Adakah Teknik Pemasaran Advertorial ini benar-benar berkesan? Apa buktinya?

by sabree hussin on October 10, 2016

in Servis Advertorial

“Boleh saya tahu, adakah teknik pemasaran Advertorial ni benar-benar berkesan? Kalau betul ianya berkesan, ada tak sebarang BUKTI yang boleh support dakwaan tersebut?”

 

Terima kasih buat yang bertanyakan soalan. Untuk makluman anda, dalam banyak-banyak kaedah pemasaran yang saya gunakan, saya boleh katakan yang teknik pemasaran menggunakan artikel iklan, atau lebih dikenali sebagai artikel advertorial adalah yang paling banyak berjasa kepada saya.

 

Saya sendiri menggunakan kaedah advertorial untuk menjana pendapatan menggunakan medium Internet.

tulis-writing-advertorial

Bagi menguji sejauh mana keberkesanan teknik pemasaran menggunakan kaedah advertorial ini, saya sendiri menggunakan kaedah ini untuk mempromosikan produk-produk dan beberapa program affiliate yang saya sertai. Hasilnya? Anda boleh tekan klik pada pautan ini untuk melihat sebahagian bukti pendapatan yang pernah saya hasilkan.

 

Kebanyakkan pendapatan yang dihasilkan adalah 100% menerusi teknik advertorial. Saya tidak menggunakan teknik pemasaran emel, tidak menggunakan FBAds, Google Adwords dan sebagainya.

 

Semuanya itu adalah hasil daripada kerja-kerja pemasaran menggunakan medium blog sahaja. Jadi soalan tentang sama ada teknik advertorial ini benar-benar berkesan atau tidak, saya boleh jawab dengan YAKIN bahawa ianya memang BERKESAN.

 

Walaubagaimanapun, ini bukannya teknik AJAIB mahupun teknik silap mata. Walaupun saya percaya hampir semua orang boleh berjaya dengan menggunakan teknik ini pada blog masing-masing, namun bagi memastikan kadar kejayaan yang tinggi, seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan tentang topik pemasaran dan juga mestilah tahu bagaimana untuk menggunakan teknik copywriting dalam penulisan.

 

Sekiranya anda merancang untuk buat sendiri kempen advertorial menggunakan blog anda, saya syorkan anda baca perkongsian saya sebelum ini.

Klik untuk baca:

1. Ingin buat sendiri Artikel Advertorial anda? Ini beberapa tips untuk anda

2. Bagaimana cara hasilkan artikel Advertorial yang convert kepada sales?

 

Saya syorkan anda baca juga komen-komen dari pembaca blog ini pada post yang saya telah hasilkan sebelum ini. Ada juga beberapa pembaca blog ini yang turut memberi idea dan input yang sangat baik mengenai topik ini.

 

Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, teknik pemasaran Advertorial ini bukanlah satu kaedah pemasaran yang AJAIB. Ia masih lagi memerlukan usaha dari pihak kita bagi menyakinkan pembaca untuk bertukar kepada pelanggan.

 

Sesetengah orang, GAGAL sama sekali untuk mengajak orang lain untuk baca apa yang ditulis.

 

Bayangkanlah… kalau nak ajak orang baca apa yang kita tulis pun kita tak berjaya, macam mana kita nak tukarkan pembaca jadi pembeli. Betul tak? Jadi kat sinilah perlunya serba sedikit pengetahuan tentang teknik penulisan copywriting.

 

Selain daripada itu, saya juga nak mengajak anda untuk baca post saya sebelum ini.

Klik untuk baca: 5 Tips Kritikal lagi Penting yang anda perlu tahu sebelum melanggan servis review ataupun servis advertorial

 

Tips itu saya tulis khusus untuk mereka yang ingin dapatkan servis penulisan artikel review dan juga servis penulisan artikel Advertorial berbayar.

 

At least kena tau lima perkara yang cukup kritikal dalam memastikan kejayaan kempen pemasaran anda itu. Jika tidak, saya khuatir bajet iklan anda akan jadi sia-sia sahaja nanti.

 

Apa yang penting, anda kena tahu, kenapa anda perlukan artikel advertorial? 

 

Ya, untuk tujuan promosi.

 

Persoalan yang penting ialah, apa yang anda mahu prospek anda lakukan setelah dia baca artikel advertorial tersebut?

1. Adakah anda mahu prospek tersebut melanggan newsletter anda?

2. Adakah anda mahu prospek itu nanti menghubungi anda?

3. Adakah anda sekadar mahukan prospek itu tadi melayari laman web anda?

… dan sebagainya.

 

Jika anda sendiri tak jelas, dengan apa yang anda mahukan, most likely penulis advertorial itu juga tak akan dapat baca apa yang ada dalam fikiran anda.

 

Jualan adalah hasil daripada usaha pemasaran, bukannya matlamat.

 

Mari kita buat eksperimen mudah.

 

Cuba anda senaraikan nama-nama syarikat besar yang anda kenali. Buat senaraian mungkin dalam 10 buah syarikat. Bila anda dah ada senarai tersebut, cuba buka laman web syarikat-syarikat ini, kemudian anda lihat di bahagian mission and vision.

 

Ada tak mana-mana dari syarikat yang anda senaraikan tu meletakkan misi dan visi “untuk mencapai jualan sebanyak RM1 juta dalam masa setahun”.

 

Saya rasa tak ada.

 

Apa yang anda bakal temui, selalunya adalah hal-hal yang tak ada kaitan dengan nak buat jualan. Contohnya seperti

1. Menjadi peneraju syarikat penerbangan tambang murah supaya semua orang boleh naik kapal terbang.

2. Memudahkan shopping secara online dan selamat

3. Menyediakan kesemua keperluan harian dalam satu bumbung

 

Atas ini hanya contoh.

 

Syarikat-syarikat yang anda senaraikan meletakkan matlamat untuk menjadi yang terbaik dalam menyediakan sesuatu perkhidmatan. Daripada situ, dengan menjadi yang terbaik, maka jualan akan datang dengan sendirinya.

 

Begitu halnya dengan bisnes kita. Ya, memang matlamat akhir kita adalah untuk dapatkan jualan. Tetapi sebenarnya memperoleh jualan itu sebenarnya adalah hasil daripada kerja-kerja pemasaran yang dijalankan dengan sistematik dan betul.

 

Maka hasilnya ialah SALES.

 

Baiklah, sebenarnya saya pun tak berapa suka nak cerita lebih-lebih. Lain orang lain pandangan, lain juga penilaian. Bimbang juga kalau penulisan ini disalahtafsirkan.

 

Kot-kot nanti ada pulak yang beranggapan kalau ambik servis advertorial ini dari saya, nanti confirm akan dapat jualan. Padahal kita hanya mencuba dan berusaha, keputusan akhir Allah SWT yang akan tentukan.

 

Keputusan ditangan anda.

 

Cuba fikirkan semula. Adakah dengan wujudnya artikel advertorial yang mempromosikan perniagaan anda, dan artikel tersebut pula boleh dibaca oleh semua orang yang menggunakan internet akan memberikan tanggapan yang baik terhadap perniagaan anda, ataupun anda rasa tiada sebarang kesan?

 

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: