telah dihasilkan yang turut mensasarkan kata kunci yang sama, iaitu “homestay Melaka”.

 

Jom kita lihat.

Pada waktu ini, ada lebih kurang 447,000 halaman yang telah dicipta yang mensasarkan kata kunci “homestay melaka” ada diinternet. Itu semua adalah pesaing kita dan kita nak bersaing dengan kesemua laman web tersebut.

 

(3) Gunakan senjata RAHSIA untuk spy laman web milik pesaing

Untuk mereka yang nak gunakan teknik Search Engine Optimization (SEO) dalam kerja pemasaran, saya berpendapat anda perlu ada senjata rahsia anda sendiri. Ini bagi memudahkan kerja-kerja pemasaran dan ranking halaman web anda di muka surat pertama google.

 

Saya gunakan dua tools untuk kerja-kerja intipan dan risikan untuk mendapatkan maklumat laman web pesaing saya.

i. Software Niche Genetics

software-untuk-seo

Ini adalah software berbayar. Anda boleh dapatkan akses untuk gunakan software ini disini. Menerusi software ini, saya boleh tahu sejauh mana kekuatan laman web milik pesaing saya.

 

Software ini akan dedahkan maklumat 10 laman web teratas yang terdapat di hasil carian google. Kita boleh tahu maklumat-maklumat seperti tags, keyword, meta description, backlinks, trust flow, domain authority, page autohority dan banyak lagi.

 

Ini contohnya

Selain itu, kita juga boleh tahu apa dia maklumat tentang lain-lain laman web yang bersaing menggunakan teknik SEO juga.

Setiap satu laman web yang tersenarai macam kat screenshot atas ni, kita boleh tahu apa dia kata kunci yang disasarkan, macam mana cara dia susun keyword dan banyak lagi.

 

Pada saya yang dah memang guna software ini, saya rasa ianya menyenangkan kerja-kerja saya. Jadi saya tak perlulah nak bersusah payah dan berteka-teki sendiri, apa dia kata kunci yang perlu saya sasarkan untuk berjaya masuk ke page pertama google.

 

Jadi, untuk mereka yang tak pernah lagi guna software ini, bolehlah muat turun kat sini. Untuk sesetengah orang, harganya mungkin agak mahal, namun pada saya, ianya adalah satu pelaburan yang berbaloi. Lagipun saya sendiri ada ofer servis SEO untuk klien saya, jadi memang patut saya invest untuk dapatkan software ni.

 

So, sekarang dah tau kan, kenapa saya caj mahal untuk servis iklan yang saya tawarkan?

 

ii. Majestic SEO

Selain Niche Genetics, saya juga menggunakan Majestic SEO untuk membuat risikan tentang kekuatan pesaing saya.

 

Daripada hasil carian google, saya dapati laman web yang berjaya masuk ke page pertama ialah laman web https://www.homestayatmelaka.com/

 

Saya akan gunakan servis Majestic SEO untuk mengetahui apa yang buatkan laman web ini sangat powerful. Berikut adalah hasil carian.

Dari pemerhatian saya secara kasar, saya dapati kekuatan page tersebut adalah pada External Backlinks. Lihatlah, sampai 831 External Backlinks yang ada pada page tersebut.

 

Saya pun ada laman web yang mensasarkan kata kunci yang sama, dan ini pula adalah laman web milik saya.

pengalaman-bina-website-homestay-melaka

External backlinks yang saya ada cuma 15. Jadi, jika saya nak menang persaingan untuk menduduki tempat pertama google, saya perlu naikkan lagi bilangan External Backlinks tu.

 

Macam mana cara nak naikkan External Backlinks tu? Hmm… nantilah saya cerita. Kalau cerita kat sini, nanti jadi makin panjang pulak artikel ini.

 

Apabila kita dah tau nak guna software apa, nak pakai tools apa, maka kerja-kerja yang melibatkan SEO ini tidaklah sesukar mana. Ianya dah jadi macam permainan nombor.

 

Siapa yang paling banyak, dia menang. Oh ini saya rujuk kepada faktor backlinks. Namun, untuk menduduki tempat pertama di laman web carian google, ada lagi beberapa faktor yang akan diambil kira. (Sebenarnya ada banyak lagi).

 

Antaranya adalah seperti Trust Flow, Domain Authority, dan juga Page Authority. Kebiasaannya, dari pemerhatian saya, laman web yang dah agak lama, mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding laman web yang baru dibina semalam atau beberapa hari yang lepas.

 

Laman web ni pun lebih kurang macam orang jugak. Lagi lama, lebih banyak pengalaman, dan lebih tinggi authority, dengan syarat laman web tu bukannya laman web yang mengarut. Dari segi konten, ia juga diambil kira. Sebab tu ada metrik Trust Flow.

 

Susah ke senang teknik SEO?

Ianya SUSAH, SUSAH, dan SUSAH.

 

Lagipun, google selalu ubah formula dan algorithma yang mereka gunakan untuk menyusun hasil carian di laman web pertama mereka. Setiap kali google update algorithma, ada kebarangkalian laman web yang selama ni duduk ditangga teratas dengan selesa boleh kena tendang ke page yang paling belakang.

 

Tetapi, walaupun saya kata susah, ianya juga menyeronokkan. Lebih-lebih lagi bila kita dah susah payah menulis artikel, buat promosi, kemudian kita tengok laman web kita berjaya masuk ke page pertama google. Satu perasaan yang cukup sukar untuk diucap dengan kata-kata.

 

Benda ni kena ada MINAT.

 

Kena ada MINAT NAK BELAJAR dan kena ada MINAT NAK BUAT. Kalau cuma minat nak belajar, tapi tak buat, tak jadi…

 

Kalau cuma minat nak buat, tapi tak nak belajar cara yang betul, mungkin teknik tersebut jadi, mungkin tak jadi. Jadi, untuk setengah orang, kerja-kerja macam ni boleh di outsource sahaja. Tak payah nak pening-pening kepala nak fikir dan buat sendiri, yang penting, ada hasilnya.

 

Baiklah, saya harap penerangan saya ni tak begitu teknikal.

 

Kalau ada yang kurang faham, bolehlah tanyakan kat bahagian komen. Oh kalau anda rasa artikel ini boleh bantu kawan-kawan anda yang lain, apa kata anda share artikel ini kepada mereka juga.

 

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Buku panduan pemasaran online menerusi teknik Search Engine Optimization (SEO)
  2. Panduan SEO dan Perubahan Pada Search Engine Google
  3. Apa pentingnya memilih kata kunci yang tepat dalam pemasaran menggunakan blog?
  4. Promosikan EdyClick Guna Teknik SEO. Berkesankah?

Filed Under: Pemasaran Blog Tagged With: cara guna SEO dalam penulisan, cara guna teknik search engine optimization, homestay melaka, teknik penulisan search engine optimization, teknik rahsia SEO

Comments

  1. dedauncomel.com says

    March 7, 2017 at 11:55 pm

    Abang sabree memang hebat. Info berguna dan bermanfaat, patut pun income masyuk je.

    Banyak lagi ni saya kena belajar dari abang sabree.

    Apa pun semoga sukses saya doakan ๐Ÿ™‚

    Reply
  2. NicheJuara says

    March 8, 2017 at 9:40 am

    Artikel yang bagus mengenai SEO, terbaik

    Reply
  3. rujukan says

    March 8, 2017 at 5:57 pm

    bro, aku pun dah lama beli niche genetics ni, cuma BARU TAHUN NI JER AKU MULA SERIUS PAKAI. Dan bila aku pakai, jujur cakap, trafik naik berkali kali ganda, hehhee

    Reply
  4. Dexx says

    March 8, 2017 at 11:43 pm

    Dalam banyak-banyak pengajaran teknik SEO, blog ni yang paling simple & mudah faham. Ingat nak score first page google tu simple je stepnya. Banyak juga ye, banyak lagi pulak yang saya tak tahu. Takpa, pelan-pelan follow Abang Sabree.

    Reply
  5. RAIHANAH AHMAD says

    March 9, 2017 at 9:45 am

    best artikel ni, refresh ilmu balik

    Reply
  6. lokmanamirul says

    March 10, 2017 at 4:38 pm

    info seo sgt berguna..rasanya nak guna autoresponder emelmatik nie…tq info

    Reply
    • sabree hussin says

      March 11, 2017 at 2:28 am

      Guna je. Kalau income tak bertambah jugak, nanti tak payah upgrade jadi premium member.

      Reply
  7. rahimah majid says

    March 12, 2017 at 5:21 pm

    Saya suka baca pasal SEO sejak mula belajar buat online marketing. Macam best je Niche Genetic tu. Tapi kalau semua nak buat sendiri memang pening gak la.

    Reply
    • sabree hussin says

      March 13, 2017 at 12:50 pm

      Cubalah Niche Genetic tu hhe. Ada beberapa lagi fungsi dia yang saya pun tak explore lagi.

      Reply
  8. si bongkok says

    March 16, 2017 at 8:24 pm

    Hoho…macam2 alat rupanya tn sabree pakai…tak heran laa selamba jek ranking contest seo tempoh hari…terbaik tuan!

    p/s: InshaALLAH contest seo terkini nie tn antara calon juara… ๐Ÿ™‚

    Reply
    • sabree hussin says

      March 17, 2017 at 2:42 am

      Ha3 ada la sikit-sikit.

      Reply
  9. Hero Borneo says

    March 16, 2017 at 11:19 pm

    kehebatan bro bermain dengan SEO saya akui dan kagum …

    sebab itu saya tak jemu-jemu unttuk datang ke blog ini

    Reply
    • sabree hussin says

      March 17, 2017 at 2:41 am

      Terima kasih Hero Borneo sebab tak jemu dengan blog ni

      Reply
      • Hero Borneo says

        March 17, 2017 at 10:12 pm

        sama-sama tuan..

        tahun demi tahun berlalu dan saya telah perhatikan ramai juga blogger yang seangkatan dah kurang aktif ..

        yang tinggal ada beberapa orang nama besar termasuk tuan..

        hehehe..hebat juga saya membodek nie

        Reply
        • sabree hussin says

          March 21, 2017 at 10:08 pm

          ha3 nama saya kecik je ๐Ÿ˜€

          Tapi memang betul pun, ramai yang dah mula “hilangkan” diri dari bidang penulisan blog ni.

          Reply
  10. Azlan says

    March 22, 2017 at 10:35 am

    Terima kasih tuan. Dapat idea untuk terus kan blogging writing. Selalu takda idea apa nak tulis..hehe.. Nice tips & post..

    Reply
  11. nikkhazami says

    March 23, 2017 at 11:57 am

    sebab tu semua blogger kena belajar ilmu seo

    Reply
  12. Kamal says

    March 26, 2017 at 9:22 am

    Saya nak belajar dgn tuan SEO nie. Ada kelas ke tuan?

    Reply
    • sabree hussin says

      March 27, 2017 at 4:09 pm

      Saya tak buat kelas tuan ๐Ÿ˜€

      Reply
  13. ABDUL RAHMAN ISHAK says

    July 3, 2020 at 11:48 pm

    Baca ilmu yang saya dapat dari perkongsian saudara… terima khasih sebab share ilmu yg sangat berguna.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay
  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in