7 Sebab Kenapa Anda Perlukan Perkhidmatan Dari Jobdirumah

by sabree hussin on October 3, 2014

in Karier & Kerjaya

Pada waktu catatan ini saya buat, harga baru Petrol Ron95 dan Diesel telah diumumkan naik sebanyak 20 sen.

Marah? Kecewa? Bimbang? Sedih… dan pastinya macam-macam perkara bermain di minda mengenangkan apa yang bakal berlaku lepas ni. Lepas satu, satu bala menimpa rakyat Malaysia.

Ini buatkan saya terfikir tentang program latihan Jobdirumah yang pernah saya war-warkan dalam blog ini sebelum ini. Saya terfikir satu perkara ni, dan MUNGKIN pada masa kini rakyat Malaysia tak seharusnya memandang ringan peranan yang dimainkan oleh Jobdirumah.

buat_duit_dengan_jobdirumah

Buat anda yang masih tak nampak lagi, dimana dan apa perlunya sertai jobdirumah, maka dari artikel ini saya akan kongsikan sekurang-kurangnya 7 sebab kenapa anda perlu dapatkan servis dan perkhidmatan daripada pihak jobdirumah.

Seperti lazimnya, tak ada sebarang paksaan untuk anda bertindak. Anda tak perlu bayar apa-apa untuk dapatkan info ini, cumanya, jika anda berkenan nak tahu dengan lebih lanjut mengenai program dan panduan bekerja dari rumah oleh Jobdirumah, anda boleh buat pendaftaran secara percuma disini.

Sebab pertama: Anda nak tambah pendapatan

Ini sebab yang saya kira “biasa”. Bukan suatu perkara yang menghairankan apabila orang ramai berebut-rebut nak join jobdirumah sebab nak bekerja.

Mereka bukan saja-saja nak bekerja, tetapi pada masa yang sama, mereka nak tambah pendapatan!

Tetapi, kalau anda nak saja-saja join, bukan sebab nak bekerja dan tak ada niat langsung nak tambah pendapatan, sila simpan je duit untuk yuran pendaftaran tu. Kalau anda sedekahkan duit tu, itu lagi baik berbanding anda join JDR tetapi tak nak buat apa-apa tindakan.

Sebab kedua: Anda ada banyak HUTANG dan anda nak segera langsaikan

Sebelum ini saya ada menulis tentang hutang kad kredit dan cara terbaik untuk langsaikan hutang tersebut.

Tahukah anda, jika anda berhutang sebanyak RM3,000 dengan bank pengeluar kad kredit, anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 tahun 8 bulan untuk selesaikan hutang tersebut?

Memang gila bukan…

Sebab tu orang bagi nasihat, kalau tak ada keperluan yang betul-betul mendesak, TAK PAYAH AMBIK KAD KREDIT. Pakai kad debit je sudah.

Kad kredit ni kad hutang. Dia mudahkan anda untuk berhutang. Kenapa nak berhutang jika anda boleh hidup tanpa perlu bergantung pada instrumen kewangan ini?

Jadi, apabila anda sertai jobdirumah, peluang untuk anda dapatkan sumber pendapatan tambahan untuk selesaikan hutang dengan lagi cepat itu ada.

Sebab ketiga: Persiapan menghadapi kenaikkan harga barang

Pendapatan semasa anda tidak mencukupi?

Well… bukan anda seorang. Saya juga antara yang terkesan apabila berlaku kenaikkan harga barang.

Dengan cara urus tadbir negara kita sekarang, saya tak jangkakan yang harga barang akan turun di masa akan datang. Akan tetapi, saya tak pelik kalau harga barang akan terus naik dan terus naik.

Ini bermakna… saya juga perlu mula naikkan harga barang-barang dan produk-produk yang saya jual.

Sebab keempat: Anda tak tahu macam mana nak bekerja dari rumah!

Ini memang Epic!

Anda ada macam-macam kemahuan dan ada macam-macam keinginan. Akan tetapi, satu je masalahnya… anda tak tahu macam proses dan prosedur nak bekerja dari rumah.

Soalan saya, macam mana anda nak buat sesuatu yang anda sendiri tak tau? Kan lagi bagus kalau anda dapatkan panduan yang sememangnya mengajar anda macam mana nak bekerja dari rumah.

Lihat testimoni peserta lain yang dah sertai Jobdirumah. Pada asalnya mereka juga tak tahu apa-apa tentang jobdirumah.

review_jobdirumah

klik sini untuk sertai jobdirumah

Sebab kelima: Anda ingin cuba pengalaman bekerja dari rumah

Ada ahli jobdirumah yang dah bosan dengan traffic jam, datang lambat ke ofis, kena marah dengan bos, susah nak dapat cuti dan macam-macam lagi.

Ada juga ahli jobdirumah yang terdiri daripada golongan pesara yang dah bosan duduk rumah tak buat apa-apa. Mereka ini perlukan satu cabaran baru untuk nikmati hidup mereka.

Jadi, mereka pun sertai jobdirumah untuk dapatkan pengalaman baru.

Sebab keenam: Memudahkan anda memperoleh job 

Kali ini saya nak cerita mengenai realiti bekerja dari rumah. Satu perkara yang anda patut tahu ialah, bukan senang nak bekerja dari rumah.

Sedikit sebanyak anda perlu tahu macam mana selok belok tentang perniagaan dan pemasaran online. Ilmu inilah yang anda perlukan untuk dapatkan job daripada bakal majikan.

Ya, memang leceh nak buat marketing.

Sebab itu, pihak jobdirumah menyediakan perkhidmatan notifikasi menerusi emel bagi memberitahu anda senarai job yang available.

Contohnya

panduan_jobdirumah

Pihak JDR akan menghantar emel memberitahu tentang senarai kekosongan pekerjaan yang ada.

Anda hanya perlu pilih dan mula bekerja.

Senang sahaja.

Sebab ketujuh: JDR terbukti membayar ahlinya

Ini khusus untuk mereka yang memilih untuk menyertai program affiliate yang dianjurkan oleh pihak Jobdirumah.

buat_duit_jobdirumah_komisyen

Anda akan dibayar RM25 bagi setiap jualan yang berjaya anda hasilkan. Jika anda ingin tumpukan pada program affiliate, anda mungkin perlukan panduan berikut.

Rujuk: Jurnal Pemasaran Affiliate

Peranan anda mudah sahaja, hanya promosikan laman web utama jobdirumah kepada seberapa ramai bakal pelanggan yang boleh.

Baiklah, semoga artikel ini berguna untuk anda dan sekiranya anda ingin cuba sendiri bekerja di rumah dengan bantuan servis dari jobdirumah, sila daftar disini.

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

Lydia December 22, 2014 at 2:56 pm

salam En Sabree, saya nak tanya betul ke JDR tu boleh jana pendapatan sampingan?

Reply

sabree hussin December 23, 2014 at 9:33 pm

Wasalam, Ya menerusi JDR memang boleh jana pendapatan sampingan. Screenshot income tu juga adalah dibayar oleh JDR, menerusi syarikatnya Kliks Solution

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: