Adakah Anda Memiliki Perniagaan Anda Sendiri?

Seronok kan kalau dapat jana pendapatan yang lumayan tanpa modal, dan tanpa perlu bersusah payah. Persoalannya, wujud ke tawaran macam ni?

Last time saya jumpa tawaran macam ni, sebenarnya ia tipu je. Kebanyakkan yang saya jumpa, ia cuma gimik untuk menarik minat orang-orang yang tamak dan pemalas untuk berusaha.

Apa dia? Saya salah?

Maksudnya… anda tak tamak, dan anda adalah seorang yang rajin berusaha?

Kalau macam tu… BAGUS.

Jadi secara tak langsung, ini beri gambaran bahawa anda tak perlu ambil port pada bisnes dari jenis yang tak perlukan modal ini.

Perniagaan tanpa modal, berniaga tanpa modal

Hari ini, saya perasan, ada orang dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah bisnes untuk promosikan program yang entah apa-apa kat internet ni.

Program buat duit, dan bisnes adalah dua perkara yang berbeza.

Just because sesuatu program buat duit yang anda sertai berjaya hasilkan income, tak bermakna anda dah ada bisnes.

Sebagai contoh, saya ada sebuah ebook untuk dijual. Saya ambil contoh ebook 100 Rahsia Psikologi Pelanggan. Ebook ini saya punya, dan saya buka tawaran untuk anda sertai sebagai affiliate. [klik sini untuk daftar affiliates]

Anda pun sertai, dan daripada hasil usaha promosi yang anda buat, anda pun berjaya dapat sales.

Lalu saya pun bayar komisyen seperti yang dijanjikan kepada anda.

Adakah anda dah ada bisnes sendiri? Belum lagi. Bisnes ebook ni tetap saya punya, peranan anda adalah agen yang membantu saya dalam kerja-kerja pemasaran, dan anda menerima imbuhan dalam bentuk komisyen. Itu sahaja.

Lain lah, kalau anda ada produk sendiri, dan anda jual produk sendiri. Itu barulah anda dikira ada bisnes sendiri.

Bisnes yang baik ialah, bisnes yang tak memerlukan anda sentiasa ada untuk monitor perjalanan bisnes anda, tetapi pada masa yang sama, income dari bisnes tu masih lagi tetap terus berjalan.

Jika bisnes anda masih lagi memerlukan penglibatan aktif dari anda, maknanya, anda masih belum lagi betul-betul ada bisnes sendiri, anda masih lagi dikira sebagai seseorang yang bekerja sendiri (self employed).

Dalam konteks perbincangan ini, anda dikira sebagai seseorang yang bekerja untuk perniagaan anda sendiri.

Macam mana nak tahu sama ada anda sebenarnya memiliki sesuatu perniagaan, atau anda dimiliki oleh perniagaan yang anda sendiri mulakan?

Kita test dengan cara ni.

Cuba ambil cuti yang panjang. Let say, dua minggu. Lepas dua minggu, lihat apa yang jadi pada kedudukan anda, kewangan dan perjalanan perniagaan anda. Kalau semuanya masih lagi berjalan lancar, income masuk seperti biasa, transaksi bagi perniagaan anda juga tak ada sebarang gangguan, TAHNIAH, anda telah memiliki sebuah perniagaan.

Namun, kalau segalanya kucar kacir. Income anda terhenti. Tiada sebarang transaksi, melainkan apabila anda memainkan peranan aktif dalam perniagaan tersebut, maknanya, anda kini dimiliki oleh perniagaan anda sendiri.

Pening?

Saya pun mula-mula dulu pening jugak.

Hadam slow-slow pun tak apa :-)

 

 

 

Be Sociable, Share!

7 thoughts on “Adakah Anda Memiliki Perniagaan Anda Sendiri?

  1. paan

    Buat masa ini , perniagaan itu masih tidak mampu untuk berdikari… Kena terlibat secara aktif , baru ada income. hoho.

    Insyallah , sedang diusahakan juga supaya boleh ada pasif income. :)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>