Apa yang akan anda perolehi dari Perkhidmatan Iklan blog ini?

by sabree hussin on October 1, 2016

in Servis Advertorial

“Apa sebenarnya yang saya akan dapat apabila mendapatkan perkhidmatan iklan dari blog ini? Boleh terangkan pada saya?”

 

Baiklah, sebelum saya terus jawab soalan ini, saya ingin tanyakan anda satu soalan yang cukup ringkas. Soalannya ialah

“… Adakah perniagaan yang anda jalankan sekarang ni bergantung kepada aktiviti pengiklanan untuk menghasilkan jualan?”

 

Untuk sesetengah orang, mereka akan jawab YA tanpa ragu-ragu lagi. Individu seperti ini lazimnya memang mempunyai bajet bagi tujuan pengiklanan. Mereka akan menggunakan bajet tersebut untuk membuat iklan sama ada iklan radio, iklan di televisyen, majalah, iklan di internet, atau dimana-mana sahaja yang dirasakan sesuai dengan perniagaan mereka.

contoh-contoh-iklan

 

Sesetengah orang pula mungkin akan jawab TIDAK. Bergantung kepada jenis-jenis perniagaan juga. Sesetengah perniagaan memang tak perlu diiklankan lagi, kerana dalam keadaan biasa, sudah ramai orang yang menjadi pelanggan mereka. Hingga satu tahap, pelanggan yang datang terlalu ramai sampai tak menang tangan. Ini biasa berlaku untuk perniagaan yang memang unik, yang tak ada siapa yang boleh tiru atau menjadi alternatif.

 

Diantara mereka yang menjawab YA dan TIDAK, ada sesetengah golongan yang akan menjawab “saya tak pasti”, “saya tak tau”, “entahlah…”

 

Kalau soalan itu ditujukan kepada saya, sudah tentu saya akan jawab, YA saya amat memerlukan aktiviti pengiklanan kerana sedikit sebanyak pendapatan yang dapat saya hasilkan turut bergantung kepada keberkesanan iklan-iklan yang dapat saya hasilkan. Dimana saya akan iklankan perniagaan saya?

 

Di blog ini. Ya, anda tak salah baca. Saya iklankan perniagaan yang saya jalankan menggunakan blog ini. Anda boleh lihat sendiri beberapa hasil pendapatan yang telah saya hasilkan hanya dengan beriklan menggunakan blog ini. Anda boleh klik sini untuk lihat bukti. Ini adalah pendapatan yang terhasil daripada mempromosi dan mengiklankan produk-produk yang menawarkan program affiliate di blog ini.

 

Saya percaya, sebelum saya nak mula menawarkan apa-apa servis pengiklanan, terutama sekali pengiklanan menerusi blog, saya perlu buktikan terlebih dahulu bahawa blog ini mempunyai kuasa jual yang tersendiri. Saya perlu buktikan bahawa artikel-artikel yang saya siarkan dalam blog ini mampu untuk CONVERT KEPADA SALES.

 

Hanya apabila telah terbukti, dengan blog ini saya berupaya untuk memperoleh jualan, barulah saya yakin untuk menawarkan servis penulisan artikel advertorial kepada usahawan lain, yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan iklan dari saya.

 

Sekarang kita berbalik kepada soalan asal, iaitu “…apa yang anda akan dapat jika beriklan di blog ini.”

 

Saya akan tuliskan artikel untuk anda mengikut kehendak dan tujuan iklan anda. Bilangan artikel adalah bergantung kepada anda. Anda boleh pilih sama ada mahu saya hasilkan sebuah, 2 buah, 3 buah artikel atau seberapa banyak artikel yang anda perlukan.

 

Sila rujuk muka surat ini untuk mengetahui kadar bayaran yang saya kenakan. Harga mungkin akan berubah dari masa ke masa. Saya mungkin akan naikkan harga, turunkan harga, memberi diskaun, bonus dan sebagainya. Rujuk di muka surat tersebut.

 

Apa tujuan iklan tersebut dihasilkan? Ada beberapa tujuan, dan jika disenaraikan, mungkin ini adalah tujuan-tujuan sesebuah iklan dihasilkan.

  • Untuk mendominasi muka surat pertama enjin carian google untuk kata kunci tertentu (SEO)
  • Bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan anda
  • Untuk kumpul klik pada link
  • Untuk kumpul prospek (lead generation)
  • Untuk prospek menghubungi anda (Call, SMS, Whatsapp, dan lain-lain)

Baca lagi: 5 Tips Kritikal lagi Penting yang anda perlu tahu sebelum melanggan servis review ataupun servis advertorial

 

Kesemua tujuan ini sudah tentu diakhirnya akan membawa kepada satu matlamat yang kita semua mahukan, iaitu untuk menghasilkan jualan.

 

Sebagai usahawan, saya yakin anda juga faham bahawa proses jualan itu sebenarnya mempunyai beberapa langkah. Ia bukannya semudah tulis iklan dan terus mengharap akan ada pelanggan yang datang membeli.

 

Jadi saya ringkaskan. Dengan melanggan servis pengiklanan dari saya, anda akan dapat artikel unik yang ditulis sendiri oleh saya.

 

“Maksudnya awak cuma akan tulis artikel je untuk saya? Itu sahaja ke?”

 

Soalan yang bagus. Sebenarnya, menghasilkan artikel iklan ataupun artikel advertorial hanyalah satu bahagian daripada perkhidmatan iklan yang saya tawarkan. Setelah artikel advertorial ataupun artikel review siap, langkah seterusnya akan saya lakukan.

 

Apa dia?

 

Promosi artikel iklan tersebut. Saya bukan sahaja akan bantu hasilkan artikel untuk memperkenalkan perniagaan yang anda jalankan, malahan pada masa yang sama, saya juga akan mempromosikan artikel tersebut untuk anda.

 

Kaedah promosi pertama: Promosi ke lebih 100++ buah blog

Artikel yang telah dihasilkan, akan dipromosikan secara manual ke rangkaian blog yang saya simpan. Buat masa ini, saya mempunyai rekod lebih 100 buah blog dalam database saya.

 

Apabila saya mempromosikan artikel advertorial tersebut, ia akan kelihatan seperti ini di blog orang lain.

servis_advertorial_terbaik

… dan begini.

servis_advertorial_terhebat

Bahagian yang saya tandakan dengan anak panah itu nanti adalah contoh artikel advertorial anda yang telah saya promosikan di blog orang lain. Anda tak perlu buat semua ini, sebabnya saya sendiri yang akan buat untuk anda.

 

Kaedah promosi kedua: Promosi ke mailing list saya

Orang putih kata, “the money is in the list.”

 

Sebagai seorang internet marketer, saya juga mengumpulkan senarai nama dan emel di internet. Berikut adalah screenshot senarai emel yang telah saya kumpulkan menggunakan sistem autoresponder emelmatik.

mailing-list-advertorial

Lihat pada jumlah yang bertanda Conf sahaja. Jumlahnya semua sekali ada lebih kurang 1,000++. Iklan advertorial anda akan dipromosikan disini.

 

Kaedah promosi ketiga: Promosi menggunakan teknik SEO

Teknik SEO adalah teknik pemasaran untuk mendominasi muka surat pertama laman web carian google bagi kata kunci tertentu.

 

Untuk tujuan mendapat ranking yang baik di laman carian google, ia mungkin akan mengambil masa. Namun, setelah artikel advertorial tersebut berjaya masuk ke muka surat pertama google, anda akan menerima prospek dan pelanggan secara automatik.

 

.

..

Inilah yang akan anda perolehi dari perkhidmatan iklan yang saya sediakan. Adakah anda akan dapat semua ini ditempat lain? Saya tak tau.

 

Apa yang saya tahu, saya akan berikan khidmat yang terbaik untuk anda. Bayangkan, dengan hanya satu pelaburan kecil sahaja, anda bakal memperolehi khidmat pemasaran dan pengiklanan dari saya sampai bila-bila.

 

Selagi mana artikel advertorial tersebut masih wujud di laman web ini, selagi itu saya akan terus berkhidmat untuk anda.

 

Semoga penerangan ini dapat menjawab persoalan tersebut. Jika ada sebarang soalan atau pertanyaan, boleh hubungi saya menggunakan borang ini. Jika ingin menempah servis iklan ini juga boleh menggunakan borang tersebut.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: