Selama ini memang saya tahu ada banyak juga panduan-panduan yang dikeluarkan oleh Tim Info Kerjaya yang tujuannya bagi membantu para calon yang terpilih untuk menduduki peperiksaan supaya dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang dan lebih yakin.
Ini merupakan salah satu keperluan lazim yang perlu dilalui bagi setiap calon sebelum mereka diisytiharkan layak untuk berkhidmat dalam sektor awam.
Terbaru, satu lagi peperiksaan bakal diadakan, iaitu pada 05 Ogos 2014.
Jika anda terpilih sebagai salah seorang calon bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini, tahniah saya ucapkan.
Walaubagaimanapun, saya pasti anda sedia maklum, bukan sesuatu yang mudah untuk anda mendapatkan jawatan ini.