Masa awal-awal saya mula menjadi penjual produk Madu Sunnah keluaran Natural Herbs Sdn Bhd, saya sempat berbincang dengan seorang kenalan rapat mengenai produk ini.
Dah tentu tujuan asal bukan sekadar nak bincang-bincang kosong, tentulah saya bermaksud untuk cuba hasilkan jualan sekurang-kurangnya sekotak atau dua madu sunnah.
Kadang-kadang betul juga kata setengah orang, menjual kepada orang yang kita kenal dengan rapat, adakalanya lebih susah berbanding kita cuba menjual dengan orang luar.
Mereka yang rapat dengan kita ni kadang-kadang langsung tak ada tapis-tapis bila bercakap dengan kita.
Terus shoot je, walaupun kadang-kadang kita dengar pun rasa tak sedap.
Antara yang biasa saya dengar ialah produk ni mahal.
Buat masa ini ia dijual dengan harga RM110 untuk semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak dijual dengan harga RM120 sahaja.
Anda boleh ke halaman jualan produk Madu Sunnah keluaran Natural Herbs. [klik sini]
Walaupun harganya agak berbeza berbanding produk-produk madu lain yang terdapat di pasaran, namun sebenarnya ia ada kelebihan dan kebaikkannya yang tersendiri.