Adakah mustahil untuk anda menjalankan perniagaan anda sendiri dalam bidang percetakan walaupun anda tidak mempunyai sebarang modal untuk memulakan perniagaan tersebut?
Ramai menjadikan “tak ada modal” sebagai alasan untuk tak mulakan perniagaan sendiri sejak dari usia muda. Modal permulaan adalah satu perkara yang wajib ada untuk memulakan sesuatu bisnes. Kalau tak ada modal, memang agak payah untuk kita mulakan perniagaan kita sendiri.
Tetapi dewasa ni, kita dah boleh melibatkan diri dalam pelbagai peluang perniagaan walaupun kita tak mempunyai modal langsung ataupun hanya mempunyai modal yang sedikit. Ada pelbagai model bisnes yang anda boleh pilih, dan jika anda luangkan masa untuk buat kajian, anda akan dapati ada banyak peluang bisnes yang tak memerlukan anda untuk mengeluarkan modal langsung.
Salah satunya adalah menerusi bisnes percetakkan ataupun bisnes printing.
Macam mana caranya nak mulakan bisnes printing tanpa modal langsung? Ini anda boleh pelajari dari mereka yang memang buat duit dengan cara ini. Anda nak kenal dan nak belajar dari orangnya? Mari berkenalan dengan pemilik syarikat KNZ Creative Solution.
Bisnes pertama sebagai platform untuk membina pengalaman
Jika ini adalah bisnes pertama anda, ketahuilah, lazimnya bisnes pertama yang dilakukan tanpa ada pengalaman, ilmu dan strategi yang tepat, ia pasti akan gagal sepantas tahun pertama atau selewat-lewatnya tahun kelima. Jadi, sekiranya anda ingin memulakan perniagaan pertama anda, anda akan memilih perniagaan yang memerlukan modal yang tinggi atau nak terus mula menceburkan diri dalam perniagaan yang memerlukan modal yang minima atau yang tak memerlukan modal langsung?