10 Perkara tentang pengiklanan Advertorial yang anda perlu tahu pada tahun 2015

by sabree hussin on August 19, 2015

in Copywriting

Kaedah pengiklanan menggunakan medium Advertorial. Adakah anda dah pernah cuba kaedah pengiklanan ini? Anda tak akan tahu, sejauh mana keberkesanannya selagi anda tak pernah mencubanya sendiri. Buat yang biasa menggunakan kaedah ini, rasanya dah tak perlu untuk saya yakinkan mereka, bahawa kaedah pengiklanan ini memang BERKESAN.

 

Sama ada anda nak hasilkan sendiri advertorial anda, ataupun anda memilih untuk mendapatkan servis penulisan advertorial dari pihak ketiga, semuanya terserah pada strategi perniagaan anda.

 

“Kenapa perlu buat sendiri, sedangkan anda boleh pinjam kepakaran luar untuk hasilkan kempen advertorial untuk anda?”

iklan_FBAds_rugi

 

Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang pengiklanan Advertorial. Mudah-mudahan, apa yang saya catatkan disini boleh dijadikan guideline yang secara tak langsung dapat bantu anda membuat keputusan yang TERBAIK untuk perniagaan anda.

 

1. Untuk hasilkan artikel advertorial yang BAIK ia bukan mudah. Advertorial ni adalah gabungan antara seni, inspirasi, technical know how, hasil kerja keras dan jugak pengalaman 

Bayaran yang biasanya akan dicaj oleh penulis advertorial juga berbeza-beza lazimnya. Ia boleh jadi serendah RM50 untuk satu advertorial hinggalah mencecah RM500++.

 

Apa yang membezakan antara seorang penulis dengan penulis yang lain bukan sahaja dari segi caj perkhidmatan, tetapi dari segi kepakaran, pengalaman dan hasil akhir yang boleh dihasilkan.

 

Berbaloi ke nak keluar duit untuk dapatkan servis advertorial ni?

Satu perkara yang mungkin ramai terlepas pandang ialah tentang “apa sebenarnya FUNGSI advertorial itu sendiri?” Melainkan anda benar-benar jelas dan faham, apa sebenarnya fungsi advertorial, barulah anda boleh tentukan sendiri sama ada berbaloi ataupun tidak untuk mendapatkan servis ini.

 

Advertorial berperanan untuk membantu pemilik perniagaan bagi memperolehi

1. Lebih banyak publisiti terhadap perniagaannya

Dalam situasi ini, anda sebenarnya sedang “meminjam” ataupun mengeksploitasi ataupun leverage masa, tenaga dan skil penulis advertorial untuk mendapatkan publisiti terhadap perniagaan yang anda sedang jalankan. Kita pun tahu, lebih banyak publisiti, lebih tinggi peluang untuk dapatkan lebih banyak pulangan.

 

2. Memberi penerangan dan penjelasan tentang produk atau perkhidmatan yang  anda tawarkan dalam konteks yang baru dan berbeza

Jika selama ini, pelanggan hanya mendengar tentang sesuatu produk dari sumber pemilik produk tersebut, kali ini pelanggan dapat mendengar ulasan dalam konteks yang berbeza menerusi penulis advertorial. Walaupun produk yang sama, dek kerana kaedah penyampaian yang berbeza, ia berpotensi untuk berikan hasil yang berbeza.

 

3. Mendapatkan pelanggan dan prospek yang baru dari sumber yang berbeza

Dari mana anda akan dapat prospek dan pelanggan? Sekurangnya terdapat empat sumber baru iaitu daripada

  1. Pembaca, follower dan juga subscriber blog atau laman web advertorial tersebut  disiarkan
  2. Dari laman web carian seperti google, yahoo, Bing dan sebagainya kesan daripada teknik pemasaran SEO (search engine optimization)
  3. Mailing list penulis tersebut
  4. Rakan-rakan FB penulis

 

Mari kita lihat pula pengiraan ringkas dari segi pulangannya jika anda mendapatkan servis advertorial dengan kos RM50 per artikel.

Antara persoalan yang anda perlu siap sedia dengan jawapan

  1. Berapakah keuntungan yang anda bakal perolehi hasil jualan satu unit produk anda?
  2. Berapa lamakah produk anda akan berada di pasaran?
  3. Adakah anda sedang menggunakan lain-lain kaedah pengiklanan sama ada PERCUMA atau berbayar pada ketika ini?

 

Katakanlah, untung untuk satu produk ialah RM25 misalnya. Hanya dengan menghasilkan dua jualan, anda telahpun pulang modal, dan jualan seterusnya sampai bila-bila, itu adalah keuntungan yang anda jana secara pasif, kerana artikel advertorial akan terus disiarkan sampai bila-bila.

 

Itu kalau produk anda beri keuntungan RM25 untuk satu jualan. Bagaimana pula kalau produk anda adalah produk yang memberi pulangan RM300 – RM5,000 untuk satu jualan? Tidakkah anda akan untung berkali-kali ganda walaupun baru dapat satu jualan sahaja?

 

2. Kebiasaannya, jika penulis advertorial berpeluang untuk study produk yang bakal diiklankan, hasilnya adalah lebih baik berbanding advertorial untuk produk yang penulis tu langsung tak pernah ada pengetahuan

Salah satu job yang saya terima adalah dari pengasas Pusat Rawatan Islam Al Qayyum.

pusat_rawatan_islam_alqayyum

 

Apa yang saya tahu tentang servis dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Rawatan Islam? Tak banyak yang saya tahu. Kalau dari pembacaan di blog-blog, laman web dan video di Youtube, lazimnya pusat rawatan islam merawat penyakit-penyakit yang berpunca daripada gangguan jin dan makhluk halus.

 

Tetapi sebenarnya fungsi Pusat Rawatan Islam bukan itu sahaja. Selain berperanan sebagai “klinik” mereka juga turut mainkan peranan yang tak kurang pentingnya dalam bidang dakwah. Memandangkan tak ada cara lain untuk saya dapatkan info lanjut dan lebih mendalam tentang perjalanan dan operasi pusat rawatan, maka saya sendiri datang ke pusat rawatan tersebut dan lalui sendiri pengalaman mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum.

 

Dalam projek advertorial yang diberikan oleh pemilik Homestay Solehah Dungun pula, saya tak berpeluang untuk lalui sendiri pengalaman untuk menginap disana. Jadi, cabaran untuk saya menulis tentang homestay mereka adalah lebih besar. Namun, oleh kerana sikap profesional dan kerjasama yang sangat baik dari pemilik homestay ini, memberikan saya maklumat yang LENGKAP, akhirnya dapat juga saya menghasilkan suatu advertorial untuk perniagaan mereka.

homestay_dungun_murah

 

Pengalaman berurusan dengan pemilik homestay Solehah Dungun inilah yang saya jadikan penanda aras apabila menerima job advertorial dari bakal-bakal pelanggan yang lain. Dari pengalaman ini jugalah, maka lahir idea untuk saya gunakan borang soal jawab yang perlu dilengkapkan oleh pemilik perniagaan.

 

Sekiranya anda juga ingin dapatkan bantuan saya untuk hasilkan advertorial bagi mempromosikan perniagaan anda, anda juga akan saya berikan borang soal jawab untuk dilengkapkan. Melainkan, anda ada masa untuk bertemu saya dan beri penerangan yang lengkap tentang perniagaan anda, maka anda tak perlu susah payah nak isikan borang soal jawab tersebut.

 

3. Setiap advertorial menghasilkan RESULT yang berlainan walaupun untuk produk yang sama

Dari pemerhatian saya, hasil akhir dari advertorial, sama ada dapat sales atau pun tidak, ia sangat berkait rapat dengan dua faktor iaitu

1. Konten advertorial

2. Konteks advertorial

 

Konten advertorial itu sendiri perlulah diselaraskan dengan konteks ayat yang sesuai untuk situasi golongan sasaran yang kita mahukan. Sekali lagi suka untuk saya ulang, lagi spesifik golongan sasaran pembaca yang kita mahukan, lagi berkesan suatu artikel advertorial tersebut.

 

Dalam Advertorial juga kita ada konsep split test. Buat pengamal kaedah advertorial, kita tak akan bergantung hanya pada satu Advertorial semata-mata. Adakalanya, kita akan gunakan 2 atau 3 advertorial dan setiap advertorial itu pula kita siarkan pada dua atau tiga laman web yang berbeza.

 

Setiap laman web mempunyai kekuatan dan kelompok pembaca yang tersendiri. Apabila kita siarkan pada laman web yang berbeza, sebenarnya kita sedang mengeksploitasi kekuatan yang terdapat pada setiap laman web berbeza.

 

4. Segala macam teknik pengiklanan yang berkesan diluar negara, lazimnya turut berkesan jika digunakan di Malaysia

Beberapa tahun kebelakangan ini, saya mula beri perhatian yang lebih mengenai teknik penulisan iklan dan juga copywriting. Memandangkan kat Malaysia ni, sumber untuk saya belajar ilmu copywriting agak terhad, maka saya perlu belajar terus dari pengamal-pengamal kaedah copywriting dari luar negara.

 

… dan YA ada banyak konsep-konsep dan formula-formula penulisan iklan yang dipraktikkan diluar negara, BANYAK yang memang berkesan untuk dipraktikkan di negara kita.

 

Dari pemerhatian saya juga, trend copywriting yang banyak dikongsikan oleh pakar copywriting di Malaysia lebih banyak menjurus kepada untuk hasilkan iklan FBAds.

 

5. Iklan advertorial yang BAGUS akan menghasilkan jualan sepanjang tahun walaupun tak ada sebarang pembaharuan dan penambahbaikkan dibuat

Kita hanya perlu tarik trafik ataupun hanya perlu dapatkan pembaca baru untuk baca artikel advertorial sedia ada. Itu pun dah mencukupi.

kelebihan_advertorial

Lebih kurang dua jam yang lalu, ketika entri ini saya catatkan, salah satu produk yang saya iklankan menggunakan kaedah advertorial mendapat jualan. Pada waktu tu, saya sedang sibuk untuk menyiapkan tempahan advertorial milik pelanggan-pelanggan saya. Setengah advertorial, apabila ia dibuat dengan betul, ia akan memberi pulangan yang berkali ganda berbanding amaun yang kita belanjakan untuk dapatkan perkhidmatan advertorial tu tadi.

 

Pada saya la kan, even kalau tak dapat hasil macam ni setiap hari, dapat setiap minggu atau setiap bulan at least sekali pun saya dah cukup gembira. Contohnya, kalau setiap minggu dapat RM25 macam ni, sebulan dah boleh dapat RM25 x 4 = RM100

Siapa yang nak bagi kan? Dengan teknik pengiklanan advertorial, ia tak mustahil untuk berlaku.

 

6. JANJIKAN sesuatu kepada pembaca! Strategi ini selalu berkesan

Prospek ataupun pembaca akan selalu tertanya-tanya,

“Apa yang saya akan dapat kalau saya beli produk anda dan saya pakai produk anda tu sekarang?”

 

Inilah yang dikatakan sebagai WIIFM ataupun singkatan bagi Whats In It For Me? Anda mahu golongan sasaran anda berbelanja untuk mendapatkan produk yang anda jual ataupun promosikan, TETAPI sekalipun anda tidak pernah nyatakan secara JELAS apa yang prospek anda akan dapat dari produk tersebut.

 

Anda perlu JANJIKAN sesuatu. Sama ada

1. Pelanggan akan dapat bentuk badan yang lebih menarik

2. Kulit jadi lebih putih berseri

3. Jerawat hilang dalam masa 7 hari

 

“Anda perlu pakai produk ini, sebabnya anda boleh dapat duit yang banyak selepas ini… berbanding jika anda pakai produk dari jenama lain. Pakai produk lain duit anda cuma keluar keluar keluar sahaja, tapi kalau produk ni, duit anda akan bertambah…”

 

Secara peribadi, saya dah muak dengan ayat-ayat macam tu. Tetapi, ini adalah ayat mantra yang TERBUKTI mampu memikat segolongan atau sekelompok prospek. Walaubagaimanapun, bukan semua orang akan tertarik dengan ayat macam ni.

 

7. Advertorial bukan ditulis sekadar untuk mengajak pembaca mencuba sesuatu produk, ataupun sekadar untuk dapatkan maklumat lanjut, tetapi kita mahukan pembaca BELI produk tu SEKARANG juga dan terus jadi pengguna setia

Inilah sebenarnya yang menjadi prinsip ataupun pegangan bagi pengamal kaedah advertorial. Setiap perkataan yang digunakan disusun dengan rapi agar mampu untuk menghasilkan jualan, dan pada masa sama, berupaya untuk menghasilkan jualan ulangan.

 

8. Orang lelaki kurang sesuai untuk tulis advertorial yang segmen penggunanya adalah wanita

Walaupun saya memang teruja untuk bantu seberapa ramai usahawan untuk memperkenalkan produk mereka, namun satu perkara yang tak dapat untuk saya nafikan adalah apabila perlu tulis advertorial untuk segmen pelanggan wanita.

 

Produk kecantikan, kain, pakaian, tudung, produk besarkan payudara… semua ni merupakan satu cabaran untuk saya, dan lazimnya saya akan elakkan untuk tulis advertorial untuk produk-produk seperti ini, MELAINKAN pemilik produk itu dapat berikan saya kerjasama dan bantuan yang saya perlukan.

 

9. Penulis untuk majalah selalunya mempunyai kemahiran menulis yang lebih baik berbanding penulis iklan (copywriter) semata-mata

Kenapa orang beli majalah sedangkan kebanyakkan info yang terkandung dalam mana-mana majalah ataupun terbitan sebenarnya boleh diperolehi secara online sahaja?

 

Secara peribadi, kebanyakkan majalah yang saya beli adalah disebabkan oleh penulisnya. Dalam satu-satu majalah, ada banyak artikel. Mungkin mengandungi 30 – 50 artikel. Ada ketikanya, saya beli sesuatu majalah semata-mata untuk baca dua atau tiga artikel sahaja. Itupun sebab saya kenal siapa penulisnya ha ha

 

Teknik penulisan yang digunakan oleh penulis majalah lebih efektif untuk convert kepada sales. Jatuh atau bangun produksi sesuatu majalah juga bergantung kepada siapa penulisnya, dan biasa terjadi, jualan untuk sesuatu majalah merundum apabila penulis tertentu berhenti menulis untuk majalah tersebut.

 

10. Keinginan untuk hasilkan artikel yang MENGHIBURKAN selalunya lebih meluap-luap berbanding artikel yang boleh MENJUAL

Saya percaya, semua orang boleh menulis. Tetapi, untuk menghasilkan penulisan yang boleh MENJUAL ia bukan mudah. Ada ketikanya, saya rasakan lebih seronok untuk hasilkan penulisan yang boleh menghiburkan hati pembaca daripada penulisan yang psycho pembaca untuk buat pembelian ha ha

 

Sesuatu artikel, kalau ia kurang menyeronokkan untuk dibaca, CONFIRM artikel tersebut akan gagal untuk hasilkan jualan. Sebaliknya, artikel yang seronok untuk dibaca, mempunyai peluang yang lebih baik untuk hasilkan jualan. Mungkin cabaran yang besar ialah, bagaimana untuk menghasilkan sebuah artikel yang menghiburkan dan seronok untuk dibaca dan pada masa yang sama mampu untuk hasilkan jualan.

Baca juga: Rahsia menjadi seorang Penulis Bebas yang menjana 4 angka sebulan

 

Rasanya cukuplah kot perkongsian saya ni. Anda ada belajar sesuatu tak?

 

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

Helmi Aliarit August 19, 2015 at 11:26 am

Bagus perkongsian tuan.

Pokok pangkalnya penulisan yang baik, laman blog yang “sihat” duit akan masuk dengan sendirinya.

Berebut-rebut orang nak bayar kita untuk promosi produk mereka. 🙂

Reply

sabree hussin August 19, 2015 at 6:25 pm

Begitu la harapannya 😀

Reply

myrujukan August 20, 2015 at 7:19 pm

menarik ni Sabree, tp laman jualan advertorial ni dah macam affiliate, x mau buat affiliate ka nanti, .. 🙂

Reply

sabree hussin August 20, 2015 at 8:05 pm

In Shaa Allah, boleh dipertimbangkan tu hhe

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: