Posting kali ni, saya nak cerita tentang buat duit. Kalau ada rakan-rakan pembaca yang berhasrat untuk buat duit tambahan, ha… mari rapat mari dekat. Tumpukan perhatian, sebabnya dalam catatan kali ni saya nak kongsikan 10 laman web yang boleh bantu anda jana pendapatan sampingan.
Walaupun pada mulanya motif anda adalah untuk buat duit sampingan sahaja, namun tak mustahil dari gabungan kombinasi kesemua sepuluh laman web ini, ada yang mampu jadikan ia sebagai sumber pendapatan utama. Jom kita teliti senarai dibawah dan lepas tu buatlah pilihan, mana satu yang berkenan dan sesuai dengan anda.
Ada yang perlukan modal. Ada yang FREE untuk disertai. Ada yang cepat membuahkan hasil, dan ada jugak yang lambat sangat menampakkan hasilnya. Sebab tu secara peribadi, saya suka campur-campurkan dan buat lebih daripada satu program untuk memaksimakan lagi pendapatan yang saya boleh dapat dari program-program ini semua.
10 laman web membolehkan anda buat duit tambahan online
Baiklah, saya akan mulakan dengan laman yang pertama, iaitu:
1. Laman web Jobdirumah
Link: http://www.jobdirumah.net
Laman web jobdirumah menawarkan servis tutorial dan panduan untuk melatih mereka-mereka yang berminat untuk menjadi pekerja dari rumah sebagai seorang freelancer ataupun pekerja bebas. Anda boleh baca review penuh saya mengenai program latihan jobdirumah ini dalam posting saya sebelum ini.