Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

10 Cara Alternatif Menjual Di FB Tanpa Menggunakan FBAds

January 9, 2014 by sabree hussin 10 Comments

Beberapa minit sebelum saya hasilkan catatan ini, saya sempat lakukan pembacaan di laman web wikipedia. Tujuan saya tak lain tak bukan iaitu untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas tentang Facebook dan serba sedikit sejarah penubuhannya.

 

Anda pun boleh baca di laman wikipedia, jika ada masa. Ini dia ringkasan yang anda perlu tahu tentang Facebook. Facebook mula dilancarkan pada 04 Februari 2004, di Harvard. Lebih tepat lagi di bilik asrama. Inilah kediaman Mark Zuckerberg semasa beliau belajar di situ.

 

Kalau kita perhatikan, tujuan Facebook ditubuhkan adalah untuk menghubungkan seseorang dengan kenalan mereka. Untuk bersosial dan sebagainya. Saya percaya, Mark tak pernah bercadang nak jadikan FB sebagai platform jualan. Namun, disebabkan daya kreativiti yang tinggi, oleh pengguna akaun FB yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan profesion, makaย  lama-kelamaan, FB mula di manipulasikan untuk tujuan berbisnes.

 

Rupa-rupanya, kerja-kerja pemasaran jadi lebih mudah dengan penggunaan FB. Sebabnya? Nowadays, hampir semua orang boleh dihubungi menerusi FB.

Termasuklah pelanggan, bakal pelanggan, prospek kita dan juga supplier bagi bisnes bernilai ribuan ringgit sebulan yang bakal kita jalankan satu masa nanti. Apabila kita nak berbisnes dengan menggunakan FB, untuk cepat dapat hasilnya, maka FBAds adalah pilihan utama. Walaubagaimanapun, FBAds bukanlah kaedah ajaib yang akan jadikan kita kaya dengan pantas. Ramai juga yang habis banyak duit, dek kerana kos pengiklanan dan kesilapan memilih produk yang tak ada permintaan.

 

Macam mana kalau kita nak berbisnes di FB, tapi kita tak nak ambik risiko kerugian atau membayar terlalu tinggi untuk tujuan pengiklanan, ada tak cara berbisnes di FB yang menepati ciri-ciri tersebut?

 

Jawapannya… Memang ada.

facebook-logo-1

1.0 Iklankan di Wall FB

Ada tiga kaedah yang boleh kita pilih iaitu, iklankan di wall FB kita sendiri, wall FB rakan-rakan kita, atau di wall FB pengguna FB yang mempunyai pengaruh tersendiri.

1.1 Iklan di Wall FB sendiri

Kalau kita iklankan di wall FB kita sendiri, sasaran kita dah tentu adalah kawan-kawan kita yang terdapat dalam friendlist kita sendiri.

Jika kawan-kawan kita adalah jenis yang suka shopping online, memang ada kemahuan untuk mendapatkan produk yang kita jual, maka itu tak ada masalah.

Walaubagaimanapun, biasa yang berlaku ialah kawan-kawan kita tak minat dengan produk yang kita jual.

 

1.2 Iklan di Wall FB kawan kita

Cara ni lebih mirip kepada SPAM. Tak semua orang suka dengan pendekatan macam ni, walaubagaimanapun ia tak mustahil kita dapat hasilkan jualan dengan kaedah ini.

 

1.3 Iklankan di Wall FB individu berpengaruh

Biasanya akan ada kos.

Pemilik seperti ini biasanya mempunyai kawan yang ramai dan pada masa yang sama mempunyai bilangan follower yang ramai juga.

 

2.0 FB Fanpage

Fanpage ini wajib ada. Itupun kalau anda betul-betul serius dengan bisnes anda.

Kalau boleh satu produk satu Fan Page. Kalau ada banyak produk, buatlah banyak-banyak fan page. Walaupun nampak macam leceh nak buat banyak-banyak fanpage, sebenarnya ada kebaikkan bila kita ada fanpage khusus untuk produk yang kita jual atau promosikan.

Tengok screenshot ni.

Pemasaran FB Fan Page

Screenshot diatas adalah hasil carian untuk kata kunci “Sistem Jualan PRO” oleh Saudara Rahman Basri. Apa yang saya nak tunjukkan pada anda ialah, hasil carian untuk kata kunci tersebut, iaitu nama produk, keputusan yang tersenarai di muka surat pertama google adalah

1. Laman jualan utama di ranking pertama

2. Laman web seterusnya ialah laman web Facebook. Ini semua ialah FB Fanpage.

Sekiranya anda kemaskini dengan kerap fanpage tersebut, anda bukan sahaja berpotensi untuk dapatkan prospek dari Facebook, malah anda juga berpeluang untuk dapatkan pelanggan dari search engine google.

Adakah anda aktif menjual di FB. Jika jawapan anda ialah YA, applikasi yang dinamakan sebagai FB Custome Page Tab ini pasti dapat membantu memudahkan kerja-kerja menjual anda.

Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di laman web berikut >> http://pagetabapps.com/

 

3.0 FB Notes

Fungsi FB Notes terdapat pada personal page dan juga fan page.

Kalau kita gunakan FB Notes semata-mata untuk jual barang, saya tak yakin ianya berkesan. Bergantung juga pada permintaan sesuatu produk.

FB Notes sesuai digunakan untuk kita kongsikan satu cerita, berita, fakta dan sebagainya yang ada kena mengena dengan produk kita. Kalau nak menjual secara direct, alamatnya memang tak ada siapa yang nak baca notes kita tu.

Kalau boleh, sebaik-baiknya anda jangan terlalu fokus dengan kaedah FB notes ini. Anda fokus pada kaedah berikut iaitu

 

4.0 Gambar + Photo Album

Gambar yang menarik, unik dan pelik mudah menjadi viral di FB.

Adakah gambar produk yang kita jual mudah menjadi viral? Fikirkan semula. Melainkan kalau produk yang kita jual memang betul-betul unik dan tak ada orang lain yang jual produk tu selain kita, maka peluang untuk gambar produk kita tu jadi viral tu besar.

Tetapi, kalau ada ramai lagi penjual lain yang jual produk yang sama, memang hampir mustahil untuk dapatkan kesan viral.

Namun jangan putus asa dulu. Kita buat macam ni. Mula-mula sekali kita dapatkan satu gambar yang ada potensi untuk jadi viral.

Dibahagian description gambar kita tulis ayat seperti

Anda nak tengok koleksi gambar-gambar menarik yang lain? Klik https://www.facebook.com/url (url FB ini digantikan dengan URL gambar produk anda)

Boleh jadi daripada 100 orang yang klik, at least akan ada 5 – 10 orang yang berminat nak jadi pembeli.

 

5.0 Video

Video juga berupaya menghasilkan kesan yang sama seperti penggunaan gambar.

Kalau kita memang tak ada masa nak tulis, boleh guna video. Biar video yang menerangkan apa sebenarnya yang kita mahu prospek kita lakukan.

 

6.0 FB Group

Yang ni one of my favourite, sebabnya dalam banyak-banyak kaedah pemasaran di FB, pemasaran menggunakan FB Group yang paling memberi keseronokkan yang lebih buat saya.

Salah satu sebabnya ialah kaedah ini memang memberi kesan yang positif pada kerja-kerja pemasaran yang saya lakukan.

 

6.1 Iklan di FB Group iklan

Seboleh-bolehnya jauhkan lah buat kerja macam ni. Penat je nanti hasilnya pun belum tentu ada.

Tapi kalau nak buat jugak, ha… terpulanglah.

 

6.2 Iklan di FB Group Khusus

Konsep dia ialah kita join group orang, kemudian kita tawarkan apa yang kita ada dan yang kita mampu berikan.

Kena buat dengan berhati-hati untuk tidak kelihatan terlalu menonjol keinginan nak buat jualan. Sebaik-baiknya hubungi admin dan discuss kalau anda betul-betul minat nak iklankan produk, servis atau perkhidmatan anda.

 

6.3 Iklan di FB Group sendiri

Sebaik-baiknya begini. Kita wujudkan group kita sendiri. Jemput seberapa ramai orang yang boleh untuk sertai group kita, kemudian kalau kita nak iklankan apa produk sekalipun, kita boleh buat macam tu, tanpa masalah.

Lagipun itu memang group kita sendiri, dengan syarat kita tak terlalu banyak iklankan barang sampai buatkan rakan-rakan group member kita jadi bosan dengan post kita.

Jika anda berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut strategi menggunakan FB Group untuk promosikan produk sendiri, anda bolehlah rujuk panduan yang telah saya hasilkan.

Layari je laman web berikut >> http://seratusperatus.com/fbgroup

 

7.0 Create event

Biasanya orang akan guna function create event ni bila nak buat parti, kenduri, majlis kenduri kahwin.

Sebenarnya anda boleh juga buat event, seperti Sambutan Pembukaan Laman Jualan Yang Pertama, siapa yang attend pada hari itu akan dapat kupon diskaun percuma.

Attend dekat sini tak perlu sampai nak kena keluar rumah. Klik pada link url anda sahaja dah cukup memadai.

 

8.0 Personal Message (PM)

Ya hubungi pengguna FB satu per satu.

Kaedah ini banyak digunakan oleh spammer. Mana yang baru belajar buat pemasaran di FB, mereka akan PM pengguna FB lain satu per satu. Kalau yang lebih advance pulak, lazimnya mereka akan guna software.

 

9.0 Facebook Apps

Dalam kaedah ini anda perlu mempunyai serba sedikit kemahiran membina application anda sendiri. Application tersebut boleh jadi dalam bentuk games, kuiz, dan sebagainya.

Konsepnya masih lagi sama, kita cipta satu apps yang ada peluang untuk jadi viral. Setiap kali pengguna FB buka apps kita, dia akan nampak iklan kita iaitu tentang produk yang kita jual.

 

10.0 Tagging

Sebenarnya saya tak nak masukkan cara ini.

Namun setelah saya fikir-fikirkan, anda memang patut tahu kaedah ini.

Memang ada ramai yang tak suka kena tag dengan post yang bukan-bukan. Biasanya mereka yang akan marah tu pun sebab sesuatu post tu tak relevan dengan mereka, sebab tu dia marah.

Akan tetapi, kalau kita memang dah tau apa kesukaan orang yang kita tag tu, biasanya mereka tak kisah pun kena tag.

… dan saya kerap kali nampak orang yang kena tag tu yang beriya-iya nak beli. Bukan orang yang tag tu yang beriya-iya nak jual. Basic bagi kaedah ini ialah kita kena ada kefahaman yang jelas tentang kemahuan dan kesukaan bakal pelanggan kita.

Dalam banyak-banyak kaedah ini, kaedah mana yang paling berkesan?

Personally, kalau kita ketepikan kaedah iklan menggunakan FBAds, saya akan kata guna FB Group.

Tetapi sebenarnya, untuk mendapatkan hasil yang berkali ganda lebih baik, adalah dengan menggunakan kombinasi daripada salah satu cara yang kita dah bincangkan sebelum ini. Itu sebaik-baiknya.

Pendapat anda pula, bagaimana? Apa kata anda kongsikan dibahagian komen ๐Ÿ™‚

 

 

[hcshort id=”5″]

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Bagaimana cara menjual produk sendiri menggunakan Sistem Affiliate?
  2. Strategi menjual RIBUAN produk tanpa perlu keluar modal dan tanpa perlu simpan stok
  3. Cara Licik Dapatkan Kos Iklan FBAds Murah
  4. 7 Cara promosi produk dropship dengan menggunakan Facebook

Filed Under: Panduan Dominasi FB Group, Pemasaran FB

Comments

  1. norizuan says

    January 10, 2014 at 12:36 am

    artikel yang menarik..harap akan ada lagi artikel yang menarik dari saudara pada masa akan datang

    Reply
    • sabree hussin says

      January 10, 2014 at 8:19 am

      Terima kasih datang singgah ke blog saya, In Shaa Allah akan hasilkan lebih banyak artikel lepas ni ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. Anuar says

    January 10, 2014 at 10:02 pm

    Terima kasih di atas pekrongsian info.. Semoga info ini membantu lebih ramai orang untuk mencari pendapatan sampingan secara online…

    Reply
    • sabree hussin says

      January 11, 2014 at 10:47 am

      Harap-harap begitu la, dan semoga perkongsian ini dapat beri manfaat kepada pembacanya ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. titan says

    January 11, 2014 at 2:56 pm

    tagging aje aku tak berkenan.

    Yang lain, takde hal.

    Reply
  4. Saudagar says

    September 19, 2016 at 2:34 am

    Info menarik.. terima kasih diatas pengkongsian.. sgt membantu.

    Reply
  5. Cik Lisa Wangi says

    December 11, 2016 at 4:14 am

    Salam ๐Ÿ™‚

    Terima kasih untuk info yang singkat tapi padat! ๐Ÿ™‚ Memang membantu saya yang baru nak bermula di tapak MULA. Haha.

    Reply
    • sabree hussin says

      December 13, 2016 at 8:51 pm

      Wasalam, gembira dapat membantu ๐Ÿ˜€

      Reply
  6. eiza says

    December 29, 2021 at 9:07 am

    saya nak tanya kenapa tiap kali saya post iklan jualan di group atau di wall saya , selalu keluar dia cakap your post agains our rules’ then orang x boleh nampak dah iklan kita

    Reply

Trackbacks

  1. Cara-cara yang berkesan untuk mengiklankan sesuatu produk says:
    September 14, 2015 at 6:18 pm

    […] orang suka berbelanja untuk tujuan pengiklanan berbayar di FB. Kalau boleh, mereka lebih sukakan cara pengiklanan alternatif di Facebook yang tak memerlukan mereka untuk keluar duit langsung. Oh ada ke yang tak sukakan kaedah yang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay
  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in