Apa yang dimaksudkan dengan Artikel SEO Optimized?

by sabree hussin on October 3, 2016

in Servis Advertorial

“Saya perasan setiap pakej iklan advertorial yang ditawarkan, turut dinyatakan ianya “SEO Optimized”. Apa benda sebenarnya SEO Optimized tu dan apa kelebihannya untuk saya sebagai pengiklan?”

 

Baiklah. Kali ini kita cerita tentang teknik pemasaran Search Engine Marketing atau kadang-kadang turut dikenali sebagai teknik SEM.

 

Sejak laman web media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya mula menjadi popular, orang ramai telah beralih untuk menjadikan platform-platform tersebut sebagai media untuk pengiklanan. Apabila ingin menggunakan media sosial untuk beriklan, fokus kita adalah untuk mendapatkan like yang paling banyak. Follower paling ramai dan ahli group sebanyak yang mungkin sekiranya anda menggunakan group sebagai platform pemasaran.

 

Saya masih ingat lagi, satu ketika dulu medium untuk menjalankan pemasaran secara online agak terhad. Pada waktu itu, idea untuk bersosial di laman media sosial mungkin agak baru dan bukan semua orang ada akaun media sosial. Lagipun dulu mana ada smartphone. Mana ada masa nak selalu log in ke akaun media sosial ni.

 

Memandangkan media sosial masih belum popular, maka satu kaedah pemasaran yang begitu penting pada ketika itu adalah kaedah pemasaran menggunakan search engine. Matlamat kaedah pemasaran ini adalah untuk memastikan laman web kita disenaraikan di muka surat pertama laman carian, sama ada google, yahoo dan sebagainya.

 

Memandangkan kaedah untuk ranking laman web kita menggunakan Yahoo sedikit kompleks, lazimnya kita hanya akan fokus pada laman carian google sahaja. Lagipun, google telah lama menjadi enjin carian pilihan jika kita ingin mendapatkan sesuatu maklumat tertentu.

buat-carian-di-google

Terdapat dua kaedah bagaimana kita dapat mendominasi muka surat pertama google untuk laman web kita. Kaedah pertama adalah kaedah berbayar, dan kaedah kedua adalah kaedah percuma.

 

Kaedah berbayar ni mudah sahaja. Dapatkan akaun Google Adwords dan mulakan kempen pengiklanan anda.

 

Selain kaedah berbayar, kita masih ada lagi alternatif lain iaitu kaedah percuma. Bagi kaedah percuma ini, kita perlu menyediakan artikel yang ditulis menepati ciri-ciri dan kaedah penulisan yang disukai oleh google. Maknanya dalam setiap artikel yang kita hasilkan itu, kita mesti mempunyai focus keyword, mempunyai keyword density sekurang-kurangnya 2% – 3% dan sebagainya.

 

Teknik penulisan artikel yang menepati ciri-ciri yang dimahukan oleh laman carian google misalnya, kita namakan sebagai teknik Search Engine Optimazition ataupun ringkasnya SEO. Ia bukanlah teknik pemasaran yang baru sebaliknya teknik ini memang dah lama wujud. Cuma baru-baru ini orang dah kurang gunakan teknik ini.

 

Pada dasarnya, setiap artikel yang dihasilkan dan disiarkan di mana-mana laman web akan tersenarai di laman carian google. Apa yang membezakan antara setiap artikel ialah, dimuka surat berapa ia bakal disenaraikan. Sudah tentu kedudukan yang terbaik adalah di muka surat pertama google, dan bukannya di muka surat 9, 15 atau pun muka surat 20.

 

Anda boleh lakukan eksperimen ini sendiri. Sebagai contoh, anda ingin memastikan laman web anda dapat masuk ke muka surat pertama bagi kata kunci “panduan bekerja dari rumah”. Anda boleh mula menulis artikel anda dan siarkan. Cuba lihat hasilnya. Adakah ia berjaya masuk ke muka surat pertama? Jika tidak berjaya masuk ke muka surat pertama, lihat ia berada di muka surat berapa.

 

Salah satu soalan yang saya akan tanyakan kepada anda sebelum mendapatkan perkhidmatan iklan dari saya ialah,

“Anda mahu rank iklan anda untuk kata kunci apa?”

 

Cuba bayangkan situasi dibawah ini.

 

Produk anda sebenarnya menyelesaikan masalah apa? Setelah anda jelas apa sebenarnya yang boleh dilakukan oleh produk anda dan ia menyelesaikan masalah yang bagaimana, sekarang cuba berfikir seperti salah seorang prospek yang mempunyai masalah tersebut.

 

Katakanlah prospek ini ingin menyelesaikan masalah tersebut dan dia mencari maklumat yang berkenaan dengan situasi dan keadaan dirinya, apakah agaknya kata kunci yang akan ditaip di laman web google nanti?

 

Itulah dia kata kunci yang patut anda sasarkan.

 

Ada beberapa tools yang anda boleh gunakan bagi membantu anda membuat kajian kata kunci. Sesetengah kata kunci lebih sukar untuk di dominasi berbanding kata kunci yang lain.

 

Ada kata kunci yang memang convert kepada sales walaupun jumlah cariannya agak rendah. Ada kata kunci yang langsung tak bernilai, walaupun ada banyak orang cari kata kunci tersebut.

 

Saya cadangkan anda gunakan juga tools berikut untuk membuat kajian kata kunci.

1. Google Keyword Planner [https://adwords.google.com/KeywordPlanner]

2. Keyword Tool [http://keywordtool.io/]

 

Jika anda dapati anda tak ada idea bagaimana atau apa kata kunci yang patut dipilih, kedua-dua tools diatas pasti dapat beri anda serba sedikit idea. Saya pernah buat serba sedikit penerangan ringkas mengenai cara guna Google Keyword Planner di post saya sebelum ini.

Klik untuk baca: Cara promosi produk dropship dengan menggunakan blog

 

“Alright, boleh saya tahu berapa lama masa yang diambil untuk ranking sesuatu keyword di laman web carian google?”

 

Jika tak ada sebarang masalah, ia akan ambil masa paling cepat 3 – 6 bulan. Wow lamanya! Ya, memang lama. Adakalanya ia boleh makan masa sehingga bertahun-tahun namun masih tak dapat masuk ke page pertama google.

 

Ini biasa berlaku jika kata kunci tersebut mempunyai persaingan yang terlalu sengit. Dengan menggunakan keyword planner tu, anda boleh lihat untuk sesuatu kata kunci atau”search term” ada berapa banyak persaingannya. Adakah ianya medium, high dan sebagainya.

 

Selain itu, anda boleh juga cuba buat carian di google dan lihat sendiri ada berapa banyak halaman yang dipaparkan. Lihat contoh ini. Dalam contoh ini saya ingin melihat berapa banyak hasil carian untuk kata kunci “pelaburan emas”.

persaingan-katakunci-di-google

Seperti mana yang anda dapat lihat, terdapat 274 ribu hasil carian. Jika anda ingin mensasarkan kata kunci tersebut, maka anda perlu bersaing dengan 274 ribu halaman yang telah sedia ada di laman web google.

 

Berita baiknya ialah, terdapat juga kes-kes tertentu yang mana proses untuk ranking kata kunci hanya ambil masa sekitar 24 – 48 jam sahaja. Terutama sekali jika kata kunci tersebut tidak mempunyai persaingan yang banyak. Walaubagaimanapun, mendapat kedudukan pertama hanyalah salah satu daripada matlamat yang ingin dicapai bagi pengguna kaedah pemasaran SEM ini.

 

Ia mungkin belum lagi menjamin kita untuk dapat jualan, tetapi setidak-tidaknya apabila berada di kedudukan yang pertama, laman web kita mempunyai peluang yang lebih baik berbanding orang lain.

 

Kali pertama saya mengenali teknik pemasaran SEO ini saya terus jatuh cinta. Ia mungkin tidak memberikan hasil sepantas teknik pemasaran di media sosial umpamanya, namun apa yang buatkan teknik pemasaran ini menarik ialah, saya hanya perlu tulis artikel sekali sahaja.

 

Apabila artikel tersebut telah masuk ke muka surat pertama google, saya akan terus dapat prospek dan jualan secara automatik walaupun saya dah tak buat sebarang promosi.

 

Baiklah, saya harap penerangan saya tentang apa yang dimaksudkan dengan “SEO Optimized” ini dapat merungkai kekusutan yang melanda diri anda.

 

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya atau tinggalkan dibahagian komen dibawah.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: