10 Laman web yang anda mungkin TAK TAHU boleh bantu anda jana pendapatan tambahan

by sabree hussin on July 31, 2015

in Review

Posting kali ni, saya nak cerita tentang buat duit. Kalau ada rakan-rakan pembaca yang berhasrat untuk buat duit tambahan, ha… mari rapat mari dekat. Tumpukan perhatian, sebabnya dalam catatan kali ni saya nak kongsikan 10 laman web yang boleh bantu anda jana pendapatan sampingan.

 

Walaupun pada mulanya motif anda adalah untuk buat duit sampingan sahaja, namun tak mustahil dari gabungan kombinasi kesemua sepuluh laman web ini, ada yang mampu jadikan ia sebagai sumber pendapatan utama. Jom kita teliti senarai dibawah dan lepas tu buatlah pilihan, mana satu yang berkenan dan sesuai dengan anda.

 

Ada yang perlukan modal. Ada yang FREE untuk disertai. Ada yang cepat membuahkan hasil, dan ada jugak yang lambat sangat menampakkan hasilnya. Sebab tu secara peribadi, saya suka campur-campurkan dan buat lebih daripada satu program untuk memaksimakan lagi pendapatan yang saya boleh dapat dari program-program ini semua.

 

10 laman web membolehkan anda buat duit tambahan online

Baiklah, saya akan mulakan dengan laman yang pertama, iaitu:

 

1. Laman web Jobdirumah

Link: http://www.jobdirumah.net

jobdirumah

Laman web jobdirumah menawarkan servis tutorial dan panduan untuk melatih mereka-mereka yang berminat untuk menjadi pekerja dari rumah sebagai seorang freelancer ataupun pekerja bebas. Anda boleh baca review penuh saya mengenai program latihan jobdirumah ini dalam posting saya sebelum ini.

 

Bacaan 1: Jobdirumah: Review program latihan bekerja dari rumah (lengkap & komprehensif)

Bacaan 2: Review penuh program bekerja dari rumah oleh Jobdirumah

 

2. Laman web Fiverr

Link: http://www.fiverr.com/

buat_duit_fiverr

Fiverr adalah sebuah laman web yang menawarkan peluang untuk para pekerja bebas menjual servis dan perkhidmatan mereka dengan bayaran sebanyak USD5. Sebenarnya, anda boleh mengenakan caj yang lebih tinggi dengan memperkenalkan pakej upgrade bagi perkhidmatan anda.

Panduan buat duit dengan Fiverr: Panduan mantap buat duit dengan fiverr

 

3. Laman web churpchurp

Link: http://churpchurp.com/

buat duit dengan churp churp

Join dan mula promosikan iklan-iklan dari churpchurp.

 

4. Laman web 8share

Link: http://www.8share.com

buat duit dengan 8share

Konsep buat duit lebih kurang sama dengan churpchurp. Daftar percuma. Pilih iklan yang berkenan dihati dan mula promosikan.

 

5. Laman web Nuffnang

Link: http://www.nuffnang.com.my

belajar buat duit dengan Nuffnang

Nuffnang sesuai untuk mereka yang ada blog dan rajin update blog secara konsisten. Hanya siarkan iklan Nuffnang di blog anda dan anda akan dibayar untuk setiap klik yang diterima dan juga untuk pelawat yang masuk ke laman web anda.

 

6. Laman web Ashadee

Link: http://www.ashadee.com

ashadee

Sebagai ejen affiliate. Anda akan dibayay sekiranya berjaya menghasilkan jualan untuk produk-produk yang disenaraikan di laman web Ashadee. Sekarang ni, ada produk dalam BM dan ada juga dalam BI.

 

7. Laman web Aztetic

Link: http://aztetic.my/

buat_duit_dengan_aztetic

Konsep sama seperti Ashadee. Anda boleh buat duit menerusi program affiliate.

 

8. Laman web Kikjer

Link: http://klikjer.com/

klikjer

Sama seperti Aztetic dan juga Ashadee. Bayaran komisyen adalah menerusi kaedah pay per sale. Ada jualan terhasil, maka anda akan terima bayaran komisyen.

 

9. Laman web Advertorial.MY

Link: http://advertorial.my/

advertorialmy_review

Khusus untuk mereka yang ada blog. Jika anda ingin menawarkan servis menulis review, anda boleh senaraikan servis anda di laman web ini.

 

10. Laman web ToneXpress

Link: http://tonexpress.com/

review_laman_tonexpress

Konsep ToneXpress ni ada upline dan downline.

 

Bonus

11. Laman web Live Streaming Profit

Link: http://www.sabreehussin.com/livestreaming-sukan

live_streaming_channel_sukan

Ini adalah salah satu teknik penjanaan pendapatan yang unik dan inovatif. Anda nak tahu, bagaimana mengeksploitasi peminat-peminat sukan dengan mempromosikan channel sukan kepada mereka. Para peminat sukan boleh menonton sukan kegemaran mereka secara PERCUMA dan live streaming, manakala anda pula berupaya untuk buat duit online.

Saya pernah hasilkan artikel review berkenaan Live Streaming Profit sebelum ini.

Baca: Life streaming profit: Review panduan buat duit melalui siaran streaming sukan

 

Be Sociable, Share!

{ 6 comments… read them below or add one }

Adzrif Sidek July 31, 2015 at 4:43 pm

tuan Sabree terlupa satu lagi laman web..

http://www.sabreehussin.biz pun boleh bantu jana pendapatan kan? ­čśŤ

Reply

Sani August 3, 2015 at 6:51 am

Perkongsian yang menarik ni tuan Sabree…cuma mungkin banyak yang melibatkan berblogging macam program advetorial.my, nuffnang, churchurp yang lain boleh dipromosikan di iklan percuma atau perkongsian link di fanpage atau profile di facebook..

Reply

Laman Belajar Jadi Kaya August 5, 2015 at 4:53 pm

Saya pernah join 8shared tapi tak berapa menarik. Tambahan pula ikklan2 dari web dia ke akaun email banyak yang mengarut. Saya lebih suka ashadee dan klikjer..

nuffnang dan churpchurp sesuai bagi blogger macam tuan sabree. Yang takde blog macam saya (bekas blogger yang futur tengah jalan), tak ada potensi dalam web2 tu..

fiverr pula agak menarik. Saya pernah juga guna khidmat frelancer2 dalam tu masa buat amazon dulu tapi banyak yang tak berapa berkesan. Satu kelebihan fiverr ialah banyak idea pengiklanan yang kita boleh tiru.. banyak yang unik..

Amir “Zil-el-Saif” Abdullah

Reply

Ummi Hanie August 11, 2015 at 11:47 am

salam,

banyak betul peluang jana income sambilan… silap2 boleh jadi income/kerja tetap

utk org2 single/kurang sibuk, saya mmg galakkan…

mcm mama2 super sibuk seperti saya, part time je boleh ikut masa terluang. lama tak promote affiliate…

Reply

mrhanafi August 12, 2015 at 12:30 pm

tengah mencari pendapatan utama supaya pendapatan kedua boleh mengiringi pendapatan pertama

Reply

Labulabi August 14, 2015 at 9:11 pm

Perkongsian info yang menarik.. Sangat bermanfaat..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: