Apa TUJUAN UTAMA pengguna internet melayari Laman Web anda?

by sabree hussin on January 13, 2017

in Pemasaran Internet

Pernah tak terlintas di fikiran anda, apa sebenarnya TUJUAN UTAMA pengguna internet masuk ke laman web anda? Atau selama ni anda tak pernah peduli benda-benda macam ni dan merasakan, “dah ada laman web perniagaan itu dah cukup bagus”.

 

Jom ambil peduli. Ilmu ni saya ambik dari pembacaan sebuah buku yang berjudul The Stranger’s Long Neck yang ditulis oleh Gerry Mc Govern. Buku ni kalau nak tempah secara online, boleh dapatkan di laman web Kinokuniya Malaysia. [boleh klik sini]

TETAPI… saya bagi amaran siap-siap. Buku ini isi kandungannya agak teknikal, membosankan dan ada beberapa ayat didalamnya yang agak susah untuk difahami. Kenapa saya kata begitu? Ini sebabnya…

1. Buku ni menceritakan beberapa aspek teknikal tentang pembinaan sesebuah laman web tak kiralah sama ada laman web tersebut adalah bagi tujuan perniagaan, kebajikan, mahupun peribadi.

2. Bagi menyokong poin yang diutarakan dalam buku ini, penulis turut memberikan beberapa data-data hasil kajian beliau yang menyokong segala teori yang dia hasilkan.

3. Kemudian dari segi bahasa. Buku ini diterbitkan buat pertama kalinya di Great Britain pada tahun 2010. Hmm No wonder saya rasa agak susah nak faham. Kena baca ulang-ulang kali baru boleh dapat apa maksudnya. Ya, saya akui saya memang lemah sikit kalau baca English-UK berbanding English-US.

 

Akan tetapi, kalau dari segi konten, ilmu yang dikongsikan dalam ini, saya boleh katakan ianya adalah satu ilmu PENTING yang wajib diketahui oleh semua pemilik laman web diluar sana.

 

Apa yang bakal saya ceritakan dalam posting kali ini juga sebenarnya berkait rapat dengan apa yang saya belajar dari buku ini. Buku ini berjaya buat saya fikir, “adakah selama ni aku buat benda yang betul atau sebenarnya aku dah buat silap (tanpa disedari) dalam semua laman web yang saya miliki?”ย 

 

Jadi, jika anda rasa topik ini boring, bolehlah tinggalkan sahaja posting ini. Tapi, kalau anda rasa anda nak belajar sesuatu yang saya percaya akan beri banyak kebaikkan untuk anda di masa akan datang, maka silalah teruskan pembacaan.

Jika anda ingin membina laman web perniagaan, apakah yang anda akan letakkan di Homepage web anda?

Satu kajian telah dilakukan oleh penulis, Gerry, untuk melihat apa dia tabiat pengguna internet apabila mengunjungi sesebuah laman web. Laman web yang dijadikan sampel ialah laman web tentang tempahan hotel.

 

Tahukah anda, apa dia link ataupun page yang paling banyak menerima klik? Mestilah tak tau kan, sebab anda mungkin tak baca lagi buku ini. Jawapannya ialah page untuk “Special Offer” dan juga “Deals” yang mana kedua-dua ini sebenarnya membawa maksud yang lebih kurang sama.

 

Ada sesetengah web site, mereka akan guna istilah “special offers” dan ada juga sesetengah website yang lebih suka menggunakan istilah “deals“. Dari hasil kajian ini, menurut Gerry pengguna internet ni akan cari apa dia special deals yang tersedia untuk dirinya apabila dia melayari sesebuah laman web tempahan hotel.

 

Bermakna, apabila seseorang itu memerlukan maklumat tentang tempat penginapan, dia bukan sahaja perlukan maklumat seperti dimana dan apa tempatnya, sebaliknya dia juga mahukan tawaran istimewa ataupun “special deals“.

 

Bagaimana pula jika page Special Deals ini tidak ada atau tidak diwujudkan? Besar kemungkinan pengguna internet ini akan beralih ke laman web lain yang menawarkan special deals tersebut.

Jika anda mempunyai perniagaan berbentuk hotel atau homestay atau tempat penginapan dan tempat anda menjalankan perniagaan anda itu BANYAK PERSAINGAN besar kemungkinan anda akan kalah persaingan jika anda tidak menawarkan “SPECIAL DEALS” kepada prospek yang melayari laman web anda.

 

Setiap pengguna internet, yang melayari sesebuah laman web, mereka ini mempunyai satu tujuan yang spesifik yang kita namakan ia sebagai TUGASAN ataupun TASK. Sekiranya laman web anda mampu untuk membantu pengguna internet tu tadi untuk menyelesaikan task yang ada dalam tangan mereka, maka laman web anda akan dikira sebagai relevan.

 

Jika tidak, maka mereka akan pergi ke laman web lain… dan seterusnya menyebabkan anda kehilangan peluang untuk dapat sales.

 

Eh, nampak macam benda basic kan? Ya, saya pun rasa ianya agak basic. Tapi biasalah, kadang-kadang kita ni memang perlu sentiasa diingatkan sebab sering terlupa atau terlepas pandang benda-benda yang basic macam ni.

 

Bina laman perniagaan sebenarnya bukanlah satu tugasan yang mudah. Ia memerlukan pengetahuan teknikal dan juga perlu tahu aspek psikologi pengguna. Katakanlah perniagaan anda adalah menjual perfume, apa agaknya yang anda akan letakkan di muka surat utama (homepage) laman web anda?

 

Adakah anda akan letakkan

1. Most POPULAR Perfume?

2. Special Offers?

3. Tips Perfume?

4. Stok terbaru?

 

… atau anda sendiri tak tau nak letak apa.. jadi anda penuhkan je muka surat utama laman jualan ada dengan seberapa banyak perfume yang boleh sampai ia jadi nampak berserabut.

 

Saya cadangkan anda buka laman web menjual perfume seperti laman web Hugo Boss, Dolce & Gabbana, dan lain-lain lagi jenama. Cuba lihat persamaan mereka dan dapatkan idea dari situ.

 

Sesebuah laman web yang bagus adalah laman web yang membantu pelawat MENYELESAIKAN TUGASANNYA (Complete a task)

Ironinya, tujuan pelawat masuk ke laman web kita boleh jadi berbeza sama sekali dengan tujuan kita bina laman web tersebut. Selagi kita tak dapat penuhi keperluan pengguna itu tadi, selagi itu laman web kita tak akan convert kepada sales.

 

Sebagai contoh, jika anda membina laman web berkonsepkan kesihatan. As a normal practise, anda akan masukkan informasi-informasi tentang kesihatan dan tips penjagaan kesihatan.

 

Katakanlah pada satu hari, ada pengguna internet yang memerlukan informasi tentang cara-cara merawat penyakit resdung misalnya. Adakah informasi yang bakal pengguna internet tersebut baca di laman web anda dapat menyelesaikan masalahnya atau ia tidak mengubah apa-apa?

 

Setiap informasi ada kegunaannya. Namun, ia akan jadi lebih bermakna apabila informasi tersebut disusun dalam bentuk yang lebih terarah dan dalam konteks yang betul. Bagi mereka yang mempunyai masalah resdung, mereka tak begitu minat nak tau tentang ciri-ciri resdung, tanda-tanda penyakit resdung, simptom dan sebagainya. Apa yang mereka lebih berminat nak tau ialah “bagaimana nak hilangkan kegatalan yang melampau pada hidungnya” ataupun “apa yang perlu dilakukan bagi menghilangkan masalah alahan yang dialami”.

 

Kadang-kadang pemilik laman web terlalu obses memasukkan semua informasi dalam laman webnya tanpa mengambil kira sama ada informasi tersebut dapat bantu menyelesaikan tugasan tertentu atau tidak. Ingat, pengguna internet bukannya ada banyak masa nak baca semua informasi dalam website kita. Silap-silap kalau dikumpulkan, jumlah informasi dalam web kita lebih tebal daripada novel.

 

Adakah laman web anda sukar untuk ditemui?

Kita andaikan bahawa laman web anda memang PERFECT. Semua maklumat berkenaan dengan topik atau isu tertentu disediakan dengan terperinci tanpa meninggalkan satupun perkara. Tetapi masalahnya ialah, pengguna internet TIDAK MENJUMPAI laman web anda!ย 

 

Keadaan seperti ini biasa berlaku apabila laman web anda tidak dioptimasikan dengan kaedah Search Engine Optimization. Pengguna internet gagal untuk menemui laman web anda di muka surat pertama hasil carian menggunakan kata kunci tertentu menerusi laman web carian seperti google.

 

Jika ini yang terjadi, maka penyelesaiannya adalah untuk melakukan sedikit pelaburan bagi memperbaiki kedudukan laman web anda di enjin carian. Ya, anda boleh buat sendiri atau cara yang lebih mudah adalah dengan upah orang untuk bantu naikkan kedudukan laman web anda di search engine.

 

Satu lagi masalah yang tak kurang memeningkan kepala ialah:

 

Laman web anda mudah ditemui tetapi ia memaparkan kandungan yang langsung tak relevan

Situasi seperti ini kerap berlaku terutama sekali bagi laman-laman web yang berkonsepkan blog. Artikel blog memang cukup mudah untuk mendominasi laman carian google. Jika pemilik blog tersebut memang mempunyai pengetahuan dan skil yang baik tentang pemasaran Search Engine Optimization, maka ia akan jadi lebih mudah untuk masuk ke page pertama google.

 

Walaubagaimanapun, sesetengah penulis terlalu obses dengan kaedah SEO dan mereka lebih mementingkan supaya artikel yang ditulis berjaya masuk ke page pertama untuk kata kunci yang hot dan banyak carian, berbanding konten artikel itu sendiri.

 

Maka tak hairanlah jika anda pernah terjumpa atau pernah baca blog yang agak pelik dari segi gaya bahasanya. Ayat-ayat permulaan pula adalah kata kunci yang cuba disasarkan. Kadang-kadang isi artikel langsung tak ada kaitan dan tak ada kena mengena dengan topik.

 

Teknik macam ni lebih kepada teknik Search Engine Manipulation dan bukannya Optimization.

 

Kali ini, cuba anda bayangkan situasi ini pula. Seorang pengguna internet menggunakan enjin carian google untuk mencari maklumat tertentu. Dia akan masukkan kata kunci yang dimahukan di laman carian google.

google-serach-engine

Dari hasil carian, dia terjumpa laman web anda. Itupun disebabkan keyword yang dia taip tadi ada muncul dalam laman blog anda.

 

Ok… dia pun klik laman web anda. Cuba hadam apa yang anda nak sampaikan. Tetapi, konten blog anda langsung tidak membantu. Informasi yang anda berikan lebih bersifat UMUM dan langsung tak kena pada konteks dan situasi si pencari maklumat ini. Lebih memburukkan keadaan lagi, kebanyakkan posting anda adalah untuk menyuruh pembaca beli ebook, beli video, join seminar dan sebagainya.

 

Apa agaknya respon ataupun pandangan pelawat ini? Adalah dibimbangi pelawat ini secara automatik akan terus melabelkan blog kita tu nanti sebagai TAK RELEVAN LANGSUNG, TAK BERGUNA dan lebih buruk lagi ialah BLOG SAMPAH.

 

Sebagai penulis blog, saya boleh faham kenapa sesuatu maklumat dalam blog tertentu disusun sedemikian rupa. Akan tetapi, malangnya buat pengguna maklumat, selagi maklumat tersebut tidak disusun mengikut konteks dan situasi tugasan yang sedang atau yang ingin diselesaikan, maka maklumat tersebut akan terus dianggap tidak berguna.

 

Sebenarnya boleh je kalau pelawat ini luangkan sikit masa untuk cari maklumat dengan lebih terperinci sama ada menggunakan search box yang terdapat pada blog ataupun melihat artikel-artikel terdahulu. Tetapi, apabila kita ambil kira faktor MASA yang mana pada ketika ini ramai sebenarnya orang yang kurang sabar dan mempunyai daya tumpuan yang agak rendah, maka mereka ni lebih suka untuk tekan pangkah dan cari info di laman web lain.

 

Logiknya,

“jika laman web anda tak mampu untuk selesaikan tugasan (task) pelawat on the spot, pasti ada laman web lain yang boleh lakukannya dengan lebih baik berbanding laman web anda.”

 

Menukarkan pelawat PERTAMA KALI kepada pelawat TETAP

Selepas saya mengetahui tentang perkara yang dibincangkan oleh Gerry dalam bukunya, saya mula terfikir satu perkara. Bagaimana nak menjadikan pelawat yang baru pertama kali jumpa blog saya ini menjadi pelawat tetap? Supaya lepas ni dia akan datang, datang dan datang lagi. So that saya tak perlu nak bersusah payah nak buat blogwalking atau kena sentiasa tulis artikel yang baru untuk menarik perhatian pelawat yang baru.

 

Sekarang ni kita dah tau, sebuah laman web yang baik adalah laman web yang mampu untuk membantu pelawat menyelesaikan tugasan yang ada pada dirinya. Ia bukan sekadar memberi informasi secara rambang, tetapi informasi yang terarah mengikut konteks dan situasi pelawat itu tadi.

 

Apabila saya ambil kira faktor sama ada laman web saya mudah ditemui atau sebaliknya, saya dapati untuk banyak kata kunci tertentu (yang agak hot) laman web saya muncul di muka surat pertama google. Kemudian terlintas di fikiran saya,

“Macam mana kalau laman web saya ini sebenarnya ada “masalah” yang mana ianya mudah ditemui, tetapi ia TIDAK MENYELESAIKAN TUGASAN pelawat tersebut!”

 

Atas kesedaran tersebut, saya pun buatlah eksperimen mudah. Ambik kata kunci yang popular yang sering masuk ke laman blog saya dan saya cuba bandingkan dengan result di laman carian google. Setiap kata kunci yang saya test adalah kata kunci yang menggambarkan bahawa pencarinya ada tugasan tertentu yang ingin diselesaikan.

 

Apa hasilnya?

 

Memandangkan kebanyakkan artikel (ataupun patut saya katakan semua artikel) dalam blog ini memang telah dioptimasikan dengan teknik SEO. Jadi, banyak juga artikel blog ini yang masuk ke page pertama google. Kalau kata kunci tersebut kurang persaingan lagilah mudah untuk masuk ke page pertama google.

 

Namun, persoalan yang saya nak tau ialah, adakah artikel saya yang keluar di page pertama google itu membantu menyelesaikan tugasan pelawat?

 

Apa yang saya dapati daripada ujikaji ini ialah, ada banyak artikel saya yang masuk ke page pertama google adalah artikel yang saya pernah tulis sejak dari tahun 2014 lagi. Sudah tentu style dan cara penulisan saya pada waktu itu banyak berbeza jika dibandingkan dengan sekarang. Pelawat itu tadi mungkin akan judge blog ini secara keseluruhan dengan melihat artikel-artikel lama yang pernah saya siarkan dalam blog ini.

 

Ini suatu yang merugikan saya dan besar kemungkinan saya akan kehilangan pelawat yang berpotensi untuk jadi pembaca tetap blog ini!

 

Jadi, salah satu pengajaran yang berharga yang saya dapat dari pembacaan buku ni ialah, kena rajin-rajin tengok apa dia kata kunci yang selalu dicari oleh pelawat (dalam buku ini Gerry istilahkan ia sebagai Long Neck), kemudian gunakan kata kunci tu semula untuk mengetahui apa dia artikel kita yang keluar di page pertama untuk kata kunci tersebut.

 

Seterusnya kita buat analisis mudah, adakah artikel tersebut membantu pelawat tadi menyelesaikan tugasan yang ada pada dirinya? Jika jawapannya adalah YA, maka artikel tersebut telah mencapai maksudnya. Tetapi, kalau jawapannya TIDAK, bermakna kita kena edit semula konten artikel tersebut.

 

Fokus artikel tersebut sepatutnya adalah lebih kepada bantu selesaikan tugasan, dan bukannya terlalu fokus untuk jual produk, ebook, servis dan sebagainya.

Kenapa anda perlu ambil tahu perkara ini?

Jika anda menerima tugasan berbayar dan menerima job seperti penulisan artikel advertorial misalnya, saya berpendapat bahawa anda patut jaga keseluruhan kualiti isi kandungan blog anda. Ya jaga kesemua konten yang disiarkan dalam blog anda dan bukannya hanya jaga konten yang berbayar itu sahaja.

 

Kita sendiri tak tau, mana satu artikel dalam blog kita yang mula-mula sekali dibaca oleh pelayar internet. Kita mengharapkan, lepas dia baca artikel tentang jump start kereta guna power bank, lepas ni dia akan baca artikel tentang ternak kambing cara komersial pula. Lagi lama dia berada dalam blog kita, kan lebih tinggi peluang untuk dia jadi pembeli produk yang kita promosikan.

 

Baiklah, sudah tentu apa yang saya kongsikan ini tak semestinya 100% betul. Anda boleh sahaja berbeza pendapat ataupun tak setuju sama sekali. Apapun pada mulanya saya rasa agak keberatan juga nak share informasi ni sebenarnya (haha) tapi selepas siap artikel ini, saya rasa lebih lega.

 

Ya… Ilmu itu untuk dikongsi bersama dan untuk manfaat semua. Semoga ia jadi ilmu yang bermanfaat dan dapat jadi bekalan saya untuk hari akhirat kelak. Wallahua’lam.

 

Apapun, terima kasih sudi baca, dan semoga anda dapat belajar sesuatu. Kalau rasa macam tak cukup je penerangan yang saya bagi ni, bolehlah dapatkan buku The Stranger’s Long Neck ni. Siapa tahu, mungkin anda akan temui sesuatu yang saya terlepas pandang dalam buku tu.

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 13 comments… read them below or add one }

reezluv January 14, 2017 at 9:23 am

tak ramai yang cuba nak fokus kepada penyelesaian masalah..banyak yang fokus kepada rupa web tu je..sedangkan banyak menyusahkan pengguna..

Reply

sabree hussin January 14, 2017 at 1:17 pm

Mungkin sebab nak fokus pada penyelesaian masalah atau dalam konteks artikel ni, fokus pada “completing a task” ianya agak susah ๐Ÿ˜€

Reply

bisnes online January 14, 2017 at 10:15 am

hang ni rajin bab bab penulisan ni, dan terbukti hang praktik, terbaik sabree

Reply

sabree hussin January 14, 2017 at 1:16 pm

Bila kita cari makan dalam sesuatu bidang tu, kita kenalah jadi “rajin” sikit untuk mahirkan diri ๐Ÿ˜€

Reply

si bongkok January 14, 2017 at 4:19 pm

Betul2 sentap saya baca info nie..maklum aa blog cap ayam saya lebih kepada manipulasi semata-mata… ๐Ÿ™‚

Sebab saya pilih manupulasi dahulu dengan harap boleh laa ditukar kepada pencari maklumat tegar dimasa depan… ๐Ÿ˜› Dan bila dah dapat 1-2 orang daripada mereka tue, dengan harapan dieorg takde hanya “DISUAP” jek kan…sebab kita sendiri belajar sesetengah perkara it pon SUSAH…tapi KESAN JANGKA PANJANG bila belajar cara susah ini adalah berbeza…

Ini hanyalah pendapat tak seberapa dari seornag blogger tak ternama macam saya laa… ๐Ÿ™‚

Reply

sabree hussin January 14, 2017 at 4:41 pm

Sebenarnya tak ada istilah BETUL atau SALAH dalam bidang penulisan blog ini. Semuanya bergantung pada matlamat yang nak dicapai oleh penulis blog tu sendiri.

“… setiap amalan itu bermula dengan niat.”

Konten dalam artikel ni sebenarnya bertujuan memberi perspektif yang berbeza berbanding yang biasa ada di depan kita. Lagipun sepanjang saya blogwalking tak ramai yang nak tulis hal-hal yang agak “boring” macam ni ha ha

Jadi, mana yang baik bolehlah jadikan amalan. Mana yang tak baik, kita tinggalkan.

Reply

Hairul HIssam January 15, 2017 at 2:56 pm

kandungan yg tak releven tu menyebabkan pelawat serik ke blog kita..

Reply

sabree hussin January 17, 2017 at 12:00 am

Itulah salah satu risiko bila kita tak berapa jaga kandungan blog kita

Reply

AndroidTech January 17, 2017 at 10:56 pm

Terima kasih untuk ilmu yang berguna ini. nak tanya, kalau menggunakan hosting free macam blogspot memang susah nak optimise seo ke. Jarang ade keyword yang lekat masa google.

Reply

sabree hussin January 17, 2017 at 11:16 pm

Nak kata susah untuk optimise SEO pun tak juga, sebab saya dah jumpa banyak kali blog yang guna blogspot berjaya masuk ke page pertama Google untuk keyword yang banyak persaingan.

Reply

RG January 23, 2017 at 11:22 am

Tapi bgi free hosting sperti blogspot atau wordpress, Byk plugin SEO x dpt pakai. Jika blh, tentu SEO power blh jadi lebih berkesan lagi.

Reply

sabree hussin January 23, 2017 at 1:44 pm

Biasalah tu, lain sistem.

Reply

Noriza Abdul Rahman March 15, 2017 at 9:15 am

Betul, laman web yang boleh membantu menyelesaikan masalah pelawatnya adalah bagus. Sebab itulah tujuan utama mereka.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: