7 Sebab kenapa anda perlu wujudkan blog khusus untuk bisnes anda

by sabree hussin on January 29, 2016

in Pemasaran Blog

“Saya dah create FB Fanpage untuk bisnes workshop saya, adakah saya masih perlu buat blog untuk bisnes saya?”

 

Kadang-kadang kan, saya perhatikan seolah-olah orang kita ni terlalu bergantung sangat dengan FB Fanpage. Bukanlah saya nak kata fanpage ni tak bagus, cuma kalau boleh saya nak cadangkan pada anda wahai pemilik perniagaan untuk tidak terlalu bergantung kepada Facebook atau apa-apa software mahupun strategi pemasaran yang hanya boleh dijalankan dengan bantuan Facebook.

 

Bukan tak boleh guna, BOLEH. Cuma jangan terlalu bergantung pada Facebook dan jangan jadikan Facebook sebagai kaedah UTAMA dan satu-satunya kaedah pemasaran yang anda gunakan. Boleh faham ke?

 

Adakah anda sedar yang Facebook tu bukan anda yang punya? Anda hanya “pinjam” sahaja. Facebook anda, Mark Zuckerberg yang punya. Cuba bayangkan, kalau satu hari nanti, tiba-tiba si Mark ni buat gila. Dia pergi unpublished, atau dia flag fanpage anda. Ataupun anda kehilangan akses kepada akaun Fanpage perniagaan anda, tak masalah ke tu nanti? Benda ni bukan tak pernah berlaku, malahan saya sendiri pernah lalui benda ni.

 

Fanpage kena unpublished, kena report, dan kena flag ni benda biasa berlakulah. Lumrah pemasaran di Facebook. Orang dengki ada dimana-mana. Kadang-kadang kawan kita yang ada dalam friendlist kita sendiri yang buat. Kadang-kadang pesaing kita yang buat.

carama-autoservice[Carama Castrol Auto Service]

 

Jadi sebab tu, saya nak mengesyorkan kepada anda semua, untuk mempunyai laman blog untuk perniagaan anda. Blog untuk bisnes tu macam mana? Ada beza ke dengan blog-blog lain yang ada banyak kat internet tu?

 

Memang ada bezanya. Cuma tak adalah beza begitu ketara. Baiklah, dalam artikel ini saya nak kongsikan kepada anda, 7 sebab kenapa anda perlu ada blog untuk bisnes anda. Daripada artikel ini, diakhir nanti saya percaya anda juga akan dapat lihat, apa sebenarnya perbezaan antara blog untuk tujuan bisnes dengan blog peribadi.

 

Dalam penerangan ini, saya akan gunakan contoh perniagaan jenis workshop ataupun bengkel kereta.

(1) Untuk mewujudkan kesedaran terhadap kewujudan jenama perniagaan kita

Laman web berkonsepkan blog adalah satu platform yang anda boleh gunakan bagi tujuan menjalankan kerja-kerja pemasaran. Walaupun perniagaan tersebut adalah perniagaan yang dijalankan secara offline, namun ini bukan penghalang untuk menjalankan pemasaran secara online.

 

Apa-apa laman web yang dibina, pasti akan disenaraikan di laman web enjin carian google. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Memang ada cara bagaimana untuk tersenarai dengan lebih cepat di laman web google, dan cara tersebut adalah dengan menggunakan kaedah search engine optimization. [Panduan ASAS SEO Untuk Blog]

 

Ramai sebenarnya yang menggunakan perkhidmatan enjin carian seperti google sebelum mendapatkan perkhidmatan tertentu. Sebagai contoh, jika pengguna internet tersebut berada di Sungai Besi, dia mungkin akan taip kata kunci seperti

Bengkel kereta orang melayu di Sungai Besi, KL

 

Almaklumlah, kat area tempat ni kebanyakkan bengkel kereta adalah milik perniagaan orang-orang cina. Jika anda adalah pemilik bengkel berbangsa Melayu, boleh jadi anda akan dapat bakal pelanggan dengan cara ini.

 

(2) Dapatkan prospek baru secara online

Bukan semua orang tahu tentang kewujudan perniagaan anda. Anda juga tak boleh hanya nak bergantung kepada bakal pelanggan yang biasa lalu lalang di hadapan premis perniagaan anda. Luaskan capaian pemasaran anda, dan anda berpotensi untuk dapat ramai pelanggan baru secara online.

 

(3) Berkongsi maklumat terkini tentang hal ehwal berkaitan perniagaan anda

Apa-apa sahaja maklumat terkini. Mungkin tentang jenama spare part terbaru, cerita tentang kenderaan, tentang kereta tertentu. Apa sahaja.

 

(4) Mendidik masyarakat tentang sesuatu perkara

Cara penjagaan enjin, cara tukar tayar, cara cuci kereta dan macam-macam lagi. Sambil anda memberi pendidikan percuma, sambil tu anda mengambil peluang ini untuk memperkenalkan perniagaan anda.

 

Sebagai contoh, anda sedang bercerita tentang cara tukar tayar kereta. Di akhir penerangan tersebut, anda boleh masukkan ayat promosi seperti ini

Jika anda merasakan penerangan yang saya berikan ini agak sukar untuk dilakukan, apa kata anda hubungi saya di talian ___. Mekanik kami sedia untuk memberi perkhidmatan kepada anda.

 

Mudah sahaja boleh dapat pelanggan baru dengan cara ini.

 

(5) Ceritakan tentang kepakaran yang dimiliki oleh perniagaan anda

Macam mana pelanggan nak tahu kepakaran anda, jika anda sendiri tak pernah bercerita tentang kepakaran yang anda miliki. Tak kan pelanggan nak tanya pada anda soalan-soalan seperti

Tahu pasang tinted tak?

Boleh pasang speaker tak?

Bro tau macam mana nak bagi kereta lebih laju tak?

 

Pelanggan tak akan tanya semua ini. Anda yang kena bagitahu kepada pelanggan. Tapi penatlah kalau nak bagitahu kat setiap pelanggan yang datang ke bengkel anda satu per satu. Mungkin yang datang tu cuma nak tukar tayar sahaja. Anda nak cerita tentang tinted, spotlight, servis semua ni buang masa dan tenaga anda sahaja.

 

Baik anda cerita di dalam blog. Jadi, jika pelanggan ada masa, dia boleh baca blog anda dan boleh tahu apa kepakaran anda dan bagaimana servis anda tersebut berguna untuk dirinya.

 

(6) Berikan perincian tentang perniagaan anda

Cerita secara details tentang perniagaan yang anda jalankan. Walaupun nama kedai anda ialah kedai tayar, namun tak bermakna anda tak mempunyai cara untuk dapatkan spare part kenderaan untuk pelanggan anda. Kalau cuma bergantung kepada papan iklan perniagaan anda, pelanggan cuma tahu anda hanya jalankan servis tayar sahaja.

 

Walhal sebenarnya anda mampu buat dan mampu tawarkan lebih banyak servis. Tak kan nak cerita semua kat papan iklan. Memang tak sesuai dan jadi berserabut. Jadi tulislah di laman blog.

 

(7) Buat duit dengan blog anda

Ya, sambil anda buat blog untuk mempromosi dan memperkenalkan perniagaan anda, anda juga boleh buat duit online secara sambilan. Bagaimana cara nak buat duit dengan blog anda? Mudah sahaja. Caranya adalah dengan menyertai program affiliate dan anda promosikan produk yang ada kaitan dengan perniagaan anda.

 

Memandangkan perniagaan anda adalah bengkel kereta, maka produk yang anda boleh promosikan juga adalah produk berkaitan dengan automotif.

car-performance-

Lihat pada bahagian yang saya tandakan dengan anak panah berwarna merah diatas. Untuk kategori Performance Parts & Accessories ni sahaja, terdapat sekurang-kurang 6,591 produk yang anda boleh promosikan. Komisen minima yang anda bakal perolehi untuk setiap jualan yang berjaya anda hasilkan adalah sebanyak 6%.

 

Katakanlah produk tersebut berharga RM219, maka komisen yang anda bakal perolehi ialah sebanyak RM13.14

 

Saya pasti, kebanyakkan produk yang ada dijual disitu anda tahu apa kegunaannya. Ini akan menjadikan kerja-kerja promosi jadi lebih mudah untuk anda. Sama bidang, kan.

 

Dari artikel ini, nampak tak apa sebenarnya perbezaan antara blog untuk bisnes dengan blog personal?

 

Sebenarnya tak banyak beza pun. Blog untuk bisnes, kita lebih banyak cerita tentang bisnes dan juga tentang pelanggan. Tetapi, kalau blog personal, kita cerita macam-macam benda, daripada tempat kita travel, makanan, movie, buku dan sebagainya.

 

Asalkan apa yang anda nak cerita tu ada kaitan dengan bisnes yang sedang anda jalankan, tulis je dalam blog. Baiklah sekian dulu. Saya doakan semoga rancangan anda untuk wujudkan blog sendiri berjalan dengan lancar!

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

seri nian February 6, 2017 at 5:28 pm

saya sokong kenyataan ini, cuma masa nak buat 2 blog tu mmg agak ambik masa juga la

Reply

sabree hussin February 6, 2017 at 8:34 pm

Kena bahagikan masa dengan adil. Hehe

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: